CIKGU Park masuk ke kelas untuk matapelajaran matematik , dia melihat satu persatu buku latihan pelajar-pelajar nya.
“ Shin Yebin , semua latihan yang kamu buat semua salah.. kamu tak tumpu perhatian ke semasa saya mengajar? ”. Soal Cikgu Park dengan kerutan di dahi namun suaranya masih dikawal.
“ Ah , maaf cikgu.. saya tak berapa faham ”. Yebin menunduk meminta maaf , dia sudah buat Cikgu Park marah.
“ Kamu patut contohi Lee Heeseung ni , semua soalan dia dapat selesaikan..”. Sambung Cikgu Park lagi dan meneruskan mengajar di kelas tersebut.
‘ Memang patut aku contohi Heeseung pun , dia pelajar yang pandai ’. Yebin berkata di dalam hati sambil mengembungkan pipinya.
• • •
Setelah selesai mengajar , Cikgu Park hilang dibalik pintu kelas mereka. Yebin mengeluh kemudian memandang kearah Heeseung.
Heeseung mula mengemas alat tulis nya dan bangun dari tempat duduk dengan buku di tangan. Yebin tahu kemana Heeseung mahu pergi.
Setelah beberapa saat Heeseung keluar , Yebin bangun dengan buku latihan serta alat tulis di tangannya.
Diikuti langkah Heeseung sehingga Heeseung tiba di perpustakaan sekolah , dilihat Heeseung mengambil buku di rak buku kemudian duduk di bangku dan mula membaca.
Yebin mencebik , dia tak tahu macam mana nak menegur Heeseung. Dia memerhati Heeseung dari jauh lagi sehinggalah mata mereka bertentangan.
Yebin memberanikan diri duduk di hadapan Heeseung walaupun pandangan Heeseung agak menakutkan ketika itu.
“ Kau ni memang suka sangat eh pandang aku? ”. Soal Heeseung dengan nada perlahan kerana mereka berada di dalam perpustakaan ketika ini.
Pipi Yebin memerah dengan soalan itu , dadanya berdegup begitu kencang ketika ini.
🍅
— tbc.
— vote.
— comment.
YOU ARE READING
[ C ] Cold and Sweet | Lee Heeseung
Random" Shin Yebin-ah , kau suka aku kan? ". - Lee Heeseung. Soalan itu buat jantung Yebin hampir nak meletup. Itulah kalau terlalu jelas Yebin memerhati Heeseung dari jauh. 1st ENHYPEN fanfic.
![[ C ] Cold and Sweet | Lee Heeseung](https://img.wattpad.com/cover/281672600-64-k14462.jpg)