SETELAH tamat waktu persekolahan , Heeseung cepat-cepat mengemas alat tulis serta buku-bukunya. Heeseung mencari-cari dimana kelibat Yebin.
Beg digalas dan kaki melangkah keluar dari kelas. Dia ke rooftop sekolah , bilik rawatan serta gelanggang bola keranjang namun tetap Yebin tiada.
Akhir sekali dia ke perpustakaan sekolah untuk mencari Yebin. Masuk saja ke dalam perpustakaan , sunyi sahaja seperti tiada satu manusia pun di dalam sehinggalah di terlihat kelibat Yebin sedang lena tidur sambil duduk di lantai dan bersandar pada rak buku.
Heeseung mencangkung di hadapan Yebin sambil merenung gadis itu sedang nyenyak tidur , bibir Heeseung mengukir senyuman manis.
“ Kiyowo ”. Ujar Heeseung sambil melirik pada wajah comel Yebin yang sedang tidur.
Tiba-tiba perlahan-lahan tubuh Yebin melorot ke sebelah kanan kerana terlalu lena.
“ Ugh! ”. Pantas Heeseung bergerak ke sebelah kanan Yebin lalu bersandar pada rak buku , kepala Yebin yang lena terlentok ke bahu kiri Heeseung secara tak sengaja.
Heeseung menemani Yebin disitu sehingga dia juga turut tertidur di situ , akhirnya mereka tidak sedar yang mereka terkunci di dalam perpustakaan tersebut.
• • •
Yebin bangun dari tidur dan terkejut kerana semuanya gelap , perasaan takutnya menyerang semula. Di layangkan tangannya mencari-cari smartphone nya dalam keadaan tergesa-gesa.
Dia terasa seperti ada sesuatu di sebelahnya , nafasnya naik turun kerana ketakutan.
“ Argh! ”. Yebin menjerit kemudian menjauhkan diri dari benda tersebut lalu menangis kerana terlalu takut.
🍅
— tbc.
— vote.
— comment.
YOU ARE READING
[ C ] Cold and Sweet | Lee Heeseung
Acak" Shin Yebin-ah , kau suka aku kan? ". - Lee Heeseung. Soalan itu buat jantung Yebin hampir nak meletup. Itulah kalau terlalu jelas Yebin memerhati Heeseung dari jauh. 1st ENHYPEN fanfic.
![[ C ] Cold and Sweet | Lee Heeseung](https://img.wattpad.com/cover/281672600-64-k14462.jpg)