Mayla sedang sibuk memakai baju tiba-tiba ayahnya menyerang masuk biliknya
Nasib baik mayla sudah memakai baju cuma tinggal keringkan rambut sahaja
"Ayah nak apa-"
"KAU MEMANG SENGAJA CARI PASAL DENGAN AKU KAN?!" kata ayah mayla sambil menarik rambut mayla sehingga mayla terduduk di atas lantai
"AYAH! SAKIT AYAH!" jerit mayla sambil mencuba melepaskan rambutnya dari genggaman ayahnya
"KAU INGAT AKU TAK TAHU APA YANG KAU CUBA BUAT? KAU GUNAKAN ZAQRY UNTUK KAU BEBAS SESUKA HATI KAT LUAR KAN?! DASAR MURAH!" kata ayah mayla sambil melempang mayla berulang kali sehingga kedua-dua pipi mayla merah
Tiba-tiba bedak dari meja solek mayla terjatuh ke lantai menyebabkan ayah mayla berhenti memukul mayla
Ayah mayla perasan yang semenjak dua hari ini barang di rumahnya selalu jatuh apabila dia mula memukul mayla
"K-kau bela saka kan?! Kau dah menyusahkan hidup aku dan sekarang kau pakai ilmu hitam pulak? Kau nak buat apa dengan saka kau? Nak lawan aku?" Kata ayah mayla dengan ketawa kecil
"Kau pakai lah ilmu hitam ke ilmu putih ke kau tetap beban dalam hidup aku. Kau tak patut pon bawa nama aku dalam nama kau. Aku malu ada anak macam kau!" Kata ayah mayla dengan nada menyampah membuatkan mayla terdiam
"Kau tetap beban"
"Aku malu ada anak macam kau"
Ayat-ayat itu tidak pernah dia dengari sepanjang dia hidup dengan ayahnya
Selama ini dia hanya dengar cacian dan makian dari ayahnya. Tetapi dia tidak pernah dengar yang ayahnya menyesal ada dia di sisinya
Ayat itu membuatkan hatinya yang sudah remuk terus pecah...
Dan serpihan itu menjadi abu...
Macam ni ke perasaan dibuang oleh seseorang yang kita pernah sayang?
"Ibu.. tolong mayla" bisik mayla sambil menangis di atas lantai
"IBU KAU DAH TAK ADA! KAU TAK FAHAM LAGI KE?! IBU PON MALU ADA ANAK MACAM KAU!" kata ayahnya membuatkan mayla lagi sedih
Ayah mayla melepaskan mayla dengan kasar lalu beredar keluar dari bilik mayla
Tiba-tiba mayla merasa dirinya terapung
Rupanya deylan sedang mengangkatnya ke katil
"Kau boleh sentuh aku?" Bisik mayla dengan perlahan tetapi deylan hanya diam sahaja
Deylan meletakkan mayla di atas katil lalu selimutkan mayla
"Rehat lah sayang. Banyak lagi yang kamu patut hadap lepas ni. Ibu harap kamu dah sedia" kata deylan sambil senyum kecil
Mayla menyentuh muka deylan dengan tangan kirinya
"Ibu?" Bisik mayla sambil merenung mata deylan. Dia tak tahu yang dia halusinasi ke apa tetapi dia nampak bayangan ibunya di mata deylan
"Ye ni ibu, sayang" kata deylan sambil menyentuh pipi kanan mayla dengan senyuman kecil
Rupanya ibu mayla menggunakan deylan untuk berkomunikasi dengan mayla sementara kerana dia tidak boleh muncul di dunia manusia. Hantu tidak boleh muncul sesuka hati di dunia manusia tanpa urusan yang perlu diselesaikan
"Kenapa baru sekarang ibu?" Bisik mayla sambil menangis
"Maafkan ibu, sayang" kata ibu mayla sambil mengusap air mata mayla
"Bertahan sayang. Ada pelangi disebalik hujan yang lebat. Kamu akan jumpa pelangi kamu sendiri. Ibu yakin" kata ibu mayla di dalam deylan
"Ibu pergi dulu sayang" kata ibu mayla sambil mencium dahi mayla membuatkan mayla bertambah sedih tetapi dia faham
Tiba-tiba mata deylan kembali normal
"What the fuck?! Jahat betul ibu kau. At least bagi la warning dekat aku dulu sebelum gunakan aku" bebel deylan dengan tidak puas hati membuatkan mayla ketawa
"K-kau ketawa?" Kata deylan dengan terkejut
"Apa? Kau ingat aku tak reti gelak ke?" Kata mayla sambil menjeling mata
"Ha'ah. Aku ingat kau robot sebab aku tak pernah nampak kau gelak" kata deylan. Mayla hanya senyum je
"Deylan?" Mayla memanggil. Deylan memandang mayla
"Aku tak boleh tidur. Apa kata kau cerita apa urusan kau dekat dunia ni?" Kata mayla. Deylan terdiam
Deylan terbang lalu mendarat ke atas katil mayla membuatkan mayla terpegun
"Kau terbang macam burung" kata mayla dengan terpegun membuatkan deylan rasa bangga
"Macam burung helang kan?" Kata deylan dengan nada riak
"Macam burung pipit" perli mayla membuatkan deylan menjeling matanya
Deylan baring di sebelah mayla sambil merenung siling di atas
"Aku ada adik perempuan" kata deylan sambil mengeluh
"Tapi suatu hari tu aku dapat panggilan dari nombor tak kenal. Dia kata dia jumpa adik aku tepi jalan dengan keadaan bogel"
"Aku panik. Aku terus start motor aku dan terus pergi dekat lokasi yang orang tu hantar dekat aku"
"Tetapi ada satu kereta biru sial ni langgar aku semasa aku cuba nak masuk simpang. Melayang aku do" kata deylan sambil ketawa kecil
"Aku berharap yang owner kereta tu turun dan tolong aku. Tetapi..." deylan terdiam seketika
"Tapi?" Tanya mayla dengan perlahan
"Dia turun dari kereta dia dan hanya tengok aku nyawa-nyawa ikan dekat atas jalan tu. Lepastu dia pergi dari situ tinggalkan aku..." kata deylan dengan wajah dendam di mukanya
"Kau ingat ke muka dia macam mana?" Tanya mayla. Deylan menganggukkan kepalanya
"Dia perempuan"
"Dan dia gemok macam anak babi" kata deylan
Author tak kutuk orang gemok okay? Author kutuk orang gemok yang langgar deylan kita tu :(
You are perfect just the way you are <3
Jangan lupa vote dan tinggalkan comment okay?
Love you ♡
YOU ARE READING
DUA DUNIA ✔️
Spiritual"dunia kau dan aku berbeza.." "tetapi aku masih sayangkan kau" ⚠abusive content⚠