BAB 12

12 1 0
                                    

Selesai makan mereka keluar dari Budak Kitchen Cafe."Okaylah aku gerak dulu nanti stuck.Jumpa esok"kata Alvin bersalam dengan Zeth.
Zeth menuju ke keretanya langkah nya terhenti melihat Dira keluar dari cafe menuju ke Honda HRV membawa barang.Dira membuka pintu kereta meletakkan tempahan pelanggan.
"Assalamualaikum Dira"ucap Zeth memulakan bicara.Dira berpaling dan terdiam tanpa suara."Tak jawab dosa"kata Zeth."Saya jawab dalam hati lagi satu saya ada kerja jadi tolong faham"kata Dira sebelum masuk ke dalam kereta.
"Benci sangat dia dengan aku ni"kata Zeth dalam hati.Dira menghidupkan enjin keretanya dia memandang cermin sisi melihat Zeth menuju ke kereta.
"Ya Allah maafkan aku"kata Dira dalam hatinya.

******
Pintu rumah dibuka kakinya melangkah menuju ke biliknya di tingkat atas.Butang baju dibuka satu persatu.
"Dira dah bertunang dengan Fitri minggu lepas"kata Encik Mokhtar."Tunang?.Kenapa cepat sangat?"tanya Zeth."Keputusan Dira katanya dia yakin Fitri mampu bahagiakan dia"kata Encik Mokhtar."Tahniah Uncle saya tumpang gembira"kata Zeth.
Ingatannya setahun lepas kembali perkhabaran pertunangan Dira dan Fitri menyebabkan dia membawa diri ke London.
Air pancuran membasahi kepalanya dia cuba beriak okay depan mata semua orang sedangkan jasad dia tak tahu dekat mana.

******
"Dira kenapa termenung depan makanan ada masalah dengan Cafe atau kamu gaduh dengan Fitri"kata Encik Mokhtar melihat anak perempuannya."Ahh Ayah taklah cuma penat sikit"kata Dira."Ayah nak tanya tapi kamu jangan terasa pulak?"tanya Encik Mokhtar."Cakaplah Ayah Dira dengar"kata Dira."Dah setahun kamu tunang tapi Ayah pelik keluarga Fitri tak nak bincang dengan Ayah ke pasal bab kenduri pastu selalu kalau nak keluar dengan Dira dia masuk jumpa Ayah ini kalau Ayah nak jumpa kena tunggu masa dia pulak"kata Encik Mokhtar.Dira terdiam dari kata-kata Encik Mokhtar.
"Bukan Ayah sahaja perasan Dira turut perasan dengan perubahan sikap Fitri"kata Dira dalam hati.

******
Zeth mengelap mulutnya dengan napkin."Sayang kenapa diam je dari makan sampai dah habis?"tanya Liana."Takde apa cuma penat sikit pagi tadi cuaca panas sangat"kata Zeth.
"Oh betul tu duduk dekat rumah kena kuatkan aircond sentiasa tengok ni kulit muka I dah kering"kata Liana sambil menghulurkan tangannya.Zeth memegang tangan Liana."Aah that's mean you kena pakai losyen sentiasa"kata Zeth."I forgot Mummy ada ask pasal kita so how? "tanya Liana.
Zeth meneguk air menghilangkan dahaga dengan soalan dari Liana."I bukan apa Mummy tak sabar sangat nak kita kahwin"kata Liana.Zeth tersembur mendengar perkataan "kahwin"."Sayang are you okay?"tanya Liana.
"Okay....dah habis makan kalau dah kita balik esok nak masuk office"kata Zeth sambil mengambil purse terus bangun dari meja makan.
"Ishhhh... dia ni ada je nak elak"kata Liana mendengus.

******
Zeth membaringkan dirinya memerhati syiling yang kosong seperti fikirannya sekarang."Kalau Dira boleh tunang dengan Fitri kenapa aku masih tak boleh?"tanya Zeth.
Dira mengemas baju dalam almari.Matanya tertangkap pada kotak polkadot berwarna merah jambu.
Kotak dibuka dan isinya dilihat satu persatu.Senyuman terukir pada bibir manisnya.Gambar bersama Liya dan rakan sekelasnya dulu.Gambar terakhir ditenung iaitu gambar Mikhail Izzeth satu-satu lelaki yang membuatkan hidupnya sentiasa lengkap.
"Saya nampak awak harini dan perasaan gelisah itu muncul semula seperti 10 tahun lepas masa pertama kali ternampak awak.Adakah rindu bertaut kembali?.Saya bakal jadi milik orang mungkin awak hanya kenangan masa lalu saya"kata Dira sambil menutup kotak tersebut.

SEPUCUK SURAT CINTAWhere stories live. Discover now