39

827 107 19
                                    

"Apa kau buat kat sini?"

"Eleh. Ingat bos sorang je ke boleh minum Costa Coffee? Saya pun mampu lah" perempuan tu jeling ke atas sebelum cawan berisi aisnya diletak pada mesin air tu.

"Tak kata pun tak mampu. Aku bayar gaji kau berkepuk kot. Boleh pergi Legoland hari hari lagi" aku turut jeling ke atas dan berjalan ke kaunter pembayaran.

Bukan someone important pun. PA aku je. Minah tu dah la mereng tak bertempat. Elok sangat la jadi PA aku.

Air diletak atas kaunter sekali dengan resit dan waffle Gardenier perisa oren yang sedap dia lagi sedap dari kek Secret Recipe bajet.

Andai kata pengarah syarikat Gardenier tu nak jual kilang dia, aku nak beli and stop jual kat kedai biar aku sorang je boleh makan MUAHAHAHA

Okey dah setel membebel.

Ketiadaan pekerja dekat kaunter tu buatkan aku sambung bersiul lagu aku budak perempuan lagi. Biarlah. Otak aku ni memang dah selalu berada di luar kawalan. Malas nak tegur kadang-kadang. Tak function pun.

"Lah. Mana Mar?" si perempuan tiberr tadi muncul kembali dengan cawan berisi kopi panas di tangannya.

"Siapa?"

"Mar. Sepupu saya. Dia kerja kat sini. Selalu kalau saya datang dia yang jadi cashier" Nerina menjengukkan kepala sekeliling stesen minyak ni. Mencari Marimar tu agaknya.

"Siapa tanya?"

"Bangkek punya bos. Maleh aku"

Aku senyum sinis. Sempat diusya rak coklat tepi kaunter. Mana tau ada yang tiba-tiba menarik perhatian. Aku ni bukan boleh dijangka sangat. Tau tau je dah beli penuh plastik.

Pemerhatian aku terhenti bila seorang pekerja lelaki datang dengan kening yang berkerut. Dia memandang bawah meja dan sesekali memandang kami.

"Mar. Apa kau buat bawah meja ni?"

"Tahik ko, Danish"

Aku terkebil kebil memandang lelaki tu sebelum seorang perempuan keluar dari bawah kaunter dan berdiri membelakangi aku.

"Mar?" Nerina bersuara dengan kening yang berkerut teruk. Aku cuma mampu berbalas pandangan dengan lelaki tu.

Dia suka aku ke?

"Hmm"

"Apesal ni?"

Perempuan tu hela nafas berat sebelum menoleh ke belakang. Bibir diketap sesaat.

"Bak resit kau"

"Eh tapi bos aku yang datang dulu. Kira yang dia dulu lah" Nerina memandang aku sekilas.

Perempuan tu berdehem dan ambik resit yang aku dah letak atas meja sekali dengan waffle tadi. Kerja dilakukan tanpa mengangkat kepala dan tanpa kata. Tau tau je dah dapat plastik.

Dan yah.

We met again, Marissa Liyana Dato Kadir.

First crush aku.

Tapi zaman sekolah menengah lah. Sekolah rendah dulu tak payah cakap, berderet crush aku. Biasalah, belum matang. Spenda pun mama basuh lagi.

Lama tak nampak dia. Rindu? Mungkin. Aku sendiri pun taktau. Yang pastinya, mata aku tak boleh dialihkan dari pandang muka dia.

Tak baik Fir, tengok anak dara orang lama lama.

Tapi aku tetap tengok.

"BOSS OII TAKNAK BALIK PEJABAT KEERR??"

Terus bahu aku tersentak bila terdengar suara yang lantang tu. Nerina di sebelah dipandang. Dia cuma mengangkat kening sambil menunjukkan jam tangannya. Ditangannya juga ada secawan kopi menandakan dia dah siap bayar.

Lama sangat ke aku mengabadikan kecantikan Mar tadi?

Pandangan aku alihkan ke arah kaunter. Mar menghilang, yang ada cumalah lelaki yang dipanggil tahik tadi.

Kesian. Dah hensem, ditahikkan pulak. Tengok aku, hensem dipuji puji.

"Ah, jom jom" cawan iced chocolate aku ambik dan keluar dari stesen minyak tu bersama Nerina menuju kembali ke syarikat.

Sepanjang 70 tahun syarikat ni berdiri megah kat sini, ni first time aku jejak kaki kat stesen minyak kat sebelah.

Untung untung, jumpa crush pulak. Aku patut datang selalu lah. *smirk*.

🦇🦅🦇🦅🦇

Kunci kereta aku pusing di jari sambil berjalan menuju ke pintu utama rumah. Senyuman di bibir makin lebar bila memikirkan balik apa yang terjadi semalam.

"Amboih. Sengih kambing nampak. Nak jumpa awek ke?" Iz yang baru turun dari tingkat atas menegur. Tangan sibuk mengikat tali leher.

Hek elah mamat ni tiberr nak pakai tie matching dengan aku dah pahal? Ingat sweet ah?

"Haah. Doakan aku"

"Buat apa doakan benda haram"

"Fq-" kunci kereta aku genggam sebelum berura ura nak baling ke arah dia biar headshot. Lelaki tu cuma gelak penuh kehinaan.

"Kau tak payah sembang la Faiq Firdaus weh. Kau tu single dari zaman sekolah lagi"

"Ehh elok sikit. Hari last sekolah tu aku almost taken okehh"

"Almost bro. Almost"

"Haa itu la pasal, aku nak settlekan benda tu harini. Kau tunggu la kad kahwin aku, wahai abangku yang single mereput. Dah la single, tak laku pulak tu. Ganteng doang ngak laku canda laku MUAHAHAH!!" aku teruskan perjalanan ke pintu meninggalkan lelaki tu yang berpeluk tubuh.

"Dah gila agaknya" bebel si Faiz Farhan sebelum menuju ke dapur untuk minum susu segar dari ibu lembu.

6 Ogos 2021  [ 12.03 A.M ]

Home | HeavenTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang