bab 16

3K 139 23
                                    

"Lagi-lagi pertolongan dari kau" kata mayla dengan tanpa rasa bersalah. Deylan terkejut

Deylan ketawa kecil. Ketawa yang bermaksud dia tidak sangka mayla akan kata sebegitu kepadanya

Selama ini mayla menyuruh deylan untuk berjanji supaya tidak tinggalkan mayla tetapi kali ini mayla sendiri yang menyuruh deylan meninggalkan mayla

Fuck that's hurt...

"Kau pertahankan pembunuh mak kau sendiri? Fine mayla! Sukahati kau lah nak buat apa sekarang ni" kata deylan dengan riak bengang. Lalu deylan beredar dari situ meninggalkan mayla seorang diri

"Mayla!" Panggil seseorang membuatkan mayla memusing dirinya ke arah suara tersebut

Iaitu zaqry...

"Kau okay tak?" Soal zaqry dengan nada risau. Mayla menganggukkan kepalanya dengan senyuman kecil

"Aku okay je cuma penat" kata mayla dengan perlahan

"Jom balik rumah aku" zaqry pelawa. Mayla hanya mengikut sahaja kehendak zaqry kerana dia bukan ada sesiapa pon sekarang ni

xxx

Sampai sahaja mayla di rumah zaqry. Semua keluarga zaqry memeluk mayla tanda simpati. Mayla hanya senyum dan diam sahaja

Mayla masuk ke biliknya yang dulu dia tinggal bersama zaqry. Bilik itu tidak berubah langsung. Masih lagi ada barang-barangnya yang dia tinggal dahulu

"Aku tak usik barang kau" kata zaqry secara tiba-tiba membuatkan mayla terkejut

Zaqry sedang menyandar dirinya di pintu bilik mayla sambil melihat mayla meliar memeriksa bilik itu

"So.. macam mana pengalaman duduk rumah makcik kau? Okay? Ada jumpa jodoh ke?" kata zaqry sambil duduk di atas katil mayla. Pergerakan mayla terhenti

"Jangan sebut pasal makcik aku" kata mayla dengan nada tegas sambil membelek barang di rak. Zaqry pelik

Dia nak tanya mengapa tetapi dengan cara mayla menjawab soalannya membuatkan dia memilih untuk diam

"Kau rehat la. Nanti kalau lapar ada makanan kat bawah. Jangan biar perut lapar" kata zaqry dengan perlahan lalu dia beredar keluar dari bilik mayla

Selepas sahaja pintu bilik mayla dihempas tutup. Mayla melutut di atas lantai

Dia melepaskan air matanya yang dia tahan di depan zaqry tadi

Ini adalah sakit yang dia tidak pernah alami

Sakit dari makciknya...

Sakit dari Deylan...

Sakit dari ayahnya...

Semua bercampur baur di dalam hatinya membuatkan hatinya semakin remuk, hancur dan pecah

xxx

Mayla menuruni tangga dengan keadaan yang bersiap seolah mahu keluar

Sampai sahaja dia di pintu ada orang memanggilnya

"Mayla?" Panggil ibu zaqry. Mayla terkejut. Mayla menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya

Mayla memusing badannya menghadap ibu zaqry dengan senyuman manis sekali

"Nak pergi mana sayang? Cuaca gelap ni?" Soal ibu zaqry dengan risau

"Melawat ayah" kata mayla

"Nak ibu teman?" Kata ibu zaqry. Mayla menolak pelawa tersebut lalu mayla melangkah keluar dari rumah












DUA DUNIA ✔️Where stories live. Discover now