Kak diah berubah menjadi pontianak. Duduk bercangkung untuk serang mangsa. Mukanya dan segalanya berubah 100%. Aku cepat-cepat tuang air baru delima dekat depan pintu bilik kak diah. Selesai semuanya, aku terus masuk dalam lingkaran bulat yang aku buat untuk pagar anak-anak kak diah. Adam aku terus letak dekat atas simen dan aku capai air batu delima. Selepas aku baca 3 qul, aku terus siram sha amar amir dengan air baru delima. Tiba-tiba suasana dalam rumah jadi gelap gelita. Bunyi ayam berkokok serta mengilai kuat kedengaran.
"Kak j!!"
"Shh!" Ucap aku seraya mengangkat adam dan peluk dia serapat yang mungkin.
Ini pertama kali aku siram air batu delima dekat diri aku dan adam. Adam serta merta berhenti menangis.
"Dengar cakap kak j. Amir, pegang tangan sha dan amar tau. Cepat ikut kak j." Ucap aku lantas bangun berdiri.
"Mak macam mana kak j?" Tanya amir.
Aku terus duduk bercangkung.
"Tak apa, esok kak j datang tengok mak." Ucap aku.
Amir hanya menganggukkan kepala. Aku terus bangun dan melangkah ke arah pintu. Tombol pintu aku pulas kuat. Aku berpaling kebelakang. Aku perasan kak diah tengah memandang ke arah aku dan anak-anak dia.
"Amar, amir, sha! Sini cepat" Ucap aku.
Tanpa membuang masa, diaorang terus berlari ke arah aku. Masa tengah berlari dekat kaki lima rumah kak diah, ada sesuatu yang tak di undang menghalang aku dengan anak-anak kak diah. Shit!
"Sini! Sini!" Jerit aku dari tepi van.
YOU ARE READING
KOLEKSI KISAH BENAR 2
TerrorHai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned