AERA dan Beomgyu tercungap-cungap keletihan kerana berlari dari lelaki-lelaki jahat itu , sekarang mereka berada di tempat yang sunyi dan jauh dari mereka.
Beomgyu terbatuk-batuk kemudian mula melabuhkan punggung di bangku berdekatan.
Aera duduk di sebelah Beomgyu , wajahnya begitu risau dengan Beomgyu kerana Beomgyu kelihatan agak teruk.
" Gwenchanayo? ". Tangan Aera memegang kedua-dua belah pipi Beomgyu dengan kening bertaut.
Mata Beomgyu naik memandang wajah Aera , pertama kali dia melihat Aera berbicara selembut ini.
" Kenapa tak jawab? , kau okey tak? ". Soal Aera lagi masih dalam nada yang lembut buat Beomgyu mengukir senyum.
" Aku okey , kau pun luka juga ". Beomgyu menunding pada tepi bibir Aera.
" Tapi kau luka banyak! jom aku ubatkan kau ". Aera menggenggam tapak tangan Beomgyu lalu membawa Beomgyu pergi dari situ.
Beomgyu pula melirik pada tangannya yang digenggam oleh Aera. Comel lah pula Aera ni. Beomgyu tersenyum sendiri.
• • •
Yebin keluar awal dari rumahnya untuk ke sekolah hari ini kerana hari ini merupakan hari lahir Heeseung.
Sebelum dia ke sekolah dia mahu ke rumah Heeseung terlebih dahulu , dia mahu jadi orang yang pertama memberi hadiah pada Heeseung.
Dia hanya tinggal beberapa langkah saja lagi untuk tiba di rumah Heeseung.
Tiba-tiba ada adegan di depan matanya buat dia berhenti melangkah , ada seorang gadis memberi hadiah pada Heeseung di hadapan rumahnya.
Gadis itu turut mengucup pipi Heeseung dan Heeseung hanya membalas dengan senyuman.
Dia betul-betul terluka , terluka pada hari lahir Heeseung.
🍅
- tbc.
- vote.
- comment.
YOU ARE READING
[ C ] Cold and Sweet | Lee Heeseung
Diversos" Shin Yebin-ah , kau suka aku kan? ". - Lee Heeseung. Soalan itu buat jantung Yebin hampir nak meletup. Itulah kalau terlalu jelas Yebin memerhati Heeseung dari jauh. 1st ENHYPEN fanfic.
![[ C ] Cold and Sweet | Lee Heeseung](https://img.wattpad.com/cover/281672600-64-k14462.jpg)