BAB 16

3 1 0
                                    

Sampai dirumah Zeth meletakkan beg kerjanya diatas kerusi dan melipat lengan bajunya menuju ke dapur.
"Assalamualaikum Mummy masak apa tu?"tanya Zeth."ishh Zeth ni terkejut Mummy.Tak masak apa pun buat minum petang sikit"kata Puan Maria pada anak bujangnya.
"Sedap bau ada cempedak goreng ke?"tanya Zeth membasuh tangan di sinki."Ada sikit ni Mummy beli dekat pasar pagi tadi.
Zeth duduk dimeja dan minum petang sekali dengan Puan Maria."Mummy Zeth ada benda nak cakap sikit"kata Zeth.
Puan Maria bersedia mendengarnya."Pasal Liana Zeth rasa Zeth hanya boleh anggap dia macam adik Zeth macam Mikayla"kata Zeth.
Puan Maria memandang anak bujangnya."Sebenarnya Mummy pun tak setuju dengan Liana tu bukan sebab tak cantik tapi Mummy macam layan budak-budak"kata Puan Maria meluahkan perasaan.
Zeth tergelak dengan pengakuan Puan Maria."Zeth ingat Zeth fikir macam tu rupanya Mummy pun sama"kata Zeth berseloroh.
"Jadi apa rancangan kamu?"tanya Puan Maria."Bila tiba masanya Zeth bagitahu Mummy ni Mikayla mana tak balik kelas lagi"kata Zeth mencari kelibat adiknya Mikayla Izelia.
"Macam kamu tak kenal adik kamu kejap lagi baliklah tu"kata Puan Maria.
"Alhamdulillah kenyang Zeth naik atas mandi ada kerja nak settle sebab malam nanti lepas isyak Zeth nak jumpa Alvin"kata Zeth pada Puan Maria sebelum beredar dari situ.
Puan Maria menggelengkan kepalanya.Zeth masuk ke dalam bilik.Dia membuka jam tangan dan keluarkan dompet, telefon diletak atas laci.
Tuala dicapai dan terus masuk bilik air untuk bersihkan diri.

******
"Betul ke awak baru jumpa dia pagi tadi?"tanya Fitri dengan Dira."Betul itupun saya tak tahu yang tempat saya hantar dessert tu syarikat Zeth"kata Dira.
"Okay saya bukan apa awak tak ingat apa yang dia buat dekat awak dulu"kata Fitri mengapikan Dira.
Dira hanya diam dihadapan Fitri."Abah saya ada tanya pasal bila keluarga awak nak bincang dengan Abah"kata Dira.
"Pasal tu nanti saya inform dekat keluarga saya lagipun keluarga saya dekat Netherlands lagi"kata Fitri.
Dira pelik dengan perangai Fitri.Sepanjang mereka bertunang Fitri tak pernah kenalkan ahli keluarganya pada Dira.Masa mereka Makcik Fitri yang uruskan.
"Awak okay tak?"tanya Fitri pada Dira."Okay saja awak duduk saya ada kerja dekat belakang"kata Dira pada Fitri.
Fitri memandang Dira berjalan ke dapur.Telefon bimbitnya dikeluarkan dan dia menaip sesuatu pada skrin telefon.

*******
Zeth memfokuskan pada lukisan yang perlu dibetulkan sedikit.
Mikayla masuk ke dalam bilik abangnya dan membuka tv."Oppa buat apa?"tanya Mikayla itulah gelaran Zeth sejak adiknya gila drama korea.
"Pembetulan lukisan asal?"tanya Zeth."Kerja office pun ada pembetulan kerja ke?"tanya Mikayla.
"Kau apa tahu?. Budak-budak pergi main jauh.Lagi satu bilik kau tak ada tv nak tengok"kata Zeth memandang Mikayla.
"Bosanlah tengok tv seorang diri Oppa bukan nak teman Mikayla"kata Mikayla pada Zeth.
"Orang sibuklah kejap lagi nak keluar"kata Zeth." Nak ikut? Mana mamak?"tanya Mikayla.
Zeth membaling pensel pada Mikayla.
"Nak pergi rumah Alvin kejap"kata Zeth.

