- 25 ;

263 29 2
                                        

HEESEUNG terkejut lalu terbangun dari tidur kerana jaritan Yebin kemudian dia mendengar Yebin menangis pula.

Heeseung mencari lampu meja yang berada di meja perpustakaan tersebut lalu menekan butang pada lampu meja tersebut kemudian kawasan yang mereka duduk itu terang benderang.

Kelihatan Yebin sedang menangis sendiri , terus Heeseung melangkah bersama lampu itu kearah Yebin.

Heeseung melutut di hadapan Yebin , lampu diletakkan di tepi kemudian kedua-dua belah pipi Yebin di pegang.

“ Yebin–ah , gwenchanayo aku ada dekat sini.. ”. Ujar Heeseung lembut lalu diseka airmata Yebin dengan kedua ibu jarinya.

“ Saya takut , saya ingat saya sorang-sorang dalam gelap ni.. ”. Yebin membalas pandangan Heeseung , Heeseung melepaskan pipi Yebin.

Mereka kembali duduk bersebelahan ditemani lampu meja , keadaan sunyi seketika diantara mereka.

“ Kenapa kau tak bagi hadiah pada aku? , aku ingatkan kau suka pada aku? ”. Heeseung mencebik seperti berjauh hati mengingatkan tindakan Yebin yang tiba-tiba berubah.

“ Tak , saya tak layak.. lagipun awak dah ada teman wanita ”. Yebin memeluk lutut nya.

“ Bwo? ”. Heeseung agak terkejut dengan kenyataan yang diujar Yebin itu.

“ Saya nampak pagi tadi dekat depan rumah awak , jadi awak tak perlu sembunyikan lagi ”. Ujar Yebin lagi , dia cuba untuk melupakan crush nya yang sudah lama dia suka itu.

Heeseung yang mendengar itu hanya tersenyum sinis , itu adalah adik perempuan nya yang sudah lama dia tak jumpa. Lee Hana.

“ Kau cemburu? , jadi betul lah kau suka aku? ”. Heeseung sengaja mengusik Yebin , dia mahu melihat riaksi gadis itu.

“ Ya , saya suka awak.. dah lama sejak awak mula-mula pindah ke sekolah saya dan satu kelas dengan saya.. saya selalu tengok awak dari jauh dengan harapan awak tak tahu perasaan saya ni.. tapi saya sedar diri yang saya ini siapa.. saya tak layak untuk awak.. ”. Yebin meluahkan perasaannya , Heeseung yang mendengarnya itu ikut tersentuh.

Heeseung mula merapatkan wajah mereka sehingga tiada lagi ruang antara mereka. Tanpa apa-apa amaran , bibir Heeseung mengucup lembut bibir Yebin dalam beberapa saat kemudian ciuman itu dilepaskan.

Yebin terkejut , matanya membulat dan tangannya naik menyentuh bibirnya sendiri.

“ Yah! bwo–ah? ”. Mata Yebin terkebil-kebil memandang Heeseung yang tersenyum santai.

“ Gadis yang kau nampak pagi tadi bukan teman wanita aku tapi adik perempuan aku , Lee Hana. Dia belajar dekat luar negeri jadi aku jarang jumpa dia.. itu sebab aku gembira jumpa dia di hari lahir aku.. ”. Terang Heeseung satu persatu buat pipi Yebin makin merah.

“...Yebin–ah , nado saranghae.. aku tak sangka perasaan suka kau pada aku lebih dalam dari perasaan aku pada kau.. kau buat aku lagi jatuh cinta.. kiyowo! ”. Sambung Heeseung lagi kemudian memicit pipi merah Yebin yang masih terpinga-pinga.

“ Saya ingatkan perempuan tu.. ”. Yebin mencebikkan bibirnya dengan kebodohan sendiri.

“ Oh jadi sebab kau nampak kejadian pagi tadi lah kau buat keputusan tak nak bagi hadiah? ”. Heeseung tersenyum suka , didekatkan lagi jaraknya pada Yebin.

cup!

Ciuman Heeseung singgah di pipi merah Yebin buat Yebin makin malu.

“ Mana hadiahnya? ”. Heeseung menghulurkan tangan meminta pada Yebin.

Yebin mengambil beg sekolahnya lalu mengeluarkan kotak kecil itu dan menyerahkan pada Heeseung.

“ Tapi hadiah ni murah saja ”. Beritahu Yebin terlebih dahulu sebelum Heeseung buka.

“ Murah atau tak tu tak penting janji ianya dari kau ”. Heeseung membuka kotak kecil tersebut lalu terlihat gelang manik dengan nama Heeseung disitu , Heeseung mengukir senyuman kerana itu adalah hadiah yang bermakna baginya.

“ Gumawo , ”. Kata Heeseung pada Yebin , Yebin hanya tersenyum comel buat tangan Heeseung naik mencubit lagi pipi Yebin.

🍅

— end.
— vote.
— comment.

[ C ] Cold and Sweet | Lee HeeseungStories to obsess over. Discover now