bab 14

2.2K 132 27
                                    

Sudah 3 bulan mayla duduk dengan makciknya. Sejujurnya dia bersyukur apabila dapat tahu dia masih ada sedara atau keluarga terdekat dengannya

Layanan makcik dekat mayla sangat baik ibarat ibu kedua bagi mayla

Setiap kali mayla melihat makciknya mesti dia nampak ibunya

"Makcik dengan ibu memang sama perangai" gurau mayla membuatkan makcik mayla berhenti memasak

Makcik mayla memusing ke belakang memandang mayla dengan senyuman kecil

"Mayla rindu ibu ke?" Soal makcik mayla. Mayla menunduk kepalanya lalu menganggukkan kepalanya

Makcik mayla berjalan ke arah mayla lalu memeluk mayla

"Tak apa nak... ibu bahagia dekat atas sana. Kita kena teruskan hidup kita" kata makcik mayla. Mayla hanya senyum sahaja

xxx

Makcik mayla sedang berehat di biliknya malahan mayla sedang sibuk membuat kerjanya di bilik

Waktu pandemik begini, mayla memang sibuk bekerja di rumah. Kadang-kadang dari pagi buta sampai tengah malam dia hadap laptop dia

Makcik mayla la tukang tolong hantarkan makanan ke bilik mayla kerana mayla sering lupa makan kerana sibuk dengan kerjanya

"Pembunuh..."

"Pembunuh..."

"Pembunuh.."

Suara seorang budak lelaki didengari oleh makcik mayla

"Siapa kau?!" Jerit makcik mayla dengan gelisah dan takut dalam dirinya

"Kau pembunuh!" Jerit lelaki itu

"SIAPA KAU?!" jerit makcik mayla sambil terbangun dari tidurnya

Tiba-tiba makcik mayla terdengar bunyi tapak kaki yang sedang berlari ke arah biliknya

Dia berfikir mayla terdengar jeritannya dan disebab itu lah mayla datang ke biliknya

Tetapi dia silap...

Tiada siapa masuk biliknya..

"Mayla?" Panggil makcik mayla kerana dia pelik bunyi tapak kaki itu sudah hilang

Dia mengharapkan mayla datang menjenguknya tetapi tiada

Makcik mayla bangun dari katilnya lalu membuka pintu biliknya

Makcik mayla menjenguk luar biliknya kiri kanan. Dia tidak nampak sesiapa di koridor biliknya

"Mayla sayang?" Panggil makcik mayla lagi sekali tetapi tiada siapa menyahut

Makcik mayla pergi ke bilik mayla lalu dia mendengar bunyi keyboard laptop mayla seolah mayla sedang sibuk menaip sesuatu

"Dia sibuk la tu" kata makcik mayla dengan senyuman kecil

Dia mahu pulang ke biliknya lalu dia terkejut melihat mayla sedang menaik tangga sambil memegang secawan kopi

"Aik? Mayla pergi mana? Makcik ingat mayla dalam bilik tadi?" Soal makcik mayla dengan pelik. Mayla keliru

"Aik mana ada makcik. Mayla buat kopi kat bawah tadi" kata mayla membuatkan makcik mayla seram sejuk

Dah tu.. siapa yang di dalam bilik mayla tadi? Bunyi tapak kaki tadi... siapa tu?

Makin difikir makin meremang bulu roma makcik mayla

"Makcik? Makcik okay tak ni? Pucat je muka?" Tegur mayla sambil menyentuh muka makcik mayla

Makcik mayla menggelengkan kepalanya sambil memberi senyuman kecil dekat mayla

"Tak ada apa-apa lah mayla sayang. Makcik okay je. Kalau nak apa-apa panggil makcik je okay?" Kata makcik mayla. Mayla hanya menganggukkan kepalanya sahaja

Lalu makcik mayla dan mayla masuk ke bilik masing-masing

xxx

Makcik mayla duduk di atas katilnya sambil termenung

Dia membuka laci di sebelah katilnya lalu dia keluarkan sebuah gambar

Dia merenung gambar itu dengan senyuman kecil

Jika ada orang lain di dalam biliknya itu mesti orang itu berfikir yang makcik mayla itu mabuk bercinta

"Kita akan bersama suatu hari nanti sayang... cuma masa tak mengizinkan kita sahaja" kata makcik mayla sambil mengusap gambar itu

Iaitu gambar dia dan ayah mayla...

xxx

Mayla menutup komputer ribanya lalu mencampak dirinya ke katil.

Dia berasa sangat penat hari ini kerana kerja dia terlalu banyak. Mungkin dia sudah tangguh banyak kerja semasa dia ambil cuti beberapa hari yang lepas

Mayla merenung siling biliknya. Sejak dia duduk di rumah makciknya dia berasa keseorangan

Dia masih mengharapkan deylan muncul di depan mukanya secara tiba-tiba. Dia rindu perasaan terkejut itu semasa deylan ada bersama dengannya

Dia rindu masa yang dia pernah luangkan bersama dengan deylan...

"Deylan.. mana kau... aku rindu" kata mayla dengan perlahan. Dia merasakan yang deylan boleh dengar kata-katanya












"Aku pon rindukan kau mayla..." kata deylan dengan perlahan

xxx

"Kau tak bosan ke kat sana?" Tanya zaqry dalam panggilan telefon bersama mayla. Mayla mengeluh besar

"Ni dah kali ke 13739390339 kau tanya aku soalan sama zaqry" kata mayla dengan nada menyampah. Zaqry ketawa

"Aku tanya je pon hok aloh. Kalau kau bosan panggil je la aku. Aku boleh culik kau bawak balik" kata zaqry. Mayla ketawa besar dengan gurauan zaqry

Tetapi bagi zaqry itu bukan lah gurauan...

Dia sanggup buat apa sahaja untuk mayla walaupon benda itu akan meletakkannya dia dalam bahaya

Jika mayla menyuruhnya terjun bangunan pon dia rela melakukannya demi mayla

Mungkin itu sahaja sudah menunjukkan betapa sayangnya zaqry terhadap mayla

"Mayla.." panggil zaqry. Mayla menyahut dengan 'hmm'

"Aku sayang-" kata zaqry terputus kerana terdengar bunyi hentakan di dalam telefon mayla

"Wei aku call balik nanti bye" kata mayla dengan panik lalu mayla mematikan panggilan tersebut. Zaqry mengeluh

"Sampai bila nak macam ni.." kata zaqry dengan perlahan

xxx

Mayla berlari ke dapur lalu dia terkejut kerana melihat makciknya terbaring di atas lantai dengan kepala berdarah









































































"DEYLAN!"














HI GUYS! Jangan lupa vote dan comment okay?

Love you! <3

DUA DUNIA ✔️Where stories live. Discover now