kinda wish it's you

2.5K 170 150
                                    

(Baca la sambil dengar lagu atas tu sebab serius feeling2 teroks😭😭-author)

"Zaqry..." panggil mayla dengan perlahan. Zaqry menunduk memandang mayla dengan kesian

Zaqry memeluk mayla dengan erat. Payung itu masih di dalam genggamannya

"It's okay mayla... kau ada aku" kata zaqry sambil mengusap badan belakang mayla. Mayla menangis di bahu zaqry

"Aku akan sentiasa jaga kau..."

Deylan melihat mereka berdua dari jauh dengan senyuman kecil

"Kau betul ke nak balik tempat asal?" Soal malaikat maut di sebelah deylan

Deylan nekad dia mahu pulang ke dunianya kerana urusannya sudah selesai. Tambahan lagi, dia berasa mayla tidak perlukannya lagi kerana mayla sudah buang dia

dan zaqry ada untuk mayla...

"Dia bahagia tanpa aku" kata deylan menunduk sambil ketawa kecil

"Tapi kau sayang dia kan?" Soal malaikat maut itu

"Sayang la tinggi mana pon. Aku masih tidak boleh bersama dengan dia.."

"Dunia dia dan aku berbeza..." kata deylan sambil memandang mayla buat kali terakhir lalu beredar dari situ

Malaikat maut itu melihat mayla dan deylan bersilih ganti. Dia mengeluh kecil

Dan akhirnya deylan di bawa ke dunianya dengan bantuan malaikat maut itu

xxx

Sudah 2 tahun berlalu selepas kes mayla dan ayahnya

Mayla mendapat berita yang ayahnya meninggal dunia di dalam penjara kerana mati sakit

Mungkin bekalan di dalam penjara tidak bersih sampai ada sesuatu di dalam badan ayah mayla yang membuatkan ayahnya jatuh sakit tetapi mayla tidak sedih pun

"Sayang? Buat apa dekat balkoni malam-malam buta ni?" Tegur zaqry sambil memeluk mayla dari belakang

Ya, mayla sudah berkahwin dengan zaqry. Zaqry memberitahu perasaannya terhadap mayla di hadapan balai polis. Pada mulanya mayla terkejut dan mayla menolak perasaan zaqry kerana dia perlukan masa tetapi semakin lama mereka bersama Mayla sudah nampak keikhlasan zaqry terhadapnya

Dan disebab itulah mereka bersama sekarang ini

Tetapi separuh dari hati mayla masih kosong. Dia berasa dia kehilangan seseorang dan seseorang itu telah pergi bersama hatinya yang lagi separuh itu

Apabila difikirkan semula. Dia sudah ingat


Deylan...

Dia baru sedar yang sejak dia menghalau deylan dari hidupnya. Deylan sudah tidak berjumpa dengannya lagi

Deylan memang mengikut kata-kata mayla sepenuhnya...

"Bila nak tidur ni? Sejuk la dekat luar ni" kata zaqry sambil memuncungkan mulutnya. Mayla ketawa kecil

"Tidur la dulu nanti sayang datang" kata mayla sambil mencium pipi zaqry. Zaqry hanya mengangguk kepala lalu beredar ke katil mereka

Mayla kembali merenung suasana di luar rumah mereka

Suasana tidak lah indah mana tetapi itu lah yang membuatkan mayla termenung

"Aku rindu kau deylan.. datang balik please.." kata mayla dengan perlahan sambil mengeluh kecil

Tiba-tiba angin bertiup laju. Mayla terkejut. Habis serabai rambutnya

Dia berasa seolah ada seseorang sedang berlari di depannya tapi dia tak nampak sebab pergerakan itu sangat laju

DUA DUNIA ✔️Where stories live. Discover now