Mayla membuka pintu rumahnya dan dia dijemput dengan suasana gelap dan sunyi di dalam rumahnya
"Ayah tak balik lagi kot" bisik mayla di dalam hati. Mayla mahu naik ke biliknya tetapi dirinya ditarik ke lantai
"KAU PERGI MANA HA?! KAU SUKA KAN SUSAHKAN HIDUP AKU!" jerit ayah mayla. Mayla terkejut dengan kehadiran ayahnya kerana dia fikir yang ayahnya belum pulang dari tempat kerja
"Maafkan Mayla, ayah! Cikgu yang suruh mayla balik lambat! Bukan salah mayla, ayah!" Merayu mayla kerana dia tidak mahu dipukul oleh ayahnya
"KAU NI MEMANG PATUT MATI DARI DULU LAGI!" kata ayahnya sambil melibas mayla dengan tali pinggang
"AYAH! SAKIT AYAH! BERHENTI AYAH! AYAH!" Mayla meraung kesakitan tetapi itulah yang memuaskan hati ayah mayla
"KALAU MAK KAU DENGAR CAKAP AKU DARI DULU MESTI MAK KAU HIDUP SEKARANG NI! " kata ayah mayla sambil melibas mayla sekuat hatinya
"Mayla mintak maaf ayah! Sakit ayah!" Mayla merayu. Kesakitan itu membuatkan mayla tidak dapat merasa badannya lagi. Badannya seolah kebas kerana kesakitan yang terlalu tinggi
Tiba-tiba pinggan mangkuk terjatuh dengan sendiri di dapur membuatkan ayah mayla berhenti pukulannya
Mayla menangis teresak-esak di atas lantai sambil menahan kesakitan
Ayah mayla berjalan ke dapur dan melihat pinggan mangkuk berterabur di atas lantai
Ayah mayla memandang sekeliling dapur untuk memeriksa bahawa ada manusia pecah masuk ke rumahnya atau tidak tetapi tiada siapa-siapa di depan matanya
"Mayla! Sini kau!" Ayah mayla memanggil mayla. Mayla cuba bangun sambil menampung dirinya di meja makan
Mayla berjalan dengan perlahan ke dapur untuk berjumpa dengan ayahnya
"Kemas semua ni! Jangan ada satu serpihan pon dekat atas lantai ni. Faham?!" Kata ayah mayla. Mayla hanya angguk kepala sahaja kerana dia tidak berupaya untuk membuka mulut
Ayah mayla memegang muka mayla dengan kuat membuatkan mayla menjerit sedikit kerana sakit
"Tak reti jawab ke? Bisu dah?" Kata ayahnya
"Mayla a-akan buat a-ayah" kata mayla dengan perlahan
"Bagus. Anak yang baik" kata ayah mayla sambil senyum
Selepas ayah mayla beredar dari dapur. Mayla terus bergegas untuk mengemas pinggan mangkuk itu. Dia cuba mengemas dengan dirinya yang sakit itu
xxx
Selepas mengemas, mayla masuk ke biliknya untuk mandi
Mayla membuka bajunya di hadapan cermin. Dia melihat luka dan parut di seluruh tubuh badannya. Ini semua angkara bapanya...
