- 8 ;

177 32 0
                                        

YEBIN mengambil sebuah buku di rak buku di perpustakaan sekolah , kemudian bibirnya mengukir senyum apabila dapat melihat Heeseung yang sedang membaca sambil menyandar ke rak buku melalui ruang kosong pada rak buku.

‘ Kenapa Heeseung kacak sangat ketika membaca? , wajahnya yang serius buat dia kelihatan kacak ’. Yebin menyoal sendiri di dalam hati.

Dahi Heeseung berkerut , dia terasa seperti diperhatikan. Kemudian Heeseung bergerak mendekat pada rak buku dan terlihat Yebin disitu. Dia sudah agak pasti gadis itu lagi.

Yebin terkejut kerana Heeseung melihatnya disitu , dan yang paling terkejut apabila Heeseung terus melangkah kearahnya.

Heeseung mengunci pergerakan Yebin di rak buku tersebut , Yebin tersandar di rak buku sambil memeluk buku yang dipegang tadi.

Perlahan-lahan Heeseung membongkok supaya pandangan mereka bertentangan , mata Yebin sudah terkebil-kebil kerana Heeseung makin menghapus jarak antara mereka.

Bibirnya di dekatkan pada telinga Yebin untuk bisikkan sesuatu kerana mereka sedang berada di dalam perpustakaan ketika ini.

“ Kau ni memang suka tengok aku atau apa? ”. Soal Heeseung berterus-terang kerana ini kali kedua dia melihat gadis itu melihatnya.

Pipi Yebin naik merah kerana malu dengan soalan itu , sudahlah jantungnya ini berdegup tak keruan.

“ Aniy , mian— ”. Yebin sudah gugup kerana tak tahu mahu jawab apa.

“ Aku suka jawapan yang jujur ”. Pantas Heeseung memotong percakapan Yebin.

“ Ah , sebab.. ”. Yebin memikir jawapan , Heeseung pula masih merapatkan jarak kerana mahu mendengar jawapan Yebin.

“ Sebab awak kacak , ”. Yebin menjawab jujur lalu menolak perlahan Heeseung dan lari keluar dari perpustakaan kerana malu.

Heeseung yang mendengar jawapan itu hanya ketawa kecil dengan gelengan kepala.

🍅

— tbc.
— vote.
— comment.

[ C ] Cold and Sweet | Lee HeeseungWhere stories live. Discover now