"Kring!Kring!"bunyi loceng menandakan waktu rehat.Zeth menutup buku latihan Sejarah dan dicampak bawa meja."Alvin jom ikut aku"kata Zeth."Ok Bos"kata Alvin sambil menyelitkan pen dalam poket bajunya.
Zeth berjalan menuju ke kantin dengan tangan dalam poketnya.Dira beratur untuk membeli makanan.Bahunya disentuh oleh seseorang."Belikan aku makanan nanti aku bayar"kata Zeth terus berlalu mengambil tempat duduk."Kau masih beli makan untuk dia ke?"tanya Liya kawan baiknya.
"Sebab dia bayar balik aku sanggup"kata Dira."Yeke,ke kau ada hati dengan dia maklumlah Romeo sekolah"kata Liya."Kalau aku suka dia tak salah rasanya gurau jelah"kata Dira."Kau kan suka lelaki nakal"kata Liya sambil mengenyitkan mata.Mee goreng sepinggan dan air sirap limau diletakkan dihadapan Zeth."Owh Mee goreng Acik kantin memang terbaik"kata Alvin sambil mengambil pinggan berisi mