bab 10

2.6K 127 26
                                    

"Deylan..." kata mayla dengan perlahan

Tiba-tiba keajaiban berlaku di depan mata mayla

Pekerja di situ ditarik satu per satu oleh deylan lalu dicampak ke dalam laut

"WOI APA BENDA TU?!" jerit lelaki yang memegang mayla

Semua pekerja di situ panik dan cuba melarikan diri tetapi tidak sempat kerana deylan lagi pantas dari mereka

"Lepaskan dia" kata deylan sambil muncul dengan dirinya yang asal

Muka deylan teruk dan kepala deylan seperti pasu yang pecah. Badan deylan penuh dengan luka dan berlumuran darah

Dengan keadaan deylan sebegitu membuatkan lelaki itu takut

Lelaki itu mahu selamatkan diri lalu deylan menolak lelaki itu ke kontena lalu lelaki itu pengsan akibat kepalanya terhantuk di kontena itu

Deylan bengang sangat sampai dia tidak boleh kawal dirinya

Deylan memandang mayla yang dalam ketakutan itu

Dia berjalan ke arah mayla dan mahu memegang mayla tetapi mayla lari darinya

Mayla menyorok di belakang kontena sambil badan mengigil membuatkan deylan menyesal tunjuk dirinya yang sebenar

Deylan bertukar ke dirinya yang sempurna

"Mayla... ni aku.." kata deylan dengan perlahan tetapi mayla hanya pulaukan dia

"MAYLA! MANA KAU! APA DAH JADI NI?!" Jerit bapa mayla membuatkan mayla lagi takut

Deylan memberi telefon bimbit mayla kepada mayla membuatkan mayla keliru

"Call polis" kata deylan lalu deylan beredar dari situ

Mayla dengan paniknya, mayla ikut sahaja kata deylan

xxx

"MAYLA! KAU KELUAR SEKARANG SEBELUM AKU JUMPA KAU!" jerit ayah mayla sambil mengeliar di kawasan kontena

"Memang aku akan bunuh budak ni kalau aku jumpa dia" kata ayah mayla dengan geram

Tiba-tiba dia merasa ada orang menepuk lehernya dari belakang

Ayah mayla memusing ke belakang tetapi tiada siapa-siapa

"Kau jangan main-main dengan aku mayla!" kata ayah mayla dengan bengang

"Mati" kata deylan perlahan membuatkan ayah mayla terkejut

"SIAPA KAU" jerit ayah mayla sambil mencari suara itu. Dia tidak boleh nampak deylan

Ayah mayla menyuluh batang kayu di mana2 tempat kerana dia merasa ada seseorang dekat dengannya

"MAYLA! MANA KAU! KAU JANGAN NAK PAKAI SAKA KAU LAWAN DENGAN AKU!" jerit ayah mayla sambil mencari mayla lagi

Mayla sedang menyorok di belakang kontena yang tidak jauh dari ayahnya

Tiba-tiba ada suara budak di dalam kontena memanggil mayla

"A-akak.. tolong.." kata budak tu sambil melambai lambai tangannya di luar tingkap

Tiba-tiba semua budak di dalam kontena itu pergi ke tingkap menjerit memanggil mayla

"AKAK! TOLONG KAMI AKAK!" Kata budak- budak itu membuatkan mayla panik

Mayla mahu berlari dari situ tetapi tidak sempat

"Sini rupanya kau" kata ayah mayla sambil senyum. Mayla meronta-ronta suruh ayahnya lepaskan dia

"Mayla janji mayla tak buat lagi ayah!" Merayu mayla

"Elok mati je kau" kata ayah mayla lalu dia memukul kepala mayla dengan kayu itu membuatkan mayla terjatuh ke atas jalan

Kejadian itu berlaku dengan sekelip mata sahaja

Mayla berasa sakit yang amat di kepalanya. Pandangan mayla semakin kabur

Ayah mayla masih tidak puas hati lalu dia mahu memukul mayla lagi sekali tetapi polis datang lalu menghulur senjata terhadapnya

