bab 1

6.2K 184 31
                                    

POOM! PANG!

Bunyi bising di ruang tamu mengejutkan Mayla dari tidurnya. Bunyi bising itu seakan bunyi kaca yang pecah

Mayla bangun dari tidurnya lalu mengambil kayu di sebelah katilnya dan berjalan dengan perlahan ke pintu

Mayla membuka pintu biliknya dengan perlahan untuk memeriksa bahawa bunyi itu dari pencuri atau tidak

"Mayla! Aku tahu kau belum tidur lagi! Aku dengar bunyi pintu bilik kau!" Suara bapanya didengari dari dapur. Mayla mengeluh nafas lega bahawa bunyi bising itu adalah dari bapanya, bukan dari pencuri atau siapa-siapa

Mayla meletakkan kayu itu ditempatnya semula lalu dia berjalan keluar dari biliknya

"Ya ayah? Ayah buat apa dekat dapur pukul 3 pagi ni?" Mayla tanya dengan suara bosannya kerana dia tahu ayahnya dalam keadaan mabuk sekarang ni

"Kau jangan banyak tanya! Bagi aku air sekarang! Aku haus! Kau tak nampak ke?!" Ayah Mayla menolak Mayla ke peti sejuk membuatkan Mayla menjerit sedikit kerana sakit

Mayla membuka peti sejuk dan menuangkan air di dalam cawan untuk bapanya. Dia melihat bapanya sedang baring di sofa di ruang tamu

Mayla berjalan dengan perlahan ke bapanya untuk memberi air

"Kau kenapa lambat sangat hah! Tempang dah ke kaki tu? Baru tolak sikit dah cacat. Belum lagi aku bantai badan kecik kau tu" bapanya memerli. Mayla hanya diam sahaja

xxx

Mayla hanya duduk di atas katilnya kerana dia tidak boleh tidur selepas mengetahui keadaan ayahnya yang mabuk. Dia tahu bahawa apa-apa boleh terjadi jika dia menutup matanya

Tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Mayla melihat ke arah pintunya dan dia sudah agak siapa di pintunya

"Mayla tolong ayah boleh? Ayah sunyi.." kata ayahnya dengan suara yang lembut

Mayla sudah faham apa yang ayah dia mahukan. Lalu mayla bangun dan berjalan ke arah bilik ayahnya kerana dia tidak mahu dipukul oleh ayahnya jika dia menolak permintaan ayahnya

Maka begitulah hubungan sumbang antara bapa dan anak berlaku. Tetapi sejujurnya Mayla tidak rela tetapi dia terpaksa buat semua ni jika dia mahu melihat cahaya matahari pada esok hari

xxx

Ring! Ring!

Bunyi jam di telefon bimbitnya berbunyi. Mayla bangun dari katil dan dia melihat ayahnya tidur nyenyak. Dia keluar dari bilik ayahnya dengan senyap

Mayla bersiap ke sekolah. Ramai orang kata mereka tidak suka dengan sekolah tetapi bagi Mayla, sekolah la tempat dia boleh lari dari bapanya

Ya memang sekolahnya ibarat neraka bagi Mayla tetapi Mayla bersyukur mempunyai tempat tanpa bapanya di sisi

Mayla sibuk dengan fikirannya sampai dia tidak sedar ada orang di hadapannya semasa dia berjalan di laluan ke kelasnya

"What the fuck? Kau buta ke sial? " perempuan gedik di sekolahnya memarahi mayla iaitu Elena

"Sorry, aku tak nampak" kata mayla lalu mayla mahu beredar dari situ secepat mungkin tetapi begnya ditarik oleh Elena

Tiba-tiba Elena membuka baju kemeja putih sekolahnya membuatkan semua lelaki di sekolah itu terpegun dengan tubuh badan ramping elena. Elena ketawa kecil dengan perhatian yang dia dapat

"Kau dah kedutkan baju aku dan aku nak kau gosok balik dekat tempat persalinan baju sekarang!" Elena mengcampak bajunya ke mayla tetapi mayla campak semula baju itu ke elena

"Tak ada maruah ke? Kau sengaja nak perhatian lelaki kan?" Kata mayla membuatkan elena terasa

Tiba-tiba elena menarik rambut mayla

"Kau siapa nak kata aku tak ada maruah? Kau cemburu kan sebab kau tak dapat perhatian lelaki?" Kata elena. Mayla ketawa

"Ingat, barang murah selalu menarik ramai pelanggan" kata mayla sambil senyum. Elena melepaskan mayla dan mengambil baju dia lalu beredar dari situ

Mayla mengeluh dan membetulkan rambutnya semula

"I hate school" bisik mayla kepada dirinya

xxx

Mayla duduk termenung di dalam kelasnya semasa cikgu mengajar. Dia tiada tenaga untuk belajar sekarang

Dulu dia lah pelajar cemerlang di sekolah ini tetapi sejak ibunya meninggal dunia. Pelajarannya semakin merosot dan dia kerap mendapat keputusan gagal

Tetapi mayla sudah tidak kisah dengan semua itu. Yang dia kisah sekarang ini adalah untuk elak pukulan dari bapanya sahaja

"Mayla! Awak termenung apa? Ada apa-apa dekat muka saya ke?" Cikgu menegur mayla membuatkan mayla kembali ke realiti

"Saya mintak maaf cikgu" mayla menunduk kepalanya kerana berasa malu dengan perhatian yang dia dapat

"Awak balik lambat hari ini kerana saya rasa awak tak fokus dengan apa yang saya ajar di depan" kata cikgu mayla membuatkan mayla terkejut

"T-tetapi cikgu-"

"Tiada tapi-tapi. Ini adalah arahan" kata cikgu mayla dengan tegas. Mayla mengeluh

xxx

Sekarang mayla terpaksa tinggal di dalam kelasnya berduaan dengan cikgunya kerana dia termenung di dalam kelas tadi

Cikgunya mengajar mayla semula apa yang dia ajar tadi di dalam kelas dan nasib baik mayla faham dan memberi perhatian sepenuhnya

Dalam tak sedar, suasana di luar sekolah sudah gelap

"Okay dah nak dekat pukul 8 malam ni. Awak dah boleh balik" kata cikgu mayla

Mayla menghembus nafas lega. Akhirnya dia sudah boleh balik rumah. Dia yakin yang ayah dia akan memarahinya kerana pulang lambat tetapi dia sudah bersedia untuk menghadap ayahnya

xxx

Mayla berjalan kaki di hadapan hutan kerana ini sahaja jalan paling dekat untuk ke rumahnya

Tiba-tiba dia mendengar suara tapak kaki di belakangnya seolah ada orang mengekorinya

Mayla memusing ke belakang dan melihat tiada siapa

"Hantu ke? Heh, kalau hantu nak ikut aku balik pon aku tak kisah. At least ada orang teman aku dekat rumah" kata mayla dengan ketawa kecil
















































Tetapi dia tidak tahu bahawa kata-katanya itu telah mengundang sesuatu dari dunia lain untuk mengekorinya pulang...












Jangan lupa vote dan tinggalkan komen okay? Cerita ni agak dark sikit so sila kuatkan mental dan fizikal anda :)

Love you <3

DUA DUNIA ✔️Where stories live. Discover now