BAB 20

9 1 0
                                    

   Mikayla memandu keluar dari Universiti.Sebuah kereta mengikuti di belakang keretanya.
      Zeth baru habis mesyuarat.Dia meletakkan buku dan pen diatas meja.
     Alvin masuk ke dalam pejabatnya."Kau kenapa bro mesyuarat diam saja banyak mengelamun"kata Zeth.
       "Kau fikir pasal Dira dengan Fitri ke?"tanya Alvin duduk dihadapan.
     "Aku tak sedap hati kau tahu lepas Aku bongkarkan kegiatan Fitri tu macam-macam dalam fikiran aku"kata Zeth.
  "Sabarlah Zeth kau doakan tak ada apa jadi"kata Alvin.

******
     Kereta Mikayla dihalang seseorang."Apasal ni?"tanya dirinya.
      Mikayla nampak dua orang lelaki keluar dari kereta menuju ke arahnya.
     Lelaki tersebut memecahkan cermin hadapan kereta.Mikayla terjerit lalu dia cuba mengingat keluar tapi cepat lelaki itu menutup mulutnya dengan kain dicampur bahan yang memengsankan Mikayla.
     "Bawa dia sebagai umpan"kata lelaki itu.

*******
       Zeth mendapat pesanan ringkas dari seseorang.Gambar kereta Mikayla yang dipecahkan.
      Zeth terus keluar dari pejabat."Zeth kau nak pergi mana?"tanya Alvin.Tapi Zeth tidak menjawab dia cuba menghubungi Mikayla tapi tidak dijawab.
       Dia menghidupkan enjin keretanya dan keluar dari kawasan syarikat.
      Nombor yang tidak dikenali dihubungi tapi tiada yang menjawab.
      Zeth pergi mencari kereta Mikayla.
    Ada beberapa orang dekat kawasan itu.Mungkin ada yang melaporkan kejadian.
       Zeth berlari ke arah kereta tetapi tiada siapa."Encik minta maaf tak boleh masuk?"tanya anggota polis.
     "Saya kenal pemilik kereta ni adik saya"kata Zeth.
    Dia diberi untuk melihat keadaan kereta.Telefon bimbit sahaja tiada dalam kereta.
      Zeth pasti ni kerja Fitri.Dia membiarkan polis buat kerja.
     
*****
      Alvin yang sedang memeriksa dokumen menjawab panggilan dari Zeth.
      "Hello bro"kata Zeth menceritakan segalanya pada Alvin.
    Alvin mendengar Zeth bercerita tentang Mikayla.
     "Sekarang ni aku kena balik bagitahu Mummy aku"kata Zeth sebelum menamatkan panggilan.

******
      Dira datang ke A&I Architecture untuk berjumpa Zeth.Dia perlu meminta maaf tentang semalam.
      Alvin turun ke lobi berjumpa dengan Dira."Hai Dira you datang nak cari Zeth ke?"tanya Alvin.
      "Ya saya cari dia.Ada benda nak bincang"kata Dira."Zeth tak ada dia urgent balik rumah tadi"kata Alvin.
      "Owh yeke takpelah nanti saya jumpa lagi"kata Dira."Dira kau percaya Fitri ke?"tanya Alvin.
      "Saya tak tahu Alvin siapa saya nak percaya"kata Dira.
      "Saya bukan tak nak cerita Mikayla adik Zeth sekarang kena culik kemungkinan kerja Fitri"kata Alvin.
     "Fitri bukan orang macam tu setahu saya"kata Dira.
     "Terpulang nak percaya awak lebih kenal yang mana baik mana buruk"kata Alvin.
    "Mikayla macamana sekarang?"tanya Dira yang risau.
      "Tunggu Zeth buat keputusan"kata Alvin.
      Dira mengenggam tangan memikirkan apa kebenaran yang nak ditunjukkan.

*******
    Puan Maria menangis mendengar Zeth bercerita tentang Mikayla.
      Zeth memeluk Puan Maria."Sabar Mummy Zeth janji akan bawa Mikayla balik"kata Zeth menenangkan Puan Maria.
      Puan Maria dibawa ke bilik oleh pembantu rumah,Makcik Bibah.
     Zeth menunggu panggilan dari Fitri sekarang.Mesej muncul di skrin.
   *Pukul 8 malam jeti aku.Jangan berani bawa sesiapa kalau tak aku bunuh adik kau*

   Zeth dah dapat agak semuanya kerja Fitri.Dia perlu bersiap sedia."Aku kena selamatkan keluarga aku"kata Zeth.
     Zeth bersiap sedia sekiranya dia perlu korbankan dirinya dia sanggup.
        Dira meminta Alvin membawanya berjumpa Zeth."Aku bawa tak nak bawa kau jumpa dia Dira tapi sekarang Zeth tengah serabut memikirkan apa akan jadi"kata Alvin.
       "Tolong Alvin saya perlu jumpa dia"kata Dira.

