SHIN Yebin melirik matanya kearah Lee Heeseung dibalik buku yang dibacanya tika ini , dari jauh dia melihat lelaki itu sedang membaca dengan kaca mata.
Bibir Yebin mengukir senyuman kecil , suasana sunyi di perpustakaan itu buat dia terasa hanya dia dan Heeseung sahaja disitu.
Tiba-tiba mata mereka bertembung , pandangan tajam Heeseung menikam mata Yebin buat dia melarikan pandangan dan teruskan membaca buku.
‘ Yebin–ah , apa kau dah buat? ’. Kata Yebin di dalam hati , berbakul-bakul makian dia pada diri sendiri.
Heeseung teruskan bacaan , helaian kertas di selak. Dia ke perpustakaan untuk tenangkan diri sendiri dari kelas yang sudah seperti zoo namun ada juga gangguan.
Yebin menjenguk lagi , di dalam hati dia berharap Heeseung tak akan perasan.
Namun hampa , Heeseung memandang tepat kearahnya sambil kedua-dua keningnya terangkat.
Membulat mata Yebin , kini dia betul-betul gelabah. Apa nak buat ni?.
Senyuman kerang busuk dilemparkan pada Heeseung namun dibalas dengan jelingan.
Yebin menundukkan sedikit kepalanya tanda maaf kemudian dia mengambil langkah untuk keluar dari perpustakaan , Heeseung hanya mengeluh dan menyambung aktiviti membaca semula.
Yebin keluar dari perpustakaan lalu mengetuk kepalanya berkali-kali kerana sedar dengan kebodohan sendiri.
“ Apa kau dah buat Yebin? , dia dah nampak dan apa dia fikir pasal kau? ”. Yebin mencebik , terasa mahu menjerit sekuat-kuatnya sekarang ini namun dipendam.
🍅
— tbc.
— vote.
— comment.

YOU ARE READING
[ C ] Cold and Sweet | Lee Heeseung
Random" Shin Yebin-ah , kau suka aku kan? ". - Lee Heeseung. Soalan itu buat jantung Yebin hampir nak meletup. Itulah kalau terlalu jelas Yebin memerhati Heeseung dari jauh. 1st ENHYPEN fanfic.