"Z-zaqry" tegur mayla dengan perlahan. Zaqry terkejut dengan kesedaran mayla
"Kejap!" Zaqry menjerit dengan tak sengaja membuatkan mayla terkejut
Zaqry berlari keluar dari wad mayla untuk memanggil doktor
Doktor dan beberapa nurse berlari masuk ke wad mayla untuk memeriksa keadaan mayla
Zaqry menunggu luar tetapi deylan hanya kekal sahaja di dalam wad mayla
Eleh bukan orang boleh nampak dia pon kan?
Deylan nampak doktor itu sedang memerika mayla. Deylan berasa bersalah kerana lambat menyelamatkan mayla
Tiba-tiba mayla memandang ke arah deylan. Deylan terkejut tetapi dia memberi senyuman kecil ke mayla. Mayla membalas senyumannya dengan senyuman lebar
"Deylan!" Panggil mayla membuatkan semua orang di dalam wad mayla terkejut. Semua orang memandang ke arah pandangan mayla tetapi mereka tidak nampak siapa-siapa
"Dia dah gila ke doktor?" Bisik salah seorang nurse itu ke doktor
"Biasanya lepas terhantuk ni dia akan berhalusinasi sikit" kata doktor itu dengan riak selamba. Nurse-nurse lain hanya setuju sahaja dengan kata doktor itu
"Rehat ya cik Mayla. Nanti kami akan cuba berhubungan dengan keluarga terdekat awak untuk bawa awak keluar" kata doktor itu. Mayla terasa dengan kata-kata doktor itu
"S-saya tak ada keluarga..." kata mayla dengan nada perlahan kerana dia malu
Semua orang di wad itu terkejut
"Sedara-mara awak ke? Tak pernah jumpa diorang ke?" Tanya doktor itu. Mayla menggelengkan kepalanya. Semua berasa simpati terhadap mayla
"Saya akan bawa dia balik" tiba-tiba zaqry muncul membuatkan semua orang dalam wad itu memusing belakang
"Awak keluarga cik mayla ke?" Tanya salah seorang jururawat itu. Zaqry berasa malu dengan perhatian dia dapat
"Bukan, tapi saya kawan baik dia. Keluarga saya boleh tolong jagakan dia" kata zaqry dengan yakin
Mayla terkejut dengan perangai zaqry
Dia ni buang tebiat ke? Dia nak jaga aku? Ni bangang jenis apa?
"Apa-apa pon kita semua kena tunggu pengesahan dari keluarga awak. Boleh ikut saya ke pejabat?" Kata doktor itu kepada zaqry. Zaqry hanya ikut sahaja
Selepas semua orang beredar dari wad itu. Tinggal lah mayla seorang diri
Okay bukan seorang diri kerana mayla ada deylan bersamanya
"So.. Zaqry jaga kau?" Kata deylan dengan riak tidak setuju
Mayla nampak sikap deylan yang berbeza membuatkan dia ketawa kecil
"Kau jealous ke?" Perli mayla dengan senyuman nakal. Deylan menjeling matanya
"Okay jugak dia jaga kau. Nanti aku cakap aku yang jaga mesti semua orang terkejut beruk" kata deylan sambil merenung mesin yang menunjuk denyutan jantung mayla
(Korang tahu kan mesin apa? HAHAH -author)
Tiba-tiba deylan mendekatkan dirinya ke mayla membuatkan mayla terkejut
"K-kau buat a-apa ni" kata mayla dengan gagap. Deylan senyum nakal
"Kau boleh jaga diri tak dengan zaqry nanti?" Bisik deylan dengan perlahan. Muka deylan dengan muka mayla masih dekat
"T-tahu la. Aku kan dah b-besar" kata mayla. Mata mayla membulat besar kerana dia berasa gelisah dengan posisi mereka berdua sekarang ini. Reaksi mayla membuatkan deylan ketawa besar
" aku buat jantung kau berdegup laju ke?" Kata deylan dengan senyuman sinisnya
"Mana ada! Kau ingat aku akan cair ke dengan perbuatan kau tadi?" Kata mayla sambil cuba mengelak pandangan tajam deylan
"Mesin tak pernah tipu sayang" kata deylan sambil merenung mesin di sebelah mayla membuatkan mayla pon memandang mesinnya itu
Mayla menunduk kepalanya kerana malu
"Dah la nak tidur!" Kata mayla sambil menyelimutkan dirinya sepenuhnya sehingga menutupi kepala kecilnya membuatkan deylan ketawa kecil
"Ya kau patut rehat" kata deylan sambil menepuk sekali di badan mayla membuatkan mayla terkejut
"Woi! Ni gangguan seksual tau!" Kata mayla. Deylan senyum nakal
"Dah tu kau nak buat apa? Panggil polis?" Perli deylan membuatkan mayla mengigit bibirnya dengan geram
"Dah la malas layan kau. Pergi main jauh-jauh aku penat" kata mayla
"3 hari tidur pon masih penat. Tak faham aku dengan perempuan" kata deylan. Mayla hanya diam sahaja memulaukan deylan
xxx
"Mayla.. bangun.. ada orang datang jenguk kau ni" bisik deylan dekat telinga mayla. Mayla mengeliat
"Kau tak payah nak menipu aku la deylan" kata mayla sambil melambai lambai tangannya seolah dia mahu menghalau deylan
"Deylan?" Kata seseorang membuatkan mayla terbuka mata dengan luas
"D-Darla? Darla buat apa kat sini?" Kata mayla dengan terkejut. Dia terus bangun dari katilnya selepas nampak darla dan ibunya datang melawat mayla
"Akak mengigau ke?" Tanya darla dengan pelik. Ibu darla pon memandang mayla dengan curiga
"Mengigau? Oh! Ha! Akak mengigau hahaha sorry sorry" kata mayla sambil memandang tempat lain. Dia mengelak daripada memandang mata darla
Tiba-tiba darla memeluk mayla dengan erat sambil menangis
"Darla tahu akak mesti rindu abang deylan. Darla pon rindu abang deylan" kata darla sambil menangis membasahi baju mayla. Mayla berasa bersalah tetapi dia mengusap belakang darla
Ibu darla memegang tangan mayla sambil menunduk bawah
"Terima kasih sangat-sangat sebab menolong darla. Selepas darla tahu penculiknya dulu kena tangkap, dia sangat gembira. Makcik tak pernah nampak diri darla yang bahagia seperti itu"
"Terima kasih sangat sebab berjaya keluarkan darla daripada dunia gelapnya" kata ibu darla dengan senyuman paling ikhlas
Terima kasih juga kepada makcik sebab lahirkan deylan... tiada makcik, tiada lah deylan
Tiada deylan, tiada lah pintu keluar dari dunia gelap saya..
Jangan lupa vote dan comment banyak2 okay?
Love you ! <3
YOU ARE READING
DUA DUNIA ✔️
Spiritual"dunia kau dan aku berbeza.." "tetapi aku masih sayangkan kau" ⚠abusive content⚠