Setelah hampir sebulan aku menghilangkan diri disebabkan author yang babuntut, akhirnya aku muncul kembali dengan muka yang lebih cantik.
Aipp aipp bukan pergi buat plastic surgery kat Nepal.
Tapi aku baru try produk skincare baru berjenama XXX. Kenapa XXX? Sebab ni cerita aku dan aku tak buat paid review. Biarlah punca kecantikan aku menjadi rahsia.
Taknak lah cakap pasal kecantikan aku sampai satu bab, karang kena penyakit ain pulak, naya aku.
"Apesal kau tersengih sengih depan cermin tu? Ada masalah hidup ke?"
Laju aku toleh tepi pandang abang Fir yang baru masuk rumah. Tedia tedia dah pukul 9 baru balik kerja. Anak CEO Megah Holding pun tak kerja macam dia tau.
"Ada. Ada masalah hidup dengan sorang lelaki tu yang rupa-rupanya ada awek tapi buat kelam sampai dua bulan lebih. Teringin betul nak kakikan dia" aku senyum lebar dengan seribu makna pada abang Fir.
"Heq heq" gelak lelaki tu lalu dia naik tingkat atas menuju ke biliknya tanpa banyak cakap.
Haah. Aku cakap pasal dia lah tadi. Rupa-rupanya dalam diam dia dah ada awek gaes.
ADA AWEK.
KEPALA TIMUN AWAK LAH. AKU INGAT DIA SINGLET SELAMA NI. TERNYATA DIA BIKINI.
Nak dengar kisah cinta dia ke? Alah jangan ah. Nanti korang lupakan aku. Dia tu hujung hujung nanti pun boleh cerita. Watak tambahan je tu. Tak wujud pun tak apa.
Eh.
Kalau dia tak dm aku kat IG dulu, tak ada maknanya aku nak bertunang dengan Riyaz sekarang kan?
Hmm..
Tak apa lah. Dengar jelah cerita dia. Aku cau lu nak gi dating.
Gurau gurau. Tabaek larh dating malam malam dengan anak teruna orang walaupun dia lagi hensem dari Lee Zii Jia.
HAHAHAH GUE BERCANDA YE AKU TAU ZII JIA HENSEM HAHAHAH
Okey dah. Aku nak habiskan brownies yang abang Iz beli petang tadi. Cau.
🐮🐨🐮🐨🐮
*throwbaek punya*
*Faiq's POV*
"Aku suruh buat apa tadi?"
"Umm.. H- hantar-"
"HANTAR APA?!"
"Hantar rekod kewangan syarikat!"
"Dahtu? Apa yang kau hantar sekarang?"
"....."
"APA DIA?!"
"Rekod pengeluaran bulan Ogos!"
Aku ketap bibir sambil berpeluk tubuh memandang lelaki tu. Kerusi kerja dipusing sedikit dan aku mengeluh.
Kerja senang pun tak boleh buat. Nasib baik budak baru.
"Aku malas nak cakap banyak. Kau keluar pergi buat apa yang sepatutnya. Sekarang"
"B- baik bos. Saya keluar dulu. Assalamualaikum" lelaki tu mengundurkan diri sambil menunduk memandang aku. Pintu dibuka dan dia keluar sepantas kilat.
YOU ARE READING
Home | Heaven
Novela JuvenilSemuanya bermula bila aku ditinggalkan di Kanada untuk memuaskan hati seorang lelaki tua yang jahat lagikan berkedut. Siapa lagi kalau bukan grandpa. Takkan abang Fir kot walaupun dia salah satu penyebab aku terpaksa tinggal kat sini. Tapi aku tak m...