"Mayla!" Kata deylan dengan terkejut. Dia mahu menyerang ayah mayla tetapi polis sudah sampai

Semua kejadian itu berlalu dengan amat pantas sekali

Ayah mayla terkejut dengan kedatangan polis secara tiba-tiba

"Sila angkat kedua dua belah tangan anda!" kata polis itu. Ayah mayla melepaskan kayu itu lalu dia mengangkat kedua-dua tangannya

"Melutut sekarang!" Kata polis itu lalu ayah mayla melutut bersebelahan badan mayla yang terlantar di atas jalan

3 orang polis berlari ke ayah mayla lalu menggari tangan ayah mayla

Para medic datang membawa badan mayla yang terlantar di atas jalan itu

Deylan melutut di atas jalan sambil melihat badan mayla yang lemah dibawa oleh para medic ke dalam ambulans

"Mayla..." kata deylan dengan nada lemah

Dia terlambat...

xxx

Mayla ditempatkan di hospital. Dia masih tidak sedar

Deylan tidak pernah beredar dari wad mayla. Sejak mayla masuk ke hospital sampai sekarang dia masih duduk di sebelah mayla

Tiba-tiba ada orang masuk dalam wad mayla

Iaitu zaqry

Zaqry mengambil kerusi lalu duduk di sebelah mayla

"Aku dah agak kau mesti buat sesuatu. Aku menyesal tak ikut kau semasa kau keluar pagar haritu. Aku memang dah lama rasa tak sedap hati bila nampak kau asyik balik sekolah awal sebab selama ni kau selalu balik lambat"

"Dan disebabkan kau balik lambat la kau bagi peluang dekat aku untuk usya kau dari jauh lama-lama" kata zaqry sambil ketawa kecil

Zaqry merenung muka mayla lama-lama. Dia bangun dari kerusinya

"Maafkan aku mayla" kata zaqry sebagai tanda izin untuk cuba mencium dahi mayla

Tiba-tiba cawan air di atas meja tertumpah. Zaqry terkejut

Zaqry pelik kerana dia tidak terlanggar apa-apa. Macam mana cawan itu boleh jatuh?

Zaqry cepat-cepat mengambil tuala lalu mengelap air yang tumpah itu

Dalam diam deylan ketawa kecil kerana dia berjaya menghalang zaqry mencium mayla

"Sukahati bapak dia je cium mayla aku " kata deylan

Zaqry memerah tuala di singki di dalam bilik air. Tiba-tiba lampu bilik air itu berkelip-kelip

"Dah kenapa pulak lampu ni" kata zaqry sambil memandang lampu kelip-kelip itu

Zaqry menghiraukan sahaja dan teruskan memerah kain itu

Tiba-tiba pintu bilik air itu terbuka membuatkan zaqry terkejut

"Mayla?" Tegur zaqry sambil mengintai luar tetapi dia nampak mayla masih tidur di atas katil

"Betul la orang kata hospital ni tempat keras" kata zaqry dengan seram

Zaqry keluar dari bilik air itu lalu dia duduk di sebelah mayla

"Mamat ni tak takut ke? Aku dah cuba macam-macam supaya dia lari. Balik lah cepat bodo" kata deylan dengan nada menyampah

Zaqry mengenggam tangan mayla dengan erat. Tiba-tiba dia mencium tangan mayla membuatkan deylan terkejut

"WOI!" jerit deylan dengan tidak sengaja membuatkan zaqry terkejut lagi

"Siapa tu?!" Tegur zaqry. Deylan terkaku kerana dia tidak sangka dia terjerit sesuka hatinya. Dia cuma mahu menghalang zaqry menyentuh mayla sahaja



















































"Z-zaqry?"












Jangan lupa vote dan comment okay?

Love you! <3

DUA DUNIA ✔️Where stories live. Discover now