bab 9

2.6K 128 8
                                    

Pada esok harinya, mayla pergi ke lokasi yang darla beri kepadanya

Dia melihat satu pelabuhan penuh dengan kontena-kontena. Dia fikir ini adalah pelabuhan dimana barang-barang di Malaysia akan diimport ke luar negara

Mayla berjalan-jalan di kawasan pelabuhan itu untuk memeriksa jika ada sesuatu yang aneh baginya tetapi masih tak ada apa-apa

"Kenapa darla suruh aku pergi sini? Dia nak aku cari apa" kata mayla dengan perlahan. Dia semakin buntu dan penat untuk mencari apa yang darla perlukan

Dia mahu pulang, tiba-tiba dia terdengar suara ayahnya membuatkan dia menghentikan pergerakannya

Mayla menyorok di belakang salah satu kontena dan dia melihat ayahnya sedang berborak dengan beberapa orang lelaki dalam lingkungan umur bapanya

"Mungkin akan berangkat pada akhir bulan ini" kata ayahnya kepada lelaki-lelaki tua itu

"Awalkan sedikit tak boleh ke boss?" Kata salah seorang lelaki itu. Ayah mayla ketawa kecil

"Tak boleh boss. Kami nak cari lagi budak. Jangan risau boss kami akan bawa budak paling tip top untuk boss" kata ayah mayla sambil menepuk bahu lelaki tua itu. Lelaki tua itu hanya angguk kepala sahaja

Mayla terkejut dengan apa yang dia dengar

Rupanya selama ini ayah dia menjual budak di belakangnya...

Adakah ayahnya akan jual dia juga?

Bila difikirkan semula membuatkan mayla menjadi takut dengan ayahnya

Mayla terus berlari dari kawasan itu dan pulang ke rumah

Dia mencampak dirinya ke katil sambil mengeluh besar

"Kenapa sampai macam ni.." kata mayla dengan perlahan

Mayla sedang berfikir nak buat apa untuk menolong darla tetapi dia masih budak sekolah... Dia tidak ada kuasa apa-apa

Tiba-tiba idea muncul dalam kepala kecilnya

"Aku akan pantau dulu. Kutip bukti lepastu report polis" kata mayla dengan yakin

"Kau yakin ke nak buat semua ni seorang diri?" Kata deylan yang muncul secara tiba-tiba

"Kau kan ada. Kau boleh protect aku kan?" kata mayla dengan muka comelnya. Deylan ketawa kecil

" aku akan lindungi kau mayla. Ibarat aku lindungi adik aku" kata deylan sambil mengusap kepala kecil mayla. Mayla senyum kecil

Dia suka usapan dan layanan yang deylan beri kepadanya. Dia rasa dihargai. Dia sudah lama tidak merasa perasaan begini semenjak ibunya tiada

Erti kata lain... dia bersyukur deylan di sisinya walaupon deylan dari dunia lain

Deylan, alangkahnya kau tahu isi hati aku. Aku nak kau tahu yang kau sangat berharga bagi aku...

xxx

Hari persekolahan

Ring! Ring!

Loceng sekolah berbunyi tanda semua pelajar dibenarkan pulang

Mayla cepat-cepat mengemas begnya lalu berlari keluar dari sekolah

Zaqry nampak mayla berlari ke pagar sekolah

Zaqry perasan sejak seminggu lepas, mayla kerap tergesa-gesa balik rumah membuatkan zaqry berasa tidak sedap hati

Ini kerana selama ini mayla lah pelajar terakhir pulang ke rumah kerana dia sengaja pulang lambat. Mayla tidak mahu bertembung dengan ayahnya yang baru pulang kerja jika dia balik awal

"Apa yang terjadi dekat kau mayla?" Kata zaqry dengan curiga

xxx

Mayla menyorok di belakang kontena macam biasa untuk melihat gerak geri ayahnya yang sibuk mengurus kedudukan kontena di pelabuhan itu

Semasa dia sibuk memerhati, tiba-tiba dia terdengar suara

Mayla memandang sekelilingnya lalu dia tersedar yang suara itu datang dari kontena yang dia menyorok sekarang ni

"Akak... t-tolong" kata seseorang membuatkan mayla seram sejuk

Mayla memeriksa kontena itu lalu dia terjumpa tingkap

Dia mengintai tingkap itu dan dia terkejut

Terdapat ramai budak-budak kecil di dalam kontena itu

Mayla memeriksa sekelilingnya jika ada orang lain mendekatinya

Mayla mengeluarkan telefon bimbitnya dan menangkap beberapa gambar budak-budak itu

Tiba-tiba mayla ditarik oleh seseorang lelaki berbadan sasa

"Kau buat apa ha kat sini?!" Kata lelaki itu lalu lelaki itu melempang mayla sehingga mayla jatuh ke lantai

"Badan kau boleh tahan" kata lelaki itu dengan senyuman nakal

"LEPASKAN AKU LAH SIAL!" Jerit mayla tetapi itu tidak menahan lelaki itu untuk membuat sesuatu dekat mayla

Jeritan mayla itu telah menarik perhatian ayah mayla dan semua pekerja-perkerja di situ

Mayla memandang orang ramai yang sedang berlari ke arahnya dengan harapan orang-orang itu akan tolongnya

Tetapi dia kecewa...

"A-ayah tolong m-mayla" mayla merayu. Ayah mayla hanya memandang sahaja dekat mayla dengan wajah tiada perasaan

"Dia korang punya. Aku malas nak jaga budak ni" kata ayah mayla sambil menepuk bahu salah sorang pekerja dengan senyuman sinis

Semua pekerja di situ senyum bahagia apabila ayah mayla cakap begitu

Semua pekerja-pekerja itu mula membuka baju diorang satu per satu






















































"Deylan..."












Oh no mayla :(

Jangan lupa vote dan tinggalkan comment okay?

Love you! <3

DUA DUNIA ✔️Where stories live. Discover now