Pagi-pagi lagi Zeth sudah berada disite di Cyberjaya untuk meninjau progress pembinaan.
Dari satu fasa ke fasa seterusnya memegang plan sambil merekod dalam bukunya.
Dia perlu membahagikan masa kerana sebentar lagi dia perlu ke lokasi lain.
"Nanti bahagian sini saya nak tengok lagi 2 minggu yang saya bulatkan Ni"kata Zeth pada pekerja.
"Okay Tuan Zeth nanti saya maklumkan"kata pekerja."Saya rasa itu saja setakat ni laporan jangan lupa bagi.Saya kena sampai lokasi seterusnya dalam 1jam "kata Zeth melihat jam ditangan.
Zeth bersalaman dengan pekerja sebelum dia menuju ke kereta yang diparkir berhampiran.
Telefonnya berbunyi tertera nama Alvin."Hello Alvin"jawab Zeth masuk dalam kereta.
"Kau dah sampai ke?"tanya Alvin."Belum baru settle nak gerak sana ni"kata Zeth mengundurkan kenderaannya keluar dari kawasan pembinaan.
"Okay ngam aku pun baru habis meeting jumpa dekat sana"kata Alvin.******
Dira menyiapkan makanan untuk tengahari nanti.Encik Mokhtar sejak bersara lebih suka duduk dirumah sekiranya ada hal baru keluar.
"Abah makanan dah siap nanti kalau nak makan boleh panaskan kalau sejuk"kata Dira.
"Ia hari-hari Dira ingatkan Abah"kata Encik Mokhtar.
Dira mencapai beg tangannya dan bersalaman dengan Encik Mokhtar."Dira pergi cafe dulu Abah kalau nak keluar pastikan takde pasang api dekat dapur ke"kata Dira.
"Ya dah nanti lambat buka kedai"kata Encik Mokhtar pada anaknya.
Dira terus keluar dari rumah menuju ke Budak Kitchen Cafe.******
Zeth sampai dikawasan perumahan dan memakirkan kereta dibawah pokok supaya redup sedikit.
Dia keluar dari kereta nampak Alvin melambai ke arahnya."Lama dekat site?"tanya Alvin.
"Macam biasalah macam kau tak tahu Aku punya teliti"kata Zeth.
"Jom masuk dalam rumah"kata Alvin.
Zeth membuntuti Alvin ke dalam rumah dalam renovate.
Mereka berdua sentiasa bertukar idea sekiranya idea Alvin tidak kena dengan apa yang difikirkan Zeth.Dia akan ubah sedikit.
Zeth melihat rumah tersebut.Alvin sedikit jauh dari Zeth.
Zeth mendaki tangga entah macamana kakinya tergelincir menyebabkan dia jatuh ke terduduk ke bawah.
Alvin terdengar jeritan suara Zeth terus meninggalkan apa yang dibincangkan.
Alvin nampak Zeth terduduk dengan memegang sakit tangan kanan.
"Kau okay tak ni?"tanya Alvin cemas dengan rakannya itu."Tangan aku sakit bro rasa macam terseliuh"kata Zeth memegang tangan.
"Aku bawa kau pergi klinik dulu takut patah ke?"tanya Alvin memapah Zeth.
******
Dira memandang keluar cuaca hujan membasahi kawasan Cafe."Cik Dira ada surat jemputan"kata Fara menghulurkan surat.
Dira memandang surat itu dan dia membuka surat itu."Jemputan ke majlis reunion sekolah"kata Dira.
"Reunion sekolah macam seronok saja Cik Dira pergi ke?"tanya Fara.
"Saya kena tanya dengan encik tunang dulu"kata Dira.
"Ialah lupa orang ada Encik tunang"kata Fara mengusik.
Reunion sekolah mesti Zeth di jemput juga sebab dia paling popular masa zaman sekolah dulu.*******
Zeth keluar dari bilik doktor dengan tangan berbalut."Macamana apa doktor kata?"tanya Alvin.
"Terseliuh sebab aku jatuh tahan dengan tangan "kata Zeth memegang tangan.
"Serba salah aku ajak kau teman aku"kata Alvin."Tak ada apalah aku salah tempat tak boleh lalu nak lalu"kata Zeth.
"Ubat Aku bayar pastu Aku hantar kau balik"kata Alvin.
"Kereta aku macamana?"tanya Zeth."Itu nanti aku ajak Aboy ambil hantar rumah kau"kata Alvin.******
Fitri baru keluar dari bank menelefon seseorang."Hello aku dah uruskan separuh selebihnya kau buat"kata Fitri.
