- 5 ;

177 34 0
                                        

“ OKEY , saya nak kamu semua hantar latihan minggu lepas ”. Perintah Cikgu Park kepada pelajar-pelajar di kelas itu.

Yebin menyelongkar beg sekolahnya serta laci mejanya untuk mencari buku latihan tersebut namun hampa , buku tersebut tiada.

Seingatnya dia sudah melakukan latihan yang diberi oleh Cikgu Park tetapi dimanakah buku tersebut?.

“ Shin Yebin? , kamu lupa bawa buku kamu lagi? ”. Soal Cikgu Park pada Yebin dan gadis itu hanya menggaru-garu kepalanya.

“ Saya dah siapkan latihan cikgu tapi..”. Yebin berjeda seketika buat Cikgu Park mengeluh.

“ Lupa kan? ”. Tangan Cikgu Park naik berpeluk tubuh , Yebin menganggukkan kepalanya.

“ Pergi keliling padang lima pusingan! , kamu selalu saja lupa ”. Arah Cikgu Park , Yebin akur lalu keluar dari kelas dengan cebikkan bibir.

“ Saya pun tak bawa juga , cikgu ”. Tiba-tiba Beomgyu bersuara sambil matanya melihat Yebin.

“ Saya nampak buku kamu di atas meja tadi , jangan nak menipu ”. Kata-kata Cikgu Park buat Beomgyu pasrah. Dia kasihankan Yebin sebenarnya.

Yebin memulakan larian keliling padang , sampai sahaja pusingan ke tiga dia sudah penat.

‘ Kau kuat Yebin , kau kuat! ’. Yebin membisikkan semangat pada dirinya.

Tiba-tiba kakinya tersadung dan tersungkur di padang tersebut.

“ Aduh! ”. Yebin melihat lututnya sendiri , ada luka berdarah disitu.

Namun Yebin bangun lagi dan meneruskan lagi dua pusingan untuk menyelesaikan dendanya.

🍅

— tbc.
— vote.
— comment.

[ C ] Cold and Sweet | Lee HeeseungStories to obsess over. Discover now