PART 7

800 58 4
                                    

Apo makan dalam gelap. Oh jeng kepala otak aku. Aku tak menyapa pun paksu masa tu sebab lapar kan, jadi aku pergi dapur dan cedok nasi. Dan duduk di depan paksu. Masa ni memang tak ada apa-apa. Oleh kerana antara aku dengan paksu macam krik krik krik, aku cuba untuk bertanya.

"Paksu, maksu mana?" Tanya aku.

Paksu tak jawab pertanyaan aku. Malah suapan nasi ke mulut dia makin laju dan lahap. Aku tengok paksu makan masa tu terasa macam nak muntah.

"Paksu makan perlahan. Nanti tercekik."

Pun sama. Tiada tindak balas dari paksu. Aku pun malas nak cakap, aku terus tadah tangan.

"Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar. Amin!"

Suapan pertama masuk ke dalam mulut aku. Tak disangka paksu memandang aku dengan pandangan yang amat marah. Muka dia menyeringai. Aku terus cedok kuah asam pedas ayam. Belum sempat aku nak amik ayam, tangan paksu terus menyambar ayam tersebut. Time ni aku dah pelik tapi tak apa. Aku okay je lagi. So aku cedok lauk lain. Pun sama jugak. Dia sambar dan dia masuk ke dalam mulut dia. Tak lama tu tiba-tiba, paksu berdiri. Lepas tu dia terus lompat dan duduk bercangkung di atas meja. Makanan kat atas meja tu paksu sambar dan masuk ke dalam mulut. Aku memandang muka paksu. Bukan paksu sebab lain sangat. Dengan mata merah. Paksu ni botak tau. Tiba-tiba pulak ada rambut. Aku terus berdiri dekat tepi dinding. Tak lama tu paksu memandang ke arah aku.

KOLEKSI KISAH BENAR 2Where stories live. Discover now