YEBIN menongkat dagu di meja nya sambil tangannya menyelak helaian buku dengan wajah bosan , matanya mula melirik pada Heeseung yang hanya buat kerjanya sendiri di tempat duduknya.
Hari ini dia rasakan Heeseung agak lain , seperti tak mahu berbalas pandang dengannya dan wajahnya juga masam mencuka saja.
Saat itu Heeseung berpaling dan mata mereka bertembung , Yebin memberi senyuman manis pada Heeseung namun dibalas dengan jelingan kemudian Heeseung memandang arah hadapan semula.
Yebin mencebik bibir , dia sendiri tertanya-tanya kerana dia berfikir Heeseung sudah rapat dengannya setelah Heeseung mengajar nya matematik tempoh hari.
‘ Aku ada buat salah ke? , aku ada buat dia sakit hati ke? ’. Yebin menyoal dirinya sendiri , pipinya dikembungkan kerana kesal dengan diri sendiri.
“ Heeseung–ah , wae~ ”. Kata Yebin perlahan lalu menyembamkan mukanya ke permukaan meja , tak tahu kenapa dia tak senang melihat wajah Heeseung begitu.
Sehinggalah tiba waktu pulang , Yebin menunggu Heeseung mengemas barang-barang serta alat tulisnya.
Heeseung menggalas beg di bahu kiri kemudian berjalan menuju ke pintu kelas. Yebin menahan laluan Heeseung dengan senyuman ceria bersama gula-gula lollipop di tangannya.
“ Heeseung–ah , nah untuk awak! ”. Yebin menyerahkan lolipop tersebut pada Heeseung dan Heeseung hanya memandang gula-gula tersebut kosong , kemudian matanya menikam mata Yebin.
“ Taknak , ”. Katanya perlahan namun dingin lalu dia melanggar bahu Yebin dan melangkah pergi dari situ.
Yebin menahan airmata , dia cuma mahu melihat Heeseung tersenyum. Dan dia pasti Heeseung hanya dingin pada dia sahaja hari ini.
🍅
— tbc.
— vote.
— comment.
YOU ARE READING
[ C ] Cold and Sweet | Lee Heeseung
Aléatoire" Shin Yebin-ah , kau suka aku kan? ". - Lee Heeseung. Soalan itu buat jantung Yebin hampir nak meletup. Itulah kalau terlalu jelas Yebin memerhati Heeseung dari jauh. 1st ENHYPEN fanfic.
![[ C ] Cold and Sweet | Lee Heeseung](https://img.wattpad.com/cover/281672600-64-k14462.jpg)