Fitri menaiki keretanya.Encik Mokhtar nampak Fitri yang berkelakuan pelik.
Kata Dira Fitri kerja logistik tapi bila dia tengok tak ada gaya orang kerja logistik tapi ada yang pelik dengan Fitri.
******
Alvin membawa Zeth ke rumah."Zeth kenapa ni?.Apa yang jadi Alvin?"tanya Puan Maria yang tengok keadaan anaknya.
Zeth duduk disofa perlahan-lahan."Sabar Mummy Zeth jatuh tangga tangan terseliuh sikit"kata Zeth.
"Betul tu Aunty Maria saya dah bawa pergi klinik jangan risau"kata Alvin.
"Mana Aunty tak risau korang berdua kerja tempat macam tu kenalah hati-hati"kata Puan Maria.
"Baik Aunty ni kena urut nanti takut masuk angin"kata Alvin.
"Alvin makan malam dekat sinilah "kata Puan Maria."Takpelah Aunty lain kalilah lagipun saya nak jumpa adik saya ambil kereta Zeth dekat sana"kata Alvin.
"Thanks bro hantar aku.Ni kunci kereta aku"kata Zeth menyerahkan kunci.
"Okay Aunty saya minta diri dulu"kata Alvin sebelum mengundur diri.*****
Dira mengemas barang sebelum menutup kedainya."Cik Dira besok cuti kan?.Jangan lupa kek customer esok kena hantar"tanya Fara.
"Oh yeah sebaik awak ingatkan saya.Takpelah kek tu saya bawa balik rumah malas nak buka esok semata-mata nak ambil kek"kata Dira.
"Okaylah kalau macam tu saya ambil letak dekat meja"kata Fara.Dira menggangguk tanda setuju.
Fitri datang ke Cafe Dira."Assalamualaikum"sapa Fitri.
"Walaikumusalam awak saya dah tutup dah"kata Dira.
"Takpelah kita makan tempat lain"kata Fitri pada Dira.
"Okay awak tunggu kejap ya"kata Dira menghabiskan kerja.******
Fitri membawa Dira ke restoran makanan arab.
"Awak teringin sangat nak makan nasi arab?"tanya Dira."Aah tiba rasa teringin sangat"kata Fitri.
"Awak saya nak cakap sesuatu pasal hubungan kita"kata Dira.Fitri mendengar penjelasan dari Dira.Berubah riak wajah Fitri dengan apa yang disampaikan Dira.
"Jadi kalau dalam 2 bulan tak ada progress Abah akan nikah awak dengan orang lain"kata Fitri.
Dira mengangguk tanda setuju."Okaylah macam ni memandangkan keluarga saya tak ada dengan saya sibuk sikit.Kita dahulukan yang wajib dulu"kata Fitri.
"Okay kalau macam tu lagi satu pasal reunion sekolah awak boleh pergi ke?"tanya Dira.
"Reunion sekolah saya okey saja lagipun dah lama tak jumpa kawan lama"kata Fitri.
Dira hanya senyum dengan kata-kata Fitri.******
Zeth menyandarkan diri di katil.Besok Alvin menyuruhnya berehat dekat rumah.
Ketukan pintu bilik membuatkan Zeth dah tahu siapa gerangan.
"Oppa sakit ke?"tanya Mikayla.
"Tak geli rasanya apa punya soalanlah"kata Zeth.
"Oppa surprise..."kata Mikayla menunjukkan sepucuk surat padanya.
"Surat apa tu?"tanya Zeth."Surat Jemputan ke majlis reunion sekolah"kata Mikayla.
"Reunion sekolah???"tanya Zeth mengerutkan dahi."Ishh... Reunion sekolah Oppa lah.Jelas tertera nama Mikhail Izzeth dekat sini"kata Mikayla menunjukkan pada Zeth.
Reunion sekolah patut ke dia pergi.Zeth kena cari peluang nak bercakap dengan Dira."Aduh...payah hidup kau Zeth"katanya dalam hati.
YOU ARE READING
SEPUCUK SURAT CINTA
Short StoryKenakalan zaman sekolah membuatkan si gadis rasa rimas dengan si jejaka.Bagi Syafiena Dirrah lelaki nakal memang kesukaannya tapi disebabkan Mikhail Izzeth menyukai Dhia Qasandra terpaksa dia membenci lelaki tersebut.Kesopanan Fitri Aiman membuatkan...