- 19 ;

150 30 0
                                        

PINTU bilik diketuk perlahan untuk kali ke tiga namun masih tiada jawapan dari dalam.

“ Heeseung–ah , saya masuk ya ”. Beritahu Yebin lalu masuk kedalam bilik Heeseung. Kosong , seperti tiada penghuni di dalam.

“ Yah! kau buat apa dekat bilik aku ni?! ”. Soal Heeseung , dia baru sahaja selesai mandi dengan tuala kecil mengeringkan rambutnya yang masih basah tetapi mujurlah lengkap berpakaian.

Bahu Yebin terangkat kerana terkejut , matanya membulat memandang Heeseung yang bengis dihadapannya.

“ Ah , mian! saya dah ketuk tapi awak tak jawab jadi saya masuk..saya datang nak lawat awak sebab awak tak datang hari ni.. ”. Yebin jujur namun itu tak menghilangkan amarah Heeseung.

“ Lepas aku tak jawab tu kau boleh lah masuk suka hati? hah? kau keluar sekarang! keluar dari rumah aku sekali.. ”. Yebin agak terkejut tetapi akur dengan arahan Heeseung.

Terus Yebin keluar dari rumah Heeseung sehingga terlupa menyapa Puan Lee di dapur.

“ Heeseung–ah , kenapa kawan kamu keluar macam tu saja? Omma belum sempat bagi dia minum.. ”. Soal Puan Lee pada Heeseung yang berada di tangga.

“ Dia bukan kawan Heeseung lah.. ”. Jawab Heeseung perlahan dengan keluhan.

“ Kalau bukan kawan pun hormat lah dia , dia datang semata-mata nak melawat kamu.. ”. Puan Lee menggelengkan kepala dengan sikap anaknya sehingga dia terperasan sesuatu.

“ Tengok , dia keluar macam tu saja sampai terlupa nak ambil beg dia.. kamu pergi bagi pada dia balik.. ”. Beg Yebin diserahkan pada Heeseung , Heeseung dalam keterpaksaan hanya akur dengan suruhan Puan Lee.

🍅

— tbc.
— vote.
— comment.

[ C ] Cold and Sweet | Lee HeeseungStories to obsess over. Discover now