Hari ni.
HARI NI IALAH HARI TERAKHIR AKU DIBERI PELUANG UNTUK MOVE ON.
Sebab hari ni.
HARI RIYAZ BERKAHWIN.
Ashhiit..
Tiba-tiba rasa macam taknak pergi.
"Huii Farah! Dah siap lom? Tadi kemain excited iron 7 tudung sampai taktau nak pakai yang mana satu!"
"Tu lah pasal. Sekarang dia pulak yang paling lambat bersiap"
Ceitpoodah la abang Iz dengan abang Fir ni. Memburukkan nama aku je kerjanya.
"Yelah yelah! Kejap nak pschhh pschh jap!"
"Nate apa pschh pschh?!"
"Sembur perfume!"
"Ohh.. Haa pat kit. Mama dengan papa dah gerak"
Akhirnya suara disebalik pintu tu menghilang dan aku teruskan aktiviti betulkan awning tudung. Phone atas katil diambik dan aku keluar dari bilik. Ruang tamu dituju.
Kat situ ada tiga orang lelaki tengah tersidai bak tudung perempuan yang tak boleh disentuh.
Nampaknya abang-abang aku dah penat menunggu adik diorang yang kiyot ni. Tak apa, tak apa. Nanti aku belanja Cornetto. Apa lah sangat setakat ais krim bontot tajam tu.
"Amari lah kita, abang-abangkurr" Aku berjalan ke arah almari kasut. Sepasang kasut tumit tinggi yang jarang nokharom aku pakai diambil.
Series lah, kalau dengan kasut ni berjaya buatkan perkahwinan Riyaz terbatal, aku rela.
AKU RELA.
Yelah, mana tau, Riyaz baru nampak aura kecantikan aku bila aku pakai kasut ni dan dia terus jatuh hati kan? Hohohooo..
Gurau.
Dan aku dengan abang Fir yang berbaju melayu hitam dan jeans hitam pun bergerak ke rumah makngah dengan kereta Chevrolet Cruze yang dia beli seminggu selepas kereta tu direlease iaitu dua tahun lepas.
Nak tengok?
Jap aku google.
Excited benar dia lepas beli kereta tu. Siap kata nak drive pergi Kanada lagi. Budu ke apa?
🦋🦇🦋🦇🦋
Rumah yang tersergam indah depan mata aku perhati lama.
So..
Ni la rumah makngah huh? Tak pernah lagi lah aku jejak kaki kat rumah ni sejak kembali dalam family ni.
YOU ARE READING
Home | Heaven
Teen FictionSemuanya bermula bila aku ditinggalkan di Kanada untuk memuaskan hati seorang lelaki tua yang jahat lagikan berkedut. Siapa lagi kalau bukan grandpa. Takkan abang Fir kot walaupun dia salah satu penyebab aku terpaksa tinggal kat sini. Tapi aku tak m...