- 20 ;

170 30 0
                                        

YEBIN mengetuk kepalanya sendiri atas kesalahannya masuk kedalam bilik Heeseung , malah Heeseung lebih marah padanya kini.

“ Yebin–ah , kenapa kau bodoh sangat?. kan Heeseung lagi marah? , sekarang macam mana? ”. Yebin mengeluh lalu mencebik bibirnya.

Tiba-tiba kakinya berhenti melangkah , matanya melihat lorong yang gelap di hadapan. Seingatnya tadi lampu jalan di kawasan itu masih berfungsi ketika dia datang.

“ Macam mana ni? ”. Yebin menyoal sendiri , dia ada fobia pada gelap kerana perkara buruk yang berlaku pada masa silamnya.

Yebin memberanikan diri untuk melangkah , nafasnya ditarik perlahan dan cepat-cepat dia melangkah.

Setibanya di pertengahan laluan gelap itu , kejadian silam itu kembali segar di mindanya. Tangannya menggenggam erat pada pakaian seragam sekolahnya.

Perasaan takut mula menyelubungi diri , nafasnya laju sahaja naik turun. Airmatanya menitis ke pipi.

Ada tangan yang memegang pergelangan tangannya buat dia menjerit kuat kerana terlalu takut.

“ Argh!! , siapa tu?! ”. Yebin menarik tangannya semula dari terus dipegang oleh gerangan tersebut.

“ Ni aku , Heeseung! ”. Beritahu Heeseung , dia agak terkejut dengan jeritan dari Yebin tadi. Mungkin Yebin mengira-ngira dia orang jahat.

“ Heeseung? ”. Soal Yebin , kini dia kembali ke alam nyata. Heeseung menggenggam tangan Yebin lalu membawa gadis itu keluar dari laluan gelap tersebut.

“ Yah! gwencahana? ”. Heeseung pula risau melihat keadaan Yebin kini. Yebin hanya menggeleng tanda dia tidak apa-apa.

Terus Heeseung memeluk kemas tubuh gadis itu , dapat dia rasakan rasa takut dari tubuh Yebin.

“ Heeseung–ah , saya minta maaf kalau saya ada buat salah dan kalau saya ada sakitkan hati awak ”. Luah Yebin dalam pelukan Heeseung. Heeseung melepaskan pelukan lalu dia menatap gadis itu.

“ Tak ada apa-apa , ia hanya masalah aku sahaja ”. Jawab Heeseung dengan senyuman.

“ Awak dah senyum! nah gula-gula untuk awak! ”. Yebin mengeluarkan gula-gula lolipop dari begnya dan diserahkan pada Heeseung buat Heeseung katawa kecil.

🍅

— tbc.
— vote.
— comment.

[ C ] Cold and Sweet | Lee HeeseungStories to obsess over. Discover now