Mayla mahu menangis tetapi air matanya sudah tiada. Dia sudah penat untuk menangis kali ini. Dia sudah penat untuk hidup
Mayla mengambil tuala dan melangkah masuk ke bilik air
Mayla membuka paip dan berdiri di bawah air pancut itu. Dia menjerit kesakitan apabila air mengalir ke luka-luka di tubuhnya
Tiba-tiba dia merasa ada tangan menyentuh lukanya membuatkan mayla memusing ke belakangnya
Dia berasa ada seseorang di dalam bilik air bersamanya tetapi dia tidak nampak siapa-siapa
"Aku halusinasi ke? Jangan kata aku dah gila do..." kata mayla kepada dirinya
Mayla cuba menghiraukan dan teruskan mandi
xxx
Setelah mandi, mayla duduk dihadapan cermin meja soleknya lalu mencuba menyapu ubat ke luka-lukanya
Mayla tidak sedar bahawa ada lembaga di sudut penjuru biliknya sedang memerhatikannya
Mayla memandang cermin kerana dia berasa ada orang sedang memandang dia tetapi dia tidak nampak siapa-siapa
Mayla bangun dan beredar dari meja soleknya ke almari untuk mencari baju tidur
Semasa dia sibuk mencari baju dia berasa ada seseorang memeluknya dari belakang membuatkan dia menjerit kerana terkejut
Tetapi apabila dia memusing badannya, tiada siapa-siapa di biliknya melainkan dirinya sendiri
Mayla sudah mula berasa seram sejuk kerana pelukan itu berasa sangat real baginya
"It feels good..." bisik mayla sambil menyentuh pinggangnya yang dipeluk itu
Mayla mengeluh kerana perasaan dipeluk itu hanya sekejap sahaja. Dia sudah lama tidak berasa dipeluk oleh seseorang semenjak ibunya meninggal dunia
"Cukup mayla! Kau tak layak!" Kata mayla sambil menampar dirinya berulang kali
Lalu mayla mencampak dirinya ke katil untuk tidur
Akhirnya mayla dibuai dengan tidur lenanya
xxx
"Bertahan sayang..."
"Ibu!"
"Kamu harus bersabar sayang"
"Ibu!"
"Sikit je lagi ni sayang..."
"Mana ibu!"
"Ibu disini sayang"
"Mana? Ibu pergi mana? Mayla tak nampak ibu!!" Mayla menangis
"Ibu disini...."
"IBU!!" Mayla terbangun dari tidurnya
Mayla melihat sekelilingnya lalu dia mengeluh. Dia masih di dalam biliknya
Dia sering mendapat mimpi ibunya tetapi mimpi yang sama
Ibu mayla sering menyuruh mayla bertahan di dunia ini di dalam mimpinya
Disebab itu lah mayla masih hidup sehingga kini kerana dia mendengar kata-kata ibunya
"Mayla tak tahan ibu..." kata mayla sambil menangis
Tiba-tiba dia merasa ada seseorang memeluknya seolah seseorang itu sedang melegakan dirinya
Mayla tidak mahu menegur kerana dia amat perlukan pelukan dari seseorang malahan dia duduk diam sahaja sambil menikmati pelukan itu
"Aku tak tahu kau siapa tetapi terima kasih" kata mayla sambil mengelap air matanya
"Deylan" suara seorang lelaki didengari oleh mayla membuatkan mayla terkejut
Mayla mengangkat kepalanya dan dia tidak sangka ada seorang lelaki dalam lingkungan umurnya di hadapanya
Mayla bergegas turun dari katilnya lalu mengambil kayu secepat mungkin
"K-kau siapa?! Macam mana kau boleh masuk rumah aku?!" Kata mayla sambil menghulur kayu ke arah lelaki itu
"Bertenang sayang" kata lelaki itu membuatkan mayla terkaku
Ayat itu... ayat itu seolah ayat ibunya di dalam mimpinya
"Kau mesti fikir pasal ibu kau kan?" Kata lelaki itu
"Jangan sesekali sebut pasal ibu aku" kata mayla dengan tegas. Lelaki itu katawa kecil
"Tidur la. Dah pukul 4 pagi ni. Kau nak pergi sekolah kan nanti?" Kata lelaki itu sambil menepuk tilam katil mayla itu
"bagitahu aku dulu siapa kau!" kata mayla dengan tidak puas hati
"Kau akan dapat jawapannya dalam mimpi kau" kata lelaki itu sambil senyum
Jangan lupa vote dan tinggalkan komen okay?
Love you <3
YOU ARE READING
DUA DUNIA ✔️
Spiritual"dunia kau dan aku berbeza.." "tetapi aku masih sayangkan kau" ⚠abusive content⚠