*******
      Zeth berjumpa dengan Puan Maria."Mummy Zeth akan bawa pulang Mikayla.Zeth pergi dulu"kata Zeth bersalam dan memeluk Puan Maria.
      "Jaga diri Zeth"kata Puan Maria sebelum Zeth melepaskan tangannya.
      Zeth keluar dari laman rumah.
Tak sampai 5 minit Zeth keluar kereta Alvin sampai didepan rumah.
      Alvin keluar melihat kereta Zeth tiada dirumah.
      "Saya rasa dia tak ada dekat rumah"kata Alvin.
     Mesej muncul ditelefon Alvin.Alvin memandang Dira yang dah cemas.

******
     Zeth sampai dikawasan yang dikatakan Fitri.Dari jauh dia nampak sekumpulan orang sedang memunggah barang ke dalam bot.
      Fitri menghisap rokok memandang Zeth."Bagus kau Zeth ikut arahan aku"kata Fitri.
     "Mana adik aku?"tanya Zeth pada Fitri.Fitri memandang pekerjanya menyuruh membawa adik Zeth ke hadapannya.
      "Lepaslah sakit tau tak?"jerit Mikayla meronta.
      "Adik jangan risau"kata Zeth."Oppa tolong adik sakit tau"kata Mikayla.
      "Perhitungan kau dengan aku bukan adik aku"kata Zeth.
      "Kau kantoi kan aku takpe tapi kau dah menyebabkan Dira tak percayakan.Kau tahu tak Zeth aku terpaksa berpura-pura 5 tahun untuk pastikan dia suka dekat aku"kata Fitri.
      "Itu antara kau dengan dia bukan masalah aku"kata Zeth.
     "Bukan masalah kau ya"kata Fitri mengeluarkan pistol mahu menembak Zeth.
      "Kau fikir apa kau buat ni boleh bahagiakan Dira ke?.Kau dah jauh sangat Fitri"kata Zeth.
      "Aku tak perlu nasihat orang macam kau.Dira tu naif sangat-sangat.Aku akan pastikan Dia jadi milik aku lepas kau mati"kata Fitri mahu melepaskan tembakan tapi dia yang ditembak tapi tak kena.
       Fitri cepat menyembunyikan diri apabila pihak polis menyerbu.Zeth melepaskan ikatan Mikayla."Oppa Mikayla takut"kata Mikayla.
    "Mikayla dengar lari pergi minta bantuan"kata Zeth.Zeth nampak Fitri lari ke dalam semak.
      Zeth mengejar Fitri ke dalam semak.
      Mikayla bangun dan dia pergi ke arah polis.Alvin dan Dira baru sampai mencari kelibat Zeth tapi tak ada.
     "Mikayla mana Zeth?"tanya Alvin."Dia pergi kejar Fitri"kata Mikayla terketar-ketar.
      Dira mahu mencari tapi dihalang Alvin."Tolong Zeth tak nak awak terlibat"kata Alvin.

*****
      "Fitri berhenti!!!"jerit Zeth.Fitri memandang ke arah Zeth."Cukuplah Fitri kau bukan jahat tapi kau yang seksa diri kau sebenarnya"kata Zeth.
      Fitri melepaskan pistol dia menuju ke arah Zeth dan menumbuknya.
       Zeth membalas tumbukan Fitri menyebabkan dia jatuh ke tanah."Kau boleh berubah Fitri"kata Zeth menahan sakit di bibirnya.
      Tangan Fitri mencapai pistol dan menembak Zeth.Bunyi tembakan di semak berdekatan mengejutkan Dira.
       Zeth rebah ke tanah.Dia memegang perutnya.

Dia memegang perutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fitri mendekati Zeth."Kalau aku tak dapat Dira kau pun tak akan dapat dia"kata Fitri menghala pistol buat kali kedua mahu menamatkan riwayat hidup Zeth.
        Bernasib baik polis melepaskan tembakan pada kaki Fitri menyebabkan dia jatuh.
      Fitri digari oleh pihak polis.Alvin yang ke arah Zeth melihat dia sudah menahan sakit.
      "Zeth....zeth tahan sikit"kata Alvin.Peluh sudah membasahi wajahnya.
     "Terima kasih sebab datang"kata Zeth.
       Rupanya Zeth ada mesej lokasi pada Alvin dan meminta menghubungi polis sekiranya dia tidak dapat dihubungi.
       "Mikayla macamana?"tanya Zeth."Don't worry Zeth Mikayla selamat"kata Alvin  memangku Zeth.
      Zeth memandang langit yang gelap sebelum dia tidak sedarkan diri.
    
********
     Zeth dikejarkan ke hospital kerana kehilangan darah yang banyak.
      Dira memeluk Mikayla yang sedih dengan nasib Zeth.Alvin mundar-mandir dihadapan bilik pembedahan.
       Doktor berusaha menyelamatkan Zeth yang kehilangan darah akibat ditembak oleh Fitri.

       Doktor berusaha menyelamatkan Zeth yang kehilangan darah akibat ditembak oleh Fitri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SEPUCUK SURAT CINTAWhere stories live. Discover now