bab 12

2.3K 140 25
                                    

"Ni bilik kau. Asalnya ni bilik kakak aku tapi kakak aku dah kahwin so kau ambil la bilik ni" kata zaqry dengan segan

Mayla memantau bilik tersebut. Sekali pandang memang macam bilik perempuan

Mayla memandang zaqry yang sedang membawa masuk beg bajunya ke dalam bilik

"Kenapa kau tolong aku?" Tanya mayla sambil duduk atas katil. Zaqry senyum kecil

Zaqry berjalan ke katil lalu duduk di sebelah mayla

"Aku pon tak tau kenapa. Tapi setiap kali aku tengok kau, aku rasa macam nak letak kau dekat dengan aku" kata zaqry sambil merenung mata mayla

"Kau tak confess kan ni?" Kata mayla dengan selama membuatkan zaqry tersedak air liur

"Kau mandi la ke apa. Nanti turun tau makan" kata zaqry menukar topik. Mayla perasan yang zaqry tak berani memandang matanya sekarang ni tetapi dia hiraukan sahaja

xxx

"Mayla dengan zaqry memang dah lama kenal ke?" Tanya ayah zaqry. Mayla menganggukkan kepalanya

"Zaqry kan ketua pengawas. Dia lah terpaling famous dekat sekolah" kata mayla sambil menjeling matanya

"Mesti lah famous sebab mana ada ketua pengawas lain yang baik selain aku" kata zaqry dengan nada riak

" eleh kalau makcik nak tahu. Zaqry ni dia ada ramai perempuan keliling pinggang dia. Eh jap siapa eh nama perempuan tu. Oh! Ele-" mulut mayla ditutup oleh zaqry

"Dia dah bukan girlfriend aku lah gila!" Bisik zaqry dengan nada panik. Mayla dan mak ayah zaqry ketawa dengan gelagat zaqry

xxx

Mayla baring di atas katil sambil termenung

Dia memikir nasib bapanya di penjara. Dia tidak tahu yang dia patut melawat bapanya atau tidak

Sejujurnya dia sedih apabila dapat tahu bapanya dipenjara seumur hidup tetapi sikap amarah di dalam dirinya lagi besar

Dia tidak boleh terima dengan cara bapa layannya sejak ibunya pergi sehingga sekarang

Lagi-lagi apabila ayahnya terlibat dengan darla

Tiba-tiba mayla berasa ada sesuatu sedang menyentuh kakinya

Sentuhan itu bergerak ke pinggangnya

"Deylan?" Tegur mayla sambil menunduk memandang kakinya

"Hey.." sahut deylan dengan senyuman paling manis sambil baring di sebelah mayla

"Rindu kau" kata mayla sambil memusing badannya menghadap deylan

Jarak muka mayla dengan deylan sangatlah dekat sehingga mereka berdua boleh berasa nafas masing-masing

"Kau okay tak duduk sini?" Tanya deylan. Mayla mengangguk kepalanya. Deylan lega mendengar

"Kau nak tau sesuatu tak?" Kata deylan. Mayla hanya meng'hmm' je kerana mayla sudah mula berasa mengantuk

Mayla tidak tahu kenapa tetapi setiap kali deylan dekat dengannya, dia berasa sungguh selesa sehingga boleh membuatkan dia selalu berasa mengantuk

Maybe he is my safe place...

"Aku kadang-kadang berharap yang kau hantu supaya kita boleh hidup bersama selamanya"

"Tetapi aku tahu itu mustahil. Kau masih muda. Masa depan kau masih cerah" kata deylan sambil mengusap rambut mayla membuatkan mayla lagi dibuai dengan mengantuknya

"Jangan tinggalkan aku..." bisik mayla dengan perlahan. Deylan ketawa kecil

"Mustahil mayla..." kata deylan

xxx

Sudah 4 tahun mayla duduk di rumah zaqry. Keluarga zaqry sangat baik. Mereka menjaga mayla ibarat anak mereka sendiri. Mayla sangat bahagia dengan orang sekelilingnya

Hubungan mayla dan zaqry juga semakin erat. Zaqry masih menyimpan perasaannya demi hubungan dia dan mayla

Dia tidak mahu menghancurkan hubungan dia dengan mayla yang berharga ini maka dia pendam perasaannya seorang diri

Mayla pula masih tidak tahu apa-apa tentang perasaan zaqry kerana dia cukup bahagia dengan deylan

(Mak aii cinta segi tiga bermuda- author)

"Mayla! Ada orang nak jumpa kamu ni!" Jerit mak zaqry dari ruang tamu

"Kejap ibu!" Sahut mayla semula. Ya mayla sudah mula memanggil mak ayah zaqry dengan giliran 'ibu ayah'. Oleh sebab itu mayla terlampau bahagia dengan kehidupan dia ada sekarang

Akhirnya dia sudah berjumpa cahaya keluarga yang dia inginkan selama ini

Mayla berlari menuruni tangga lalu pergerakkannya terhenti apabila dia tiba di ruang tamu

Mayla nampak ada seorang perempuan yang badan bersaiz besar

Mayla merenung wajah perempuan itu kerana perempuan itu sangat familiar baginya

"Ha! Mayla duduk sini meh!" Panggil ayah zaqry. Mayla pergi ke mak ayah zaqry lalu duduk berhadapan dengan wanita itu

"Mayla kenal tak dia ni siapa?" Tanya ayah zaqry. Mayla menggelengkan kepalanya

" macam familiar tetapi tak ingat ayah" kata mayla sambil memandang wanita itu dengan curiga

Tiba-tiba wanita itu ketawa membuatkan semua orang di ruang tamu itu terkejut

"Biasalah budak-budak. Lama dah tak jumpa. Dia lupa la tu" kata wanita itu sambil ketawa

Mak ayah zaqry juga turut ketawa tetapi mayla tidak



















































"Ni makcik kamu mayla" kata wanita itu. Membuatkan mayla terkejut


Aku ada makcik?!













Hi guys! Jangan lupa vote dan comment okay?

Love you ! <3

DUA DUNIA ✔️Where stories live. Discover now