PART 17

681 66 4
                                    

"Tutup pintu!" Ucap aku seraya menolak daun pintu tersebut.

Aku memandang lelaki yang berada didepan aku. Pelik. Aku memandang sekeliling. Dah betul dah rumah mak timah. Tapi depan aku ni siapa? Tak kisah lah siapa kan. Tapi kau memang hensem HARHARHAR!! Aku terus duduk dekat sofa yang berada dekat situ. Lelaki tersebut berlalu dan tak lama tu mak timah muncul, terkejut mak timah tengok cucunya dalam keadaan macam itu.

"Ya allah cucu aku! Bang!! Oh bang!!" Jerit mak timah kuat memanggil nama pakcik leman.

Tak lama tu pakcik leman datang dengan seisi rumah yang lain.

"Rul! Kau bawa aku pergi rumah kak diah kau sekarang jugak." Ucap pakcik leman dekat lelaki tersebut.

"Nak buat apa bang? Tak payah!" Halang mak timah.

Aku hanya memerhati mak timah dan pakcik leman. Pandangan aku makin lama makin kabur. Akhirnya aku tak sedar apa-apa. Keesokkan hari aku terjaga aku terus bangun duduk.

"Auuuuww" Jerit aku sambil memegang tangan kanan yang sakit. Aku memandang sekeliling. 'Aku kat mana ni?' Tanya aku sendirian dalam hati. Aku cepat-cepat turun katil dan keluar dari bilik.

"Kak j!!" Jerit amir dan berlari ke arah aku. Riang betul mukanya. Amir terus peluk pinggang aku. Aku tersenyum dan menggosokkan kepala amir.

"Dia risau. Dia Ingat ke kamu dah tinggalkan dia." Ucap mak timah tiba-tiba.

"Oh" Ucap aku sepatah.

Aku bercangkung di depan amir.

"Kak j takkan tinggal kan amir. Jangan risau okay!"

Amir terus peluk aku. Aku sayang sangat dekat anak-anak kak diah. Petang tu aku mintak diri untuk pulang. Kalau ikutkan aku nak duduk lagi sehari dua tapi tu lah banyak kerja yang aku nak siapkan. Okay. Masa aku nak pergi kali kedua,(dalam cerita saka) aku ada call mak timah. Mak timah cakap kak diah dah pergi berubat selepas beberapa minggu aku balik dekat KL. Sebab tu masa aku datang tu kak diah dah elok sikit. Entah lah. Tak apa lah. Harap kak diah anak beranak sihat hendaknya.

TAMAT!!!

Next chapter ♥️

KOLEKSI KISAH BENAR 2Where stories live. Discover now