Mereka berempat pulang dengan menaiki kereta Honda Jazz milik Anggun yang dihadiahkan oleh arwah ayahnya .
Perjalanan mereka mengambil masa 3 Jam daripada KL. Mereka tiba pada pukul 3 petang.
Kehadiran saudara Anggun membuatkan susana di rumah lagi meriah. Ibu Anggun menyambut kepulangn mereka.
"Haaa dah selamat sampai pun anak anak ibu semua☺️" mereka menyalam tangan wanita berusia itu. 'Assalamualaikum ibu" . 'Waalaikumusalam, masuk letak beg dulu, pastu keluar makan . Lepas makan baru mandi". Arah ibu Anggun.
Selepas makan, mereka menolong makcik makcik di dapur untuk tahlil malam ini. Kenduri untuk majlis kesyukuran pada esok hari ibunya menggunakan perkhidmatan katering.
"ouhh ni la anak kak Aishah yang bertunang haritu kan" manis budaknya☺️. Tegur makcik makcik didapur. Anggun membalas dengan senyuman . Senyuman Anggun memang tak lekang dari bibirnya.
' Ni kawan kawan kamu ke Anggun "?
'Ouhh ye lupa nak kenalkan , ni kawan kawan Anggun ".
'Ouhh cantik cantik semuanya, dahla cantik pandai masak pulak tu"☺️ .
"Hmmm cantik macam Anggun kan makcik😄? Hehehhehe.
"Elehhhh kau, angkat bakul sendiri nampak😒 bidas Alia.
'Dahtu korang taknak puji aku, aku puji la diri sendiri😜".
Makcik makcik di situ geli hati dengan perangai anak anak muda itu.
Tiba pulak kehadiran Puan Zainab. Dia bercadang untuk tidur di rumah sahabatnya itu walaupun rumahnya tak begitu jauh dari situ.
'Mama bila sampai ? Mama sihat? Sambil salam wanita berusia itu. 'Baru je Anggun. Mama sihat je. Kamu tu sihat ke tak ?
"Mestilah sihat makcik semenjak ada tunang ni kan" celah Angahnya. 'Eeeee sibuk jelah angah ni".
"Anggun sihat je maa. Mama tidur sini ehh malam ni? Pelawa Anggun.' Itulaa mama ingat nak tidur sini, nak tolong ibu kamu. Kesian pulak dia sorang sorang.
"Mana Ira tak nampak pun". Kejap lagi sampai la tu, dia singgah rumah kejap tadi. Excited nak tidur dengan kamu" .
Baru sebut nama,dah muncul di depan pintu. 'Haaa tu pun dia dah sampai". Ira berlari anak untuk memeluk kakak iparnya yang tak jadi itu.
Dia memang rapat dengan Anggun. Maklumlah dia dah tiada sesiapa selepas kematian abang kesayangannya itu.Anggun mendepakan tangannya untuk memeluk adiknya itu. 'Arghhhhh rindunya dekat akakkkk😩
'Alaaaa akak pun rindu jugak". Balas Anggun.
Sedang mereka berbual Luth Firdi datang memberi salam .
Puan Aishah pelawa bakal menantunya itu masuk ke rumah. Wajah Anggun terus berubah.
"Ada jugak ke mamat ni. Aku ingat dia takde, baru nak seronok. Bisik hati Anggun.
'Hmm Anggun ke dapur kejap ehhh"
'Ehh duduk la dulu Anggun, kan mama kamu baru sampai ni"balas ibunya. Rancangannya terbatal.
Luth duduk berhadapan dengan Anggun.
'Anggun tuangkan air untuk Luth"arah ibunya. Anggun menguis lengan angahnya supaya tuangkan air. Angahnya pantas bangun meninggalkan mereka diruang tamu.
'Kurang asam betul Angah ni. Bisik hatinya. Luth memandang wajah tunangnya itu. Anggun terpaksa menuang air untuk lelaki di hadapannya. Anggun ingin beredar dari situ selepas menuang air untuk Luth tetapi tidak kesampaian.
YOU ARE READING
My lecturer my husband
RomanceMengisahkan seorang gadis kematian tunangnya di hari perkhawinan mereka . Kehidupan Anggun berubah selepas kematian tunangnya, dulu yang seorang ceria, peramah kini menjadi seorang yang pendiam . Hadir seorang lelaki bernama Luth Firdi di dalam hid...