Masa ni berlaku dekat luar negara. Aku dengan kawan aku jiha check in hotel dekat satu tempat ni. Kalau ikutkan aku nak tidur dekat rumah aku je. Tapi disebabkan jiha ni jenis tak suka duduk dekat rumah orang dan agak kekwat sedikit, aku pun okay lah temankan dia dekat satu hotel ni. Lagi pulak jiha ni esok tu nak balik ke malaysia, jadi dia tak nak lambat sebab rumah aku dengan airport agak jauh. Tak apa lah. Nak dijadikan cerita malam tu aku dengan jiha tidur awal. Penat kehulu kehilir. Katil aku dengan katil jiha single. Jadi kedudukan katil tu tak lah jauh sangat. Jiha hujung sana. Aku hujung sini. Dekat tengah-tengah tu ada lampu meja. Masa aku tengah sedap tidur tu tiba-tiba kain selimut aku macam ditarik. Aku tersedar dan aku tarik semula kain selimut aku tu. Tak lama tu kain selimut aku ditarik semula. Aku pun tarik balik. Kiranya main aci tarik selimut lah masa tu. Kalau lah aku tak penat malam tu, mau kena maki benda tu dengan aku berbakul-bakul. Lepas kain selimut aku ditarik, mungkin sebab terganggu aku tidur, aku terus tarik kain selimut aku dengan kuat.
"Apa bodoh!" Marah aku lantas menarik selimut sampai ke muka.
Masa ni aku tak buka mata walaupun aku sedar. Tak tahu lah mata aku macam digam. Mengantok tu tak boleh bawa bincang duh. Baru aku nak masuk ke alam mimpi, tiba-tiba selimut aku ditarik kasar. Aku terus bangun dan buka mata. Aku memandang sekeliling. Panas hati punya pasal, aku terus sepak kain selimut tu sampai dekat pintu bilik air. Jangan main. Walaupun aku ni gegirl, kalau dapat sepak orang memang padu beb. Haha gurau-gurau. Lepas aku sepak selimut tu aku terus sambung tidur. Sejuk pun sejuk lah. Memang aman tidur selepas tu. Tak lama tu tiba-tiba..
"Arghhh!! Arghhh!!"
Aku tersedar sebab jiha menjerit. Aku berpaling ke kanan sebab katil jiha dekat kanan. Jiha selubung satu badan dia dengan kain selimut. Boleh nampak satu badan dia mengigil.
"Jiha! Kau dah kenapa gila pepagi jerit macam ni." Tanya aku.
Aku perasan tangan jiha menunjuk sesuatu dekat aku. Aku pun berpaling ke arah bilik air. Yang aku tak boleh blah tu, selimut yang aku sepak tadi tu berdiri. Tinggi! Seolah-olah macam ada orang dalam kain selimut aku tu. Memang tinggi gila. Tak lama tu, kain selimut yang berdiri tegak tu terus jatuh ke atas simen bilik air. Aku perasan seperti kabus keluar dari bilik air tu dan tembus ke dinding. Mengucap sekejap aku masa tu. Oleh kerana masih awal lagi, nak atau tak nak aku terpaksa sambung tidur walaupun ada sedikit seram dekat situ. Tapi alhamdulillah lah. Aku dengan jiha tak kena kacau lagi selepas itu. Keesokkan pagi tu masa aku hantar jiha, aku sengaja tanya dia pasal kes pagi tu. Rupanya masa tu jiha tersedar sebab nak ke tandas. Tapi dia terkejut sebab kain selimut tu berdiri betul-betul depan jiha. Patut pun member menjerit hahaha.
TAMAT!!
Next chapter ♥️
YOU ARE READING
KOLEKSI KISAH BENAR 2
HorrorHai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned