- 21 ;

169 29 0
                                        

BEOMGYU berjalan kaki pulang dari sekolah , sambil itu dia mendengar muzik dari earphone yang disumbat ke telinganya.

Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar , bibirnya perlahan menyanyi kecil.

Tiba-tiba langkahnya terhenti , dia terlihat Aera bersama tiga orang lelaki dewasa. Dahinya berkerut pelik dan juga tertanya-tanya.

Aera memandang tiga lelaki di hadapannya dengan wajah malas , tak lain tak bukan mesti nak minta hutang.

“ Aku dah cakap hujung bulan kan? , korang tak boleh tunggu ke? ”. Soal Aera sambil menjeling mereka bertiga , sungguh dia sakit hati dengan orang yang tak tahu nak bersabar.

“ Aku tak kira hujung bulan ke apa , berapa duit yang kau ada sekarang kau bayar ”. Lelaki tinggi lampai menjawab soalan Aera dengan senyuman sinis.

Aera mengeluh berat , tangannya naik berpeluk tubuh.

“ Dah aku cakap hujung bulan tu hujung bulan lah! sekarang mana aku ada duit! ”. Terus Aera bersuara lantang , gila apa mahu sekarang?.

“ Woi dah tahu hutang tu bayar lah! suka hati kami lah nak minta bila pun! ”. Tangan seorang lelaki yang berwajah bengis mula naik mencengkam rambut Aera.

Pantas Aera menumbuk perut lelaki bengis itu lalu menepis kasar tangannya dari mencengkam rambutnya.

“ Main kasar eh? ”. Seorang lagi lelaki gempal terus menampar pipi Aera buat bibir Aera pecah dan mengeluarkan darah.

Beomgyu yang melihat dari jauh terkejut dengan tindakan lelaki itu , terus Beomgyu berlari dan menarik Aera ke belakangnya.

“ Apa masalah ni? , bincang baik-baik lah! ”. Beomgyu tidak berpuas hati , dia rasa tak patut lelaki melakukan perempuan sekasar itu.

“ Jangan masuk campur lah! ”. Ujar lelaki tinggi lampai lalu terus menumbuk pipi Beomgyu tanpa apa-apa amaran.

Pergelutan berlaku sehingga wajah Beomgyu luka pada bibir serta pipi kerana tumbukkan.

Aera menggenggam kuat tangan Beomgyu dan buat keputusan untuk lari dari mereka bertiga.

🍅

— tbc.
— vote.
— comment.

[ C ] Cold and Sweet | Lee HeeseungStories to obsess over. Discover now