Staff Z & A Architecture menyusun semua juadah yang telah ditempah dalam pantri.Budaya kerja syarikat ini sangat komited walaupun ada dua ceo dalam satu syarikat dan berlainan bangsa mahupun agama. Alvin sangat menggalakkan aktiviti keagamaan walaupun dia berbangsa cina.
"Wow banyak juadah betullah orang kata nikmat hari jumaat tu sangat luas"kata Alvin pada Kak Zai pembantu dipejabat.
"Syukur tuan Alvin banyak rezeki"kata Kak Zai."Kak Zai nampak Zeth tak?"tanya Alvin.
"Tuan Zeth ada dalam pejabat rasa Kak Zailah"kata Kak Zai menyusun juadah.
Alvin melalui depan pejabat Zeth.Kawannya tengah duduk termenung jauh."Helo kawan jauh termenung dah sampai Dubai ke?"perli Alvin duduk dihadapan Zeth.
"Ada je kau ni mana ada aku tunggu kul 7.30 nak masuk bilik meeting baca yassin"kata Zeth."Eh Aku nak tanya sikit boleh?"tanya Alvin teragak-agak.Zeth mengangguk.******
"Mana Aku nak park kereta ni sebab sekejap je"kata Dira memberhentikan kenderaan di lobby.Tingkap diturunkan dan dia mahu bertanya pada pengawal keselamatan.
"Okay park dekat tepi ni je betulkan kereta dulu.Done!!"kata Dira membuka tali pinggang.
Bonet dibuka dua kotak cupcake dan dua kotak cream puffs dikeluarkan."Assalamualaikum ni Cik Dira dari Budak Kitchen Cafe?"tanya seorang lelaki.
"Walaikumusalam ya saya Dira Encik Iman"kata Dira."Ya saya Kak Alin minta tolong Cik Dira"kata Iman budak intern.
"Terima kasih tolong kalau tak mesti sesat"kata Dira mengikut langkah Iman.******
"Kau ada jumpa Dira lepas sekolah haritu"kata Alvin."Tak tapi Aku baru jumpa dia balik tapi tak sempat cakap apa-apa dia dah hilang"kata Zeth."Dia benci sangat dengan kau ke setahu akulah Dira bukan macam tu"kata Alvin."Alvin dia tu tunang orang"beritahu Zeth."Omg no wonder dia elak jumpa kau,ehh..aku rasa tak"kata Alvin."Dahlah baik Aku pergi tambah pahala dari duduk dengan kau kupas bawang banyak aiyaaaa"kata Zeth bangun dari kerusi."Memang selalu ke syarikat buat jamuan makan?"tanya Dira dalam lif."Bukan jamuan je sebenarnya bacaan yassin tiap minggu 2 dengan 4"kata Iman."Ohh untung betullah staff dapat bos yang baik macam tu"kata Dira memuji."Sebab tulah saya pilih nak intern dekat sini walaupun ada dua CEO berlainan bangsa tapi aman damai.Jom masuk arah sini"kata Iman.
******
"Cik Dira susun dekat sini nanti Kak Zai akan bantu.Saya nak masuk bilik meeting"kata Iman terus menghilangkan diri."Siapa comel loteh ni? "tanya Kak Zai."Saya yang hantar order kuih ni, Saya Dira dari Budak Kitchen Cafe"kata Dira.
"Oh Dira nama akak Zai orang sini panggil Kak Zai.Takpe Kak Zai tolong susun"kata Kak Zai.
Dira mendengar alunan bacaan yassin dalam pejabat.Sepanjang dia buat tempahan ni pertama kali dia mendengar budaya kerja syarikat tersebut."Kak Zai dengar citer syarikat ni ada dua CEO betul ke? "tanya Dira.
"Betulllah tu satu ahhh ni"kata Kak Zai menunjuk ke arah depan.Alvin tercengang melihat Dira berada dalam pejabatnya."Dira what you doing here?"tanya Alvin."Alvin saya hantar order and you?"tanya Dira."Korang kenal ke?"tanya Kak Zai."Mana tak kenal Kak Zai satu sekolah.Welcome to our company "kata Alvin.
Dira diam tak bersuara dengan jawapan Alvin."Dira ni company Zeth dengan I"beritahu Alvin pada Dira.Alvin melihat bungkusan kotak dessert dari Dira.
"Chop...chop Budak Kitchen Cafe baru dua hari lepas I makan situ tak jumpa you pun "kata Alvin."Oh really maybe that time I was outside"kata Dira memberi alasan."Ni kalau Zeth jumpa mesti lagi syokk tunggu sinilah"kata Alvin."Eh takpe Alvin I ada order nak kena hantar lagi lepas ni.So kalau ada rezeki jumpa lagi bye"kata Dira cuba mengelak berjumpa dengan Zeth.
Cepat Dira keluar dari pejabat.Zeth terserempak dengan Alvin."Hush sabarlah tunggu orang belakang"kata Zeth."Eh Dira baru keluar dari sini tak nampak ke?"tanya Zeth.Cepat Zeth berlari keluar dari pantri.
"Aduh cepatlah lif ni"kata Dira sebaik sahaja lif buka cepat dia masuk dalam perut lif takut.Butang ditekan berkali-kali membuatkan pintu lif tutup."Kejap!!!kejap!!!aduh"merintih Zeth lengannya tersepit di pintu lif.
"Alamak mati aku kali ni"kata Dira memandang Zeth yang mengurut lengannya."Dira kenapa lari dari saya?"tanya Zeth.
YOU ARE READING
SEPUCUK SURAT CINTA
Cerita PendekKenakalan zaman sekolah membuatkan si gadis rasa rimas dengan si jejaka.Bagi Syafiena Dirrah lelaki nakal memang kesukaannya tapi disebabkan Mikhail Izzeth menyukai Dhia Qasandra terpaksa dia membenci lelaki tersebut.Kesopanan Fitri Aiman membuatkan...