10/8
Ku menghitung hari, menunggu majlisnya tiba untuk meretakkan hati. Pedihnya, cuma dirasa sendiri. Tiada pengganti, kerana di hati ini, cuma ada sebiji-
Ehh bodo apa hati sebijik? Ak alahh ngarut sia. Dah la. Macam pesakit Tanjung Harapan.
Aku menggeleng depan cermin dan keluar dari bilik. Ruang tamu kat bawah dituju. Tapi sebelum sempat sampai ruang tamu, aku nampak abang Firhad yang tengah main piano kesayangan dia tu.
Ni sorang lagi. Klasik betul. Orang zaman sekarang main ps5 lah. Tak pun buat challenge TikTok.
Aku teruskan langkah pergi ruang tamu yang kedengaran riuh semacam.
Ada tetamu ke? Jadi aku kena naik atas balik and pakai tudung ke?
Kepala dijenguk sikit memandang ruang tamu dari jauh. Hemm.. Apakah benda hitam atas meja itu? Sejenis rambut langsuir atau bulu babi?
Kaki aku terus melangkah ke ruang tamu memandangkan tak ada orang lain yang haram aku sentuh. Cuma ada abang-abang aku yang tengah bervideo call dengan seseorang.
Abang Mika mungkin. Patut riuh semacam.
Ahh, ada abang Fir sorang pun dah macam funfair. Cukup la tu. Tambah yang lain, macam kenduri makan free.
Abang Iz yang tengah tuang air panas angkat kepala pandang aku. Terus dia tersengih. Lebar gila. Seram aku.
"Farah!!"
"Uhh. Yes?"
"Faaaraaaahh..! Hehek!"
Kening aku memulakan tugasnya iaitu berkerut bila perangai abang Iz lain macam malam ni.
Dia mabuk ketum ke?
"Farah! Nice!" Abang Fir tepuk tangan bila nampak aku. Lepastu dia tunjuk thumbs up kat skrin phone.
Pehal ni?
Diorang ada merancang nak sumbat aku dalam kontena pastu eksport aku pergi Thailand ke?
"Tolong gantikan Mika boleh? Dia ada hal la malam ni"
"Ek eleh. Hal amenda. Sanggup pergi dating dari lepak dengan kawan-kawan" Abang Fir potong kata-kata abang Iz dengan muka menyampah sebelum aku terdengar carutan dari dalam video call tu.
Ganti amenda ni? Wrestling? Lepak club? Tf?
"Boleh eh? Boleh eh? Syarat, tak boleh minum air lima minit lepas habis. Siapa kalah kena tidur kat ruang tamu seminggu. Siapa menang dapat iPhone 12 Pro Max"
Masyaallah abang-abangku..
Iphone 12-.. I-.. Speechless..
"Buat apa?"
"Challenge makan ghost pepper dengan 3 perencah tambahan"
Fck.
🌶🍅🌶🍅🌶
"But- but how?.."
"Cause I'm the champagne"
"Champion, Farah"
"Oh, ok ok. Cause I'm the champion" Aku cekak pinggang dengan senyum sinis walaupun muka dah macam badut IT.
Merah siot mata, hidung dengan mulut aku. Sekali imbas macam seorang awek yang baru break dengan pakwenya dan terfikir nak terjun pokok pisang.
Ahh lantak la. Janji aku dapat iPhone 12 bermax max yang menjadi rebutan Twitterians tu. Free lagi. Bertuah amet dapat abang kayak gini.
Walaupun aku bukanlah budak batak iPhone. Tapi dah orang nak bagi, I terimer dengarn harty yeng terbuker.
YOU ARE READING
Home | Heaven
Teen FictionSemuanya bermula bila aku ditinggalkan di Kanada untuk memuaskan hati seorang lelaki tua yang jahat lagikan berkedut. Siapa lagi kalau bukan grandpa. Takkan abang Fir kot walaupun dia salah satu penyebab aku terpaksa tinggal kat sini. Tapi aku tak m...