bab 6

3.1K 142 19
                                    

Semasa berbual dengan deylan. Mayla tiba-tiba berasa ngantuk lalu dia terlelap

"Sebab tu lah aku dekat sini- eh dah tidur?" Kata deylan sambil memandang mayla yang sedang nyenyak disebelahnya

Deyla tersenyum melihat mayla yang berani tidur disebelahnya sedangkan dia adalah hantu. Sepatutnya manusia takut dengan dia tetapi mayla hanya lena tidur disebelahnya

"Aku tahu kau penat.." kata deylan sambil mengusap rambut mayla

"Tetapi aku akan tetap ada di sisi kau" kata deylan sambil mencium sekilas di dahi mayla

Tiba-tiba mayla mendekatkan dirinya ke deylan membuatkan deylan terkejut

Mayla memeluk deylan seperti bantal peluk. Deylan ketawa kecil

"Goodnight sayang..."

xxx

Mayla sedang berjalan di koridor sekolah tetapi langkahnya terhenti kerana dia ternampak elena berdiri di depan lokernya

"Kau buat apa dekat loker aku? Dah tak ada loker sendiri ke?" Kata mayla. Elena menjeling matanya

Tiba-tiba elena menarik koler baju mayla lalu menghempas mayla ke loker

"Kau buat apa dengan zaqry semalam?! KAU INGAT AKU TAK TAHU KAU GODA ZAQRY DEKAT BILIK STOR KAN SEMALAM?!" jerit elena dekat situ membuatkan semua pelajar di koridor itu membisik dengan antara satu sama lain

"Mayla goda zaqry?"

"Betul ke ni?"

"Sampai macam tu sekali ke mayla suka zaqry?"

"Mayla mesti obses dengan zaqry"

Mayla dengar bisikan dari semua pelajar membuatkan dia berasa malu dan marah

Pang!

Bunyi lempangan bergema di koridor itu membuatkan semua pelajar di situ terkejut

Kerana mayla yang melempang elena..

"Aku terima yang kau nak tuduh aku macam-macam sebab aku tak kisah langsung. Tetapi aku tak terima yang kau malukan aku depan semua orang dengan ayat sial kau tu! Lain kali jaga lelaki kau elok-elok. Jangan sampai dia menyundal dengan perempuan lain lepastu kau salahkan perempuan tu pula!" Kata mayla dengan bengang. Elena terdiam

Mayla cepat-cepat mengambil bukunya di dalam loker lalu beredar dari koridor itu secepat mungkin meninggalkan elena terpinga-pinga di situ

xxx

Mayla masuk ke bilik persalinan wanita lalu dia menangis seorang diri di situ

Cukup lah derita dia dapat dari bapanya semalam

Now dia dimalukan di depan orang ramai pula...

Lepas ni apa lagi yang dia akan dapat?

"Aku tak mintak banyak. Aku cuma nak kebahagiaan je..." kata mayla sambil menangis teresak-esak

"Aku ada, mayla... aku ada.." kata deylan sambil memeluk mayla

Mayla selalu berasa selamat dalam pelukan deylan. Dia tahu dia tidak patut berasa begini kerana deylan berasal dari dunia lain tetapi dia tidak boleh menghalang perasaannya sendiri...

"Jangan tinggalkan aku. Aku sayang kau" bisik mayla membuatkan deylan terkaku














Mayla sayang aku?













Deylan tidak tahu nak membalas apa malahan dia hanya menganggukkan kepalanya sahaja

Mungkin dia terlalu terkejut dengan luahan mayla secara tiba-tiba. Dia tidak tahu yang mayla betul-betul maksudkan atau mayla hanya dibuai dengan perasaannya yang sekarang ini

Tetapi dia memilih untuk diam sahaja kerana dia tak nak serabutkan kepala mayla dan dia

xxx

Mayla sedang fokes dekat papan putih. Tiba-tiba dia mendapat mesej

Zaqry:
Aku dengar elena cari pasal dengan kau pagi tadi. Betul ke?

Mayla:
Jaga awek kau elok-elok. Aku risau satu hari nanti hilang kepala dia

Zaqry:
Hahahah aku tak tahu dah macam mana nak control dia lagi. Dia memang jenis suka buat tindakan melulu. Maaf ya

"Mayla? Kamu buat apa?" Tegur cikgu mayla membuatkan mayla panik dan cepat-cepat menyorokkan telefonnya di bawah meja

"Kenapa awak kerap pandang bawah? Awak main fon ke masa dalam kelas saya?" Tanya cikgu mayla

"Tak cikgu! Saya check kasut saya sebab nampak pelik sikit..." kata mayla dengan yakin. Cikgu mayla memandang mayla dengan pelik tetapi dia hiraukan sahaja

"Fokes kelas saya!" Kata cikgu mayla. Mayla hanya mengiyakan sahaja

xxx

Hari ini mood cikgu mayla sangat baik sampai cikgunya melepaskan anak muridnya balik awal

Mayla tidak mahu balik awal ke rumahnya kerana dia tahu ayahnya akan fikir dia ponteng sekolah

"Deylan? Mana kau?" Bisik mayla sambil memandang kiri kanan untuk mencari deylan dan memeriksa jika ada pelajar lain dekat dengannya

"Ye aku kat sini" kata deylan di belakang mayla. Mayla sudah biasa dengan kemunculan deylan secara tiba-tiba

"Aku tak nak balik awal so aku nak buat sesuatu dengan kau" kata mayla. Deylan keliru

"Apa dia?"

"Kau tak nak tahu ke adik kau hidup lagi ke tak?" Tanya mayla. Deylan ketawa kecil

"Dia hidup lagi mayla. Sebelum aku jumpa kau, aku dah jumpa dia. Tetapi aku tengok dari jauh je la. Aku tahu kalau aku munculkan diri aku depan dia. Dia akan takut dengan aku. Aku tak suka tengok dia takut dengan aku" kata deylan sambil senyum kecil

Mayla berasa kesian dekat deylan kerana dia tahu betapa peritnya bagi deylan untuk melihat adik kesayangannya dari jauh sahaja

"Apa kata kau bawa aku jumpa dia? Mana lah tahu aku dengan dia boleh rapat? Nanti aku boleh bagitahu dia pasal kau selalu" kata mayla dengan teruja













































"Tetapi aku risau dia yang tak nak rapat dengan kau..." kata deylan













Jangan lupa vote dan comment okay?

Love you! <3

DUA DUNIA ✔️Where stories live. Discover now