YEBIN berlari semula ke kelas kerana tertinggal smartphone nya di laci meja tempat duduknya.
Setelah smartphone nya dijumpai , cepat-cepat Yebin masukkan smartphone tersebut ke dalam beg sekolahnya. Langkahnya laju keluar dari kelas , dia takut dia akan tertinggal bas.
Selepas lima minit berlari dari sekolah ke perhentian bas , Yebin menarik nafas laju. Sungguh memenatkan namun hampa kerana dia tertinggal bas yang mungkin sudah berlepas beberapa saat lalu.
“ Macam mana ni? ”. Soalnya sendiri , setahunya bas seterusnya lambat lagi akan tiba. Yebin mengeluh berat.
Suasana sunyi di perhentian bas tersebut buat Yebin terasa seram , hanya dia saja yang berada disitu tanpa satu orang pun manusia lain.
Yebin mengembungkan pipinya , otak nya berfikir bagaimana cara untuk dia pulang ke rumah tanpa perlu menunggu lama.
Kakinya melangkah kekiri dan kekanan sehingga timbul satu idea.
Smartphone diambil dari beg sekolahnya dan nama Beomgyu dicari.
Tut.
“ Hah , Yebin kau nak apa call ni? ”. Soal Beomgyu di hujung talian.
“ Tolong ambil saya dekat bus stop sekolah! please~ ”. Yebin merayu pada Beomgyu , dia berharap sangat Beomgyu membantu sekarang ini.
“ Oh sekarang ni kau tak balik lagi lah ni? ”. Kedengaran ketawa Beomgyu buat Yebin mencebik geram.
“ Yalah tolong lah! ”. Sabar sajalah dengan Beomgyu ni.
“ Tengok lah kalau aku rajin , ”. Kemudian Beomgyu mematikan talian.
“ Yah!!! ”. Beomgyu memang hanya tahu menaikkan darah orang. Yebin mengeluh.
🍅
— tbc.
— vote.
— comment.
YOU ARE READING
[ C ] Cold and Sweet | Lee Heeseung
Acak" Shin Yebin-ah , kau suka aku kan? ". - Lee Heeseung. Soalan itu buat jantung Yebin hampir nak meletup. Itulah kalau terlalu jelas Yebin memerhati Heeseung dari jauh. 1st ENHYPEN fanfic.
![[ C ] Cold and Sweet | Lee Heeseung](https://img.wattpad.com/cover/281672600-64-k14462.jpg)