Okay! Yang boleh aku kenal mak timah ni dulu pun sebab aku dengan yang lain-lain ada program bertemu bual dengan orang kampung. Kebetulan masa tu pakcik leman adalah ketua kampung dekat situ. Satu hari tu chalet dekat area-area situ penuh. Hotel pulak jauh dari kampung tu. Jadi malam tu aku dan lagi dua orang terpaksa cari tempat lain untuk tidur. Disebabkan aku tak tahu dekat mana selain dari pekan, aku jumpa dengan mak timah dan pakcik leman.
"Maaf ganggu. Saya nak tanya, selain chalet yang ada sekarang, ada lagi tak chalet dekat kampung ni?"
"Rasanya chalet situ jelah ada. Yang lain semua dekat pekan. Agak jauh sedikit lah." Ucap pakcik leman.
Aku memandang kawan aku yang lain. Weh! Masak jugak ni! Tak lama tu mak timah menuju ke arah aku dengan yang lain dekat meja makan. Ditangannya ada dulang yang berisi air dan kueh.
"Jemput minum." Ucap mak timah
"Tak apa lah, kamu bertiga tidur sini jelah. Anggap macam rumah kamu je. Lagi pun pakcik tinggal berdua je dengan mak timah."
Aku terdiam.
"Betul ke?" Tanya aku.
"Betul. Kalau kamu tak tidur sini, kamu nak tidur dekat mana? Dekat pekan? Dari sini ambil masa dalam dua jam. Ucap pakcik leman.
Memang betul apa yang pakcik leman katakan. Dari kampung nak ke pekan memang jauh sangat. Aku dengan yang lain-lain dah barai dah ni.
"Terima kasih sangat lah pakcik dan makcik. Kami tumpang tidur malam ni, esok kitaorang akan cari hotel dekat pekan."
"Tak payah susah-susah. Tidur je sini sampai kamu dah habis kerja dekat sini. Kalau kamu tidur hotel, nak kena ulang balik. Tak ke rugi masa. Jangan risau"
Aku memandang yang lain. Diaorang semua setuju.
"Baiklah pakcik. Kami setuju tumpang dekat rumah pakcik."
"Yelah. Ni mah, tunjukkan budak-budak ni bilik"
Bilik aku dengan kawan aku ni dekat sebelah ruang tamu. Dia tak besar dan tak kecil. Sedang-sedang je. Aku tak kisah semua tu. Janji aku boleh tidur. Macam biasa siang keluar, sebelum maghrib balik dan borak-borak. Suatu hari tu anak mak timah datang. Namanya kak diah. Dari situ aku kenal dengan kak diah. Selepas beberapa hari, kitaorang terus balik ke kL. Lepas sebulan tu aku datang balik dekat rumah mak timah. Aku duduk 5 hari dekat rumah mak timah, kak diah mintak aku teman dia sebab suami dia abang borhan outstation selama seminggu. Aku tak ada masalah lagi pun aku sememangnya free. Pertama kali aku jejakkan kaki aku dekat quarters jkr. Not bad. Bersebelahan dengan sungai. Dan pertama kali jugak aku potong rambut sampai botak. Haha.
YOU ARE READING
KOLEKSI KISAH BENAR 2
HorrorHai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned