- 2 ;

251 39 4
                                        

YEBIN menongkat dagu , matanya melirik pada Heeseung yang sedang tidur di tempat duduknya. Tempat Heeseung berada di sebelah tingkap jadi rambut Heeseung bergerak-gerak ditolak oleh angin.

“ Woi! ”. Terus lamunan Yebin terhenti dan dia melihat gerangan yang menegurnya.

Choi Beomgyu , lelaki paling heboh dalam kelas ini.

“ Kacau lah , nak apa? ”. Soal Yebin , marah kerana mengganggu ketenteraman nya.

Beomgyu tersenyum sinis lalu duduk di kerusi di hadapan Yebin kemudian menoleh seketika kearah Heeseung.

“ Kau ni memang tak ada kerja lain eh? , itu saja kerja kau? ”. Bibir Beomgyu memuncung menunjuk kearah Heeseung.

Yebin mencebik sambil mengembung kan pipinya , dia malas dengan soalan Beomgyu sebenarnya. Sibuk saja.

“ Kalau ya pun kenapa? , ada kacau awak ke? ”. Yebin menjeling kemudian membuka buku untuk menulis nota kerana malas nak melayan lelaki di hadapannya ini.

“ Sebab dia tak pandang kau pun , jadi aku nak kau sedar diri..itu saja ”. Jari telunjuk naik menunjal perlahan dahi Yebin.

“ Yah! ”. Muka Yebin naik cemberut lalu membetulkan rambutnya yang menutupi bahagian dahi.

“ Yang awak ni nak sibuk sangat kenapa? ”. Lidahnya dijelir pada Beomgyu.

Beomgyu tersenyum sinis dan menggeleng-geleng kan kepalanya dengan sikap Yebin.

“ Dah pergi sana! , jangan ganggu orang nak buat nota ”. Tangan sudah menunjuk tanda menghalau.

“ Okey , aku pergi! ”. Terus tangannya senyap-senyap mengambil pen Yebin lalu menconteng pipi Yebin , kemudian dia melarikan diri dari situ.

“ Yahhhh!! ”. Yebin mencebik sambil tangan cuba untuk menghilangkan dakwat pen pada pipinya , Heeseung yang mendengar itu hanya berpaling melihat Yebin di belakang kelas.

🍅

— tbc.
— vote.
— comment.

[ C ] Cold and Sweet | Lee HeeseungStories to obsess over. Discover now