Bab 16

993 18 0
                                    


Mereka berjumpa dengan keluarga Nadia . Mereka disambut dengan baik .

'Dah lama aunty tak jumpa kamu . Ni ke isteri kamu?

Luth mengangguk dengan pertanyaan Puan Nita

Anggun senyum melihat wajah wanita tua itu .

'Wah cantik orangnya . Untung Luth'
...

Luth menjelaskan tentang Nadia pada Puan Nita .

Wajah Puan Nita sedikit sedih .

'Aunty dan uncle minta maaf pada kamu berdua terutama pada Anggun . Aunty tak tahu nak cakap macam mana '

'Aunty dan uncle malu dengan kamu berdua sebab sikap Nadia tu. Kami tahu Nadia selalu jumpa Anggun'

Luth terus pandang wajah isterinya .  Dia tak tahu selama ini Nadia sering berjumpa dengan isterinya.

'Kebelakangan ni perangai Nadia lain sikit . Dia suka memberontak . Kadang kadang dia jerit panggil nama Luth' jelas puan Nita
.. .

Setelah Puan Nita menjelaskanya pada mereka, barulah mereka faham kenapa Nadia bertindak begitu selama ini .

Tetapi Luth tetap tidak boleh maafkan Nadia atas perbuatannya kerana membahayakan nyawa isterinya . Dia hampir kehilangan isterinya atas perbuatan Nadia . Selepas daripada kemalangan itu Nadia menghilangkan diri .

'Aunty nak minta tolong Luth boleh tak? Aunty tahu Luth masih tak boleh maafkan Nadia dan aunty nak berterima kasih sangat sangat pada Anggun sebab tak buat report polis'

'Saya memang tak boleh maafkan Nadia aunty disebabkan dia saya hampir hilang Anggun . Tapi disebabkan Anggun jugaklah saya datang sini'

Anggun hanya mendengar perbualan mereka .

'Uncle pun dah tak tahu nak cakap macam mana dengan Nadia tu . Kita orang dah pujuk dia pergi psychiatrist tapi dia tak nak . Semakin teruk dia sekarang'

'Kita orang risau dengan keadaan dia. Aunty dan uncle semakin tua, kalau jadi apa apa dekat kita orang siapa nak tengokkan dia' .

Sekarang Nadia kat mana aunty '? Anggun mencelah

'Uncle kurungkan dia dalam bilik. Kita orang tak dapat nak handle dia. Hari hari dia sebut pasal Luth je'

'Sejak bila keadaan dia semakin teruk'? Tanya Anggun

'Sebulan yang lepas. Kita orang nak minta tolong Luth pujuk dia pergi ke hospital . Mungkin dia akan dengar cakap Luth'

Nadia mengalami masalah mental disoder disebabkan dia terlalu obses dengan Luth selama ini .

Anggun menggengam tangan suaminya . Pada mulanya Luth tidak mahu memujuk Nadia. Tapi disebabkan Anggun serta kedua orang tua Nadia dia turutkan.

Mereka merancang sesuatu untuk memujuk Nadia supaya pergi ke hospital.

Di dalam bilik Nadia .... ...

Nadia kelihatan tidak terurus, matanya gelap dan badannya sangat kurus.

'Luth sayang you pergi mana? Kenapa you tinggalkan i ? Hahahahahahahah' . Emosinya tidak stabil sekejap dia ketawa sekejap dia menangis.

'Arghhhhhh dasar laki tak guna' . Dia mengoyakkan gambar Luth .

Di dalam biliknya penuh dengan gambar Luth .Pintu dan tingkap biliknya sentiasa dikunci kerana untuk keselamatan dirinya.
... .

Usahlah kita mencintai manusia melebihi Allah SWT.

Luth masuk bilik Nadia ditemani oleh ayah Nadia. Anggun dan Puan Nita menunggu di luar pintu bilik.

Saat Nadia melihat kehadiran Luth, dia jerit memanggil nama Luth dengan gembira.

'Yeaaayyy sayanggggg you pergi mana? Lama tau i tunggu you'. Nadia berlari ingin memeluk Luth.

Luth terkejut dengan tindakan Nadia. Ayahnya menghalang untuk memeluk Luth.

'Ishhhhhh apa ni tepi la, orang nak peluk'

'Sayang kamu tak boleh peluk Luth, kan bukan muhrim'

'Ishhhhh sibuk la dia ni. Pegi sana orang nak peluk laa'

Luth memberi isyarat pada encik Zaini untuk menunggu di luar, sementara dia ingin memujuk Nadia seperti yang mereka rancang.

