- 16 ;

151 26 1
                                    

YEBIN menyepak batu-batu kecil yang ada di lantai perhentian bas tersebut , mulutnya dimuncungkan kerana memikirkan si Beomgyu.

“ Sampai hati eh , Beomgyu jahat! ”. Kata Yebin sedikit kuat kerana tidak berpuas hati.

“ Ehem! ”. Beomgyu berdehem dibelakang apabila terdengar kata-kata Yebin. Yebin berpaling , dengan serta merta bibirnya mengukir senyum.

“ Beomgyu–ah , saya ingat awak tak datang! ”. Yebin melihat Beomgyu kemudian melirik pada basikal milik Beomgyu.

“ Eleh , siapa kau cakap jahat tadi? ”. Beomgyu mencebikkan bibirnya dengan tangan nya berpeluk tubuh.

Yebin mengembungkan pipinya lalu dia melangkah kearah Beomgyu dengan beg sekolahnya yang masih setia di bahu.

“ Mianhae , saya ingat awak tak datang! terima kasih sebab datang! ”. Terus Yebin memeluk tubuh Beomgyu erat dengan senyuman lebar.

“ Yelah! cepat naik! ”. Yebin ketawa kecil dengan gelagat Beomgyu , kemudian kakinya melangkah naik duduk di tempat duduk belakang basikal.

Beomgyu mengayuh basikal menuju ke rumah Yebin , Yebin pula bahagia di bahagian belakang dengan mendepakan tangannya untuk merasa deruan angin.

Dari jauh terlihat Heeseung yang baru saja tiba disitu kerana melihat Yebin tiada di dalam bas , dia nak membantu Yebin namun kini hampa melihat Yebin bersama Beomgyu.

‘ Aku ingat kau suka pada aku , tapi tidak , semua lelaki kau layan sama saja ’. Hati Heeseung berkata luka. Entah , sejak kebelakangan ini hatinya sudah terpaut pada Yebin tapi kini dia terasa ianya terpadam semula.

🍅

— tbc.
— vote.
— comment.

[ C ] Cold and Sweet | Lee HeeseungWhere stories live. Discover now