bab 15

2.2K 140 22
                                    

"DEYLAN!!" jerit mayla dengan terkejut

Deylan memandang mayla dengan riak tiada perasaan

Mayla berlari ke makciknya yang bernyawa-nyawa ikan dekat atas lantai itu

Mayla berasa panik dan marah. Perasaannya bercampur baur di dalam dirinya membuatkan dia menjadi tidak tentu arah

Mayla mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya lalu menelefon nombor kecemasan














"Tolong bertahan makcik..." merayu mayla sambil menangis

xxx

Makcik mayla sedang terlantar di katil hospital. Doktor memberitahu kepada mayla bahawa makciknya di dalam keadaan kritikal

Hentakan di kepala makciknya sangat kuat tambahan lagi dengan jangka masa ambulan datang sangat lama menyebabkan makcik mayla sudah kehilangan banyak darah maka peluang hidup itu tipis.

Mayla menangis di bangku di hadapan wad makciknya. Dia tidak dapat mengawal perasaannya sekarang

Dia baru sahaja nak bahagia dengan keluarganya yang dia baru jumpa tetapi rezekinya ditarik semula dan sekarang dia keseorangan semula

"Cik mayla?" Panggil seorang jururawat yang baru keluar dari wad makciknya

"Makcik mayla dah sedar tetapi jangka masa kesedaran dia itu sekejap sahaja maka dia meminta cik mayla masuk" kata jururawat itu dengan simpati

Mayla mengucap terima kasih kepada jururawat tersebut lalu melangkah masuk ke dalam wad makciknya

Mayla menahan air matanya dari jatuh apabila dia melihat keadaan makciknya yang berbalut seluruh tubuhnya dan pelbagai wayar menusuk ke dalam tubuh makciknya

Kemungkinan makciknya sudah berlanggar dengan banyak benda menyebabkan badannya calar balar

Mayla duduk di sebelah makciknya sambil memegang tangan kiri makciknya

"M-maafkan m-makcik s-sayang" kata makcik mayla dengan perlahan kerana dia sangat sakit sekarang. Nyawanya sedang ditarik dengan perlahan-lahan oleh malaikat maut

Mayla menggelengkan kepalanya tanda jangan meminta maaf

"M-makcik y-yang b-bunuh m-mak m-mayla" kata makcik mayla. Mayla terkejut

Mayla melepaskan tangan makciknya dalam sekelip mata. Dia tak boleh berkata apa sekarang ini kerana dia amat terkejut sekali

"Makcik s-sayang a-ayah kamu.." kata makcik mayla sambil mengalir air matanya. Dia amat berasa bersalah sekarang ni dekat mayla

"Makcik tipu.." kata mayla berulang kali. Mayla mengundurkan dirinya dari makciknya membuatkan makciknya menangis

Makcik mayla mengangkat tangannya dengan perlahan untuk memanggil mayla mendekatinya semula tetapi mayla semakin menjauh dari dirinya

"Maafkan m-makcik m-mayla.." bisik makcik mayla buat kali terakhir

Akhirnya mata makcik mayla tertutup dengan rapat dan mesin denyutan jantung makcik mayla menunjukkan garis lurus melintang dengan bunyi 'beeeppp'

Semua doktor dan jururawat berlari masuk ke dalam wad. Mayla hanya merenung sahaja makciknya dengan riak wajah tanpa perasaan

Lalu beberapa jururawat menghalau mayla keluar dari wad. Mayla ikut sahaja

xxx

Mayla duduk termenung di kerusi di hadapan wad makciknya

Mukanya menunjukkan tiada apa-apa perasaan. Hatinya kosong

Memang selama ini hati dia kosong tetapi kali ini hatinya seolah tidak wujud di dalam badannya

Dia berasa sepenuhnya gelap pada dirinya dan sekelilingnya

"Sekarang kau dah faham kan kenapa aku buat macam tu?" Kata deylan secara tiba-tiba. Mayla mengenggam bajunya dengan erat kerana dia geram apabila mendengar suara deylan

Rasa marah dalam dirinya terhadap deylan masih ada

"Sekarang kau dah buat aku hilang keluarga sepenuhnya, deylan" kata mayla dengan suara mendatar. Dia cuba mengawal emosi dan riak mukanya di depan deylan

"Dia bukan keluarga kau mayla. Dia tikam belakang kau. Kau tak rasa dipergunakan ke? Pembunuh mak kau sendiri jaga kau? Tak rasa bersalah dekat mak kau ke?" Kata deylan dengan sedikit nada bengang. Mayla berasa perangai deylan sekarang ini amat melampau

"TAPI DIA MASIH KELUARGA AKU, DEYLAN! DIA MAKCIK AKU! KAKAK MAK AKU!" Jerit mayla dengan bengang. Dia tidak sangka. Orang yang buat dia berasa tidak keseorangan selama ini kini membuat dia berasa keseorangan semula

"TAPI DIA PUNCA AKU MATI, MAYLA!" jerit deylan dengan bengang juga membuatkan mayla terkejut sedikit

Deylan adalah lelaki maka jeritannya lagi kuat dari mayla

Deylan nampak mayla macam takut dengan dia membuatkan dia berasa bersalah tetapi dendamya masih menguasai diri deylan

"Kalau makcik kau ada sikap berperikemanusiaan semasa dia langgar aku waktu dulu. Aku dah boleh selamatkan darla dengan cepat, mayla. Aku dah boleh selamatkan kau dari bapak kau lagi awal waktu tu. Kau bahagia kan bila bapak kau masuk penjara? Kau jangan nak tipu aku lah mayla. Kau setiap hari bagitahu aku, kau rasa aman bila bapak kau tak ada" kata deylan dengan nada tegas. Mayla terdiam kerana apa yang deylan cakap itu adalah benar

"Tambahan lagi, makcik kau yang bunuh mak kau? Kau tak rasa diperbodohkan ke mayla?" Kata deylan dengan perlahan. Dia faham kenapa mayla bersikap begini tetapi dia tidak boleh biar mayla dibuai dengan perasaannya tersendiri. Dia perlu sedarkan mayla

"I hate you so much deylan." Kata mayla dengan reaksi beku

Deylan nampak perasaan dendam di mata mayla tetapi dia tidak boleh buat apa-apa kerana mayla yang berdiri di depannya ini adalah bukan mayla yang dia kenal dahulu...

Ini adalah mayla yang tidak mempunyai perasaan apa-apa selain dendam

"Aku cuba tolong kau mayla tetapi kau-" kata deylan dipotong oleh mayla

"Aku tak perlukan pertolongan sesiapa.." kata mayla dengan nada tegas















































































"Lagi-lagi pertolongan dari kau.."

























OMG AUTHOR SUKA PART NI HDOSHSOSSJSO

HI GUYS! jangan lupa vote dan comment banyak2 okay?

Love you <3

DUA DUNIA ✔️Where stories live. Discover now