....... ...

Selesai memujuk, Puan Nita menyiapkan Nadia dengan memakai pakaian yang cantik. Sambil dia menyiapkan anak tunggalnya itu, air matanya mengalir.

'Sayang kenapa kamu mesti jadi macam ni? Mama tak sanggup tengok kamu jadi macam ni. Mama minta maaf sayang, mama buat macam ni supaya kamu dapat sembuh macam dulu balik. Mama rindu kamu yang dulu Nadia" tangis Puan Nita

'Alaaaa kenapa mama nangis? Nadia kan nak kawin ni ? Nadia cantik tak mama "?

Puan Nita hanya mengangguk.

Selesai siapkan Nadia, mereka semua bergerak menuju ke tempat yang telah dirancang.

Anggun terpaksa memandu kereta sendiri supaya Nadia tidak mengsyaki sesuatu.

Sampai di tempat itu, Nadia jerit tak nak masuk . Dia marah kerana mereka semua tipu dirinya .

'Arghhhhh aku tak nak masuk ! Kau tipu aku kau cakap nak kawin dengan aku. Kenapa kau bawak aku datang sini hahhhh ? Aku tak gila la kenapa kau bawak aku datang sini ? Aku nak balikkkkk !!!!

Encik Zaini dan Luth terpaksa mengenggam kedua dua lengannya kerana dia bertindak agresif. Malah nurse di situ turut membantu.

'Sayanggg awak duduk sini sekejap jee, nanti saya datang lawat awak okey'? Pujuk Luth

'Betul ni ? Awak tak tipu ?

'Iyeeeee '

Puan Nita tidak mampu berbuat apa hanya mampu menangis melihat anak perempuannya begitu.

Ibu mana yang tak sedih melihat anak mereka begitu. 'Takpe sayang sekejap jee, nanti mama datang ambil kamu. Ini untuk kebaikan kamu" bisiknya.

Anggun hanya melihat dari dalam kereta. Air matanya mengalir melihat keadaan Nadia. Dia tak sangka Nadia akan jadi seperti itu.
.......

Urusan mereka sudah pun selesai .

Puan Nita dan encik Zaini berterima kasih pada Luth dan Anggun kerana sudi membantu mereka untuk menguruskan hal Nadia.

'Uncle tak tahu nak cakap macam mana , terima kasih banyak banyak . Kamu berdua dah tolong kami' sebak suara encik Zaini.

'Anggun kami berterima kasih sangat sangat pada kamu . Walaupun Nadia dah buat macam macam dekat kamu , kamu tetap nak tolong dia' luah Puan Nita .

'Takpe la aunty , uncle Anggun tak simpan dendam pun kat Nadia'

'Uncle, kalau uncle perlukan apa apa  just call je kita orang. Kalau kita orang mampu, kita orang akan tolong dan saya jugak nak minta maaf mungkin benda ni terjadi disebabkan saya jugak' ujar Luth.

'Tak Luth kamu tak salah langsung. Benda ni terjadi atas kehendakNya. Benda ni terjadi kerana diri dia sendiri . Dia mencintai manusia melebihi daripada Allah" jelas puan Nita.

'Dulu dia yang curang dengan kamu, mempermainkan kamu . Mungkin ini bahagian dia' celah pula encik Zaini .

'Aunty nak minta maaf pada Anggun, selama ni Nadia dah banyak menyusahkan kamu. Aunty tahu , dulu hari hari Nadia kacau kamu di tempat kerja waktu kamu pratikal dulu kan ? Aunty dah tak larat nak halang dia' aunty minta maaf ye Anggun.

'Yee takpe aunty, benda dah lepas. Dah kita jangan cakap pasal ni dah okey' sekarang ni kita fokus pada Nadia yee? Harap harap dia cepat sembuh.

Anggun seorang berfikiran positif walaupun dia seorang yang tegas. Selagi benda itu tidak mengancam nyawanya mahupun tidak melebihi batas dia tidak akan berkasar .

Dia bukan tidak pernah bersikap kasar mahupun tidak melawan dengan Nadia. Dia pernah juga bersikap kasar terhadap Nadia bila Nadia bertindak agresif terhadap dirinya. Malah dia juga pernah menampar Nadia kerana bersikap kurang ajar dengannya .

My lecturer my husbandWhere stories live. Discover now