WAJAHNYA memerah , Yebin cuba untuk beranikan diri untuk bercakap dihadapan Heeseung.
“ Boleh awak tolong saya?”. Soal Yebin dengan nada bisikkan pada Heeseung.
Kening kanan Heeseung terangkat pelik kerana gadis dihadapannya ini tak pernah minta apa-apa , ini kali pertama.
“ Kau nak aku tolong apa? ”. Heeseung menutup buku yang dibacanya tadi , tangannya disilang dan diletakkan di atas meja perpustakaan.
“ Erm , tolong ajarkan saya matematik? ”. Yebin mengukir senyuman manis , tiba-tiba dia terasa gembira Heeseung menyoal semula.
Heeseung mencebik mendengar permintaan Yebin , sepertinya mempertimbang permintaan gadis itu.
Yebin hanya merenung Heeseung dari jarak dekat itu , kenapa Heeseung comel mencebik macam tu?.
“ Okey , jom ke bilik belajar ”. Heeseung bangun dan meletakkan buku tadi semula kemudian keluar dari perpustakaan diikuti Yebin.
Yebin hanya mengikuti Heeseung dari belakang sehingga mereka tiba di bilik belajar yang hanya ada beberapa pelajar yang sedang belajar di situ.
Heeseung mula duduk di meja yang bersebelahan tingkap , Yebin pula duduk di hadapannya.
“ Apa yang kau tak faham? ”. Heeseung menyoal sambil memandang Yebin , Yebin tersenyum ceria kerana Heeseung sudi membantunya.
“ Ni , saya tak faham nak buat soalan ni ”. Yebin membuka buku latihan miliknya lalu ditunjuk pada Heeseung.
Heeseung fokus melihat soalan tersebut , Yebin pula curi-curi memandang Heeseung. Tak sangka belajar pun sebahagia ini.
Setelah itu Heeseung menerangkan soalan tersebut dengan formula yang perlu Yebin gunakan untuk soalan tersebut.
Yebin menganggukkan kepalanya tanda mengerti , buku bertukar tangan. Yebin mula menyelesaikan latihan tersebut.
Jelas kerutan pada dahi Yebin buat Heeseung geli hati , sudah seperti memikirkan masalah negara saja wajah Yebin ketika menyelesaikan latihan matematik tersebut.
🍅
— tbc.
— vote.
— comment.
YOU ARE READING
[ C ] Cold and Sweet | Lee Heeseung
Random" Shin Yebin-ah , kau suka aku kan? ". - Lee Heeseung. Soalan itu buat jantung Yebin hampir nak meletup. Itulah kalau terlalu jelas Yebin memerhati Heeseung dari jauh. 1st ENHYPEN fanfic.
![[ C ] Cold and Sweet | Lee Heeseung](https://img.wattpad.com/cover/281672600-64-k14462.jpg)