Doktor keluar dari bilik pembedahan."Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar cuma sekarang Encik Zeth kami rehatkan dia di ICU.Kami akan pantau dalam 24 jam ni"kata Doktor.
"Terima kasih Doktor"kata Alvin.Dia bersyukur Zeth tidak apa-apa sekarang mereka perlu menunggu Zeth sedar.
"Kita balik dulu Alvin.Mikayla penat sangat ni"kata Dira.Alvin memandang Mikayla.
"Ok jom Mikayla"kata Alvin memimpin Mikayla.******
Sampai dirumah Puan Maria memeluk Mikayla erat.Mereka menangis semahunya."Ya Allah anak aku"kata Puan Maria.
"Mummy maafkan Mikayla,Abang Zeth cedera nak selamatkan Mikayla"kata Mikayla.
"Allahu Akbar betul ke Alvin mana dia sekarang ni?"tanya Puan Maria.
"Zeth sekarang dekat ICU dia hilang darah banyak sebab kena tembak"kata cerita Dira.
"Kami minta maaf Aunty sebab saya gagal halang Zeth"kata Alvin.
"Besok kami melawat Zeth sama-sama"kata Dira.
"Minta maaf anak ni siapa?"tanya Puan Maria."Saya kawan Dira kawan sekolah Zeth"kata Dira.
"Dira anak Encik Mokhtar?"tanya Puan Maria.Dira terkejut dengan respon Puan Maria.
"Jadi kamulah selama ni Zeth selalu tunggu"kata Puan Maria.Dira memandang Alvin disebelah.
*******
"Aunty saya nak minta maaf atas apa yang jadi pada Zeth.Ini semua salah saya?" kata Dira memegang tangan Puan Maria.
"Dira Aunty tak salahkan sesiapa mesti ada sebab kenapa Zeth sanggup bertindak jauh macam ni"kata Puan Maria.
"Zeth ada nasihatkan saya tapi saya degil tak nak dengar cakap dia.Zeth selamatkan saya Aunty"kata Dira sambil menitiskan air mata.Puan Maria memeluk Dira menenangkannya.
Alvin hanya menunggu Mikayla mendapatkan rawatan di ruang menunggu.
Mikayla keluar dari bilik rawatan."Alvin awak tunggu saya ke?"tanya Mikayla.Alvin menangguk."Macamana rawatan tadi?" tanya Alvin.
"Tangan saya melecet dan luka sikit"kata Mikayla menunjukkan tangannya pada Alvin.
"Okaylah tu nanti baik tak lama lagi"kata Alvin berjalan ke wad Zeth bersama Mikayla.
"Terima kasih sebab datang bantu kami tadi"kata Mikayla pada Alvin.
"Saya tolong mana saya mampu tolong saja.Lagipun Zeth best friend saya"kata Alvin memandang Mikayla tak berkedip.
"Mikayla!!"panggil Puan Maria."Mummy okay tak?"tanya Mikayla."Alvin boleh awak hantar Aunty dan Mikayla balik bagi mereka rehat"kata Dira.
"Boleh tapi awak macamana?"tanya Alvin."Saya temankan Zeth malam ni pasal Encik Mokhtar nanti saya bagitahu dia"kata Dira.
"Okay besok kami datang lagi"kata Alvin sebelum mereka semua balik.*******
Dira menghubungi nombor Encik Mokhtar."Assalamualaikum Dira dekat mana ni?"tanya Encik Mokhtar.
Dira mengumpul kekuatan untuk bercerita tentang apa yang jadi.Encik Mokhtar sangat terkejut dengan penjelasan dari anaknya itu.
Dia turut bersimpati dengan apa yang menimpa Zeth.Dira meraup wajahnya.Dia masuk ke dalam bilik Zeth.
Sekujur tubuh baring diatas katil dengan wayar penuh di badan. Ingatan semasa Zeth datang menemuinya tempoh hari muncul.
Saja ni apa?"tanya Dira mengambil sampul dimeja."Dira dengar apa yang dia nak cakap"kata Encik Mokhtar.
"Abah percaya dia kalau Abah nak tahu dia buat semua ni sebab nak putuskan Dira dengan Fitri"kata Dira.
"Saya bukan macam tu Dira saya cuma nak awak tahu Fitri bukan macam yang awak fikir"kata Zeth dengan lantang.
"Dahlah Zeth saya rasa mulai harini jangan jejak kaki awak dekat rumah saya lagi"kata Dira.
Fitri yang baru sampai di rumah Dira dengan muka selamba.Dia perlu beriak biasa supaya tidak kantoi.
"Gambar apa ni?.Siapa ni Zeth?"tanya Fitri."Aku rasa kau lebih kenal dari aku"kata Zeth.
"Tak baik fitnah orang ibarat membunuh kau tahu Zeth"kata Fitri.
"Dira fikirkan baik-baik.Jangan buat pilihan yang salah"kata Zeth menegaskan Dira.
Encik Mokhtar dah keliru mahu percaya siapa sekarang.
Dira tidak mahu bercakap dengan Zeth.
"Baiklah mulai harini saya takkan datang sini.Tapi apa yang saya nak cakap saya tetap akan ada untuk awak Dira walaupun saya terpaksa korbankan diri saya sendiri"kata Zeth memandang Dira.
Dira memegang tangan Zeth."Maafkan saya Zeth,Maafkan saya tak boleh nak terima apa yang jadi dekat awak sekarang"kata Dira mengusap tangan Zeth penuh penyesalan.
YOU ARE READING
SEPUCUK SURAT CINTA
ContoKenakalan zaman sekolah membuatkan si gadis rasa rimas dengan si jejaka.Bagi Syafiena Dirrah lelaki nakal memang kesukaannya tapi disebabkan Mikhail Izzeth menyukai Dhia Qasandra terpaksa dia membenci lelaki tersebut.Kesopanan Fitri Aiman membuatkan...