    "Oppa tak habis dengan Alvin tu Baik kahwin dengan dia"kata Mikayla

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Oppa tak habis dengan Alvin tu Baik kahwin dengan dia"kata Mikayla.
"Ehh....kalau boleh kahwin pun memang taklah Mikayla.Kau tak de assignment ke group discussion ke?"tanya Zeth.
"Isshh... Ialah kita keluarlah orang menyampah kan siapalah kita ni"kata Mikayla pada Zeth.

******
Dira mengemas ruang dapur sebelum dia berehat."Dira lepas kemas Abah nak cakap sikit"kata Encik Mokhtar.
Dira dah mati kutu dengan penjuru dapur mesti Abah nak tanya pasal perkahwinan itu.
Encik Mokhtar duduk di ruang tamu.Dira datang menghidangkan air kopi pada Encik Mokhtar dan duduk disebelah.
"Dira mesti dapat agak Abah nak bincang apa?"tanya Encik Mokhtar."Mesti pasal perkahwinan Dira dengan Fitri"kata Encik Mokhtar.
"Abah bukan apa kamu satu saja anak Abah.Kalau Abah nak lepaskan kamu dekat orang yang tak layak Abah berdosa"kata Encik Mokhtar.
"Dira dah bincang dengan Fitri tapi dia kata keluarga dia dekat luar negara lagi"kata Dira.
"Macam nilah Abah bagi 2 bulan untuk selesaikan sebelum Abah yang kahwinkan kamu2 dengan orang lain"kata Encik Mokhtar.
"Dira minta maaf Abah sebab buat Abah tunggu lama"kata Dira."Dira tak perlu minta maaf dekat Abah tapi Dira kena tanya diri Dira keputusan yang Dira buat untuk kahwin dengan Fitri tu betul ke?"tanya Encik Mokhtar.
Dira menunduk betul cakap Abahnya yang nak kahwin dia bukan Abahnya.

********
Alvin membuka pintu bila Zeth sampai dirumahnya."Dah makan malam?"tanya Alvin.
"Belum sebab aku tahu kau mesti order makanan punya"kata Zeth duduk di sofa.
"Kau memang tahu saja aku kalau tetamu datang memang suka hidang makan"kata Alvin.
Zeth termenung seketika sementara Alvin menghidangkan makanan segera yang di pesan sebelum Zeth sampai.
"Termenung balik rumahlah.Tadi kata nak story pasal budak Fitri Aiman tu"kata Alvin.
"Kau jangan sebut nama dia penuh boleh geli sebab nama tu tak kena dengan dia"kata Zeth menyambar ayam goreng.
"Menyampah betul kau dengan dia ni mesti kes dulu-dulu waktu sekolah"kata Alvin.
"Aku ingat perangai dah berubah dia tu rupanya sama saja.Apa ubat guna-guna dia bagi dekat Dira tu sampai tak nampak ni perangai sebenar"kata Zeth.
"Teruk sangat ke perangai dia?"tanya Alvin."Bukan takat terrruk dia salam aku pastu dia tekan tangan aku,balas balik.Nampak sangat dia takut hilang Dira"kata Zeth menyedut minuman.
"Kau bukan rapat dengan Encik Mokhtar?"tanya Alvin."Rapat macam tulah kadang Aku datang borak dengan Encik Mokhtar tu"kata Zeth.
"Kira Dira tak pernah tahu kau berhubung dengan Encik Mokhtar tu?"tanya Alvin.
Zeth menggelengkan kepalanya."Alvin kau boleh tolong aku?. Memandang kau banyak mata-mata boleh tolong check Fitri tu kerja apa sebab aku sangsi dengan dia"kata Zeth pada Alvin.
Alvin memandang Zeth sambil mengangkat kening dan tangan tanda setuju dengan Zeth.
Dira kalau dulu mungkin saya boleh lepaskan awak macam tu sahaja?.Tapi mulai harini saya akan cuba masuk dalam hidup awak dan lindungi Syafiena Dirrah dari Fitri Aiman keparat tu.

SEPUCUK SURAT CINTAWhere stories live. Discover now