H|H Special 2

557 97 10
                                    

*Firhad's POV

Aku menghela nafas berat memandang pelamin ringkas yang dibuat untuk majlis pertunangan Fir tu.

Aku tumpang gembira untuk dia, tapi ada rasa kekurangan dalam diri aku.

Jujur aku cakap, aku cemburu tengok family kecik abang Riz, perkahwinan Farah dengan Riyaz, dan kebahagiaan Fir dengan Marissa. Walaupun rasa trauma tu masih ada dalam diri aku, aku masih manusia biasa kan? Yang dicipta berpasang pasangan lain la kalau aku ni haiwan.

Haiwan pun ada pasangan lol idiot Ad.

Mungkin buat masa sekarang, aku masih boleh bertahan dari kecaman makcik bawang, tapi kalau Iz pun dah ada pilihan hati?

What about me?

"Datang la cepat. Orang dah jemput kan. Ke kau nak aku pergi rumah kau dukung datang sini?"

Aku toleh ke arah pintu memandang Iz yang tengah bercakap melalui telefon. Kening berkerut seketika.

"Aku tunggu lagi setengah jam. Kau tak sampai, aku cari alamat rumah mak ayah kau sampai jumpa pastu hantar rombongan meminang" terus dia tamatkan panggilan dan keluar dari rumah dengan muka ketatnya.

Defish? Rombongan meminang?

DIA DAH ADA AWEK KE SIOT??

Ah mampus aku. Mana aku nak cekau awek sekarang? Semua aku dah reject kawkaw punya sebelum ni. Takkan nak pergi mall pastu main ngorat je mana-mana perempuan yang lalu depan aku?

"Bang hensem, kalau dah habis makan mohon berpindah tempat"

Aku angkat kepala pandang sorang perempuan berbaju kurung yang memegang pinggan berisi bihun goreng di kedua-dua belah tangannya.

"Dah tak ada tempat lain ke?"

"Ada. Pelamin tu" dia menjuihkan bibir ke arah pelamin yang kosong sebab upacara sarung cincin pun dah setel tadi.

"Ha dahtu? Pergi la duduk situ"

"Tak teringin saya. Bukannya saya yang bertunang"

Aku menghela nafas berat sebelum duduk di hujung sofa untuk bagi dia ruang duduk. Salah aku jugak la pergi duduk tengah-tengah sofa tu. Dan aku malas jugak nak cari gaduh sebab tak habis-habis fikir pasal jodoh ni.

"Terima kasih" kata perempuan tu sebelum dia duduk dan membaca doa makan. Sempat dia menyanggul rambutnya sebelum mula menyuap.

Aku bersandar pada sofa dan perhati cara dia makan tanpa berkata apa-apa. Cara dia makan bihun tu, macam tengah buat ASMR. Terangguk angguk.

"Sedap ke bihun tu?"

"Sedap nak mampus"

Siel sampai nak mampus punya sedap dia. Letak racun tikus ke apa?

"Taknak makan ke?" dia angkat kepala pandang aku dengan kening terangkat. Dengan ini, baru la aku nampak dengan jelas mukanya yang bermekap nipis tu.

Eyeliner dia sharp gila. Kening pun lukis nice nice gitu. Macam pro je minah ni. Aku pun kalah-

TAK- AKU TAK PERNAH PEGANG EYELINER SUMPAH AKU TAK PERNAH GUNA EYELINER FARAH SAMPAI KERING MASA DIA TIDUR BULAN LEPAS

.

.

Aihh.. Again, idiot Firhad Adham.

"Tak. Malas nak pergi ambik" aku menjawab tanpa riak. Aku bukannya suka sangat bihun goreng. Kalau tak ada pilihan lain, baru aku makan. Tapi setakat ni tak ada lagi la bihun sedap yang aku pernah makan.

Home | HeavenWhere stories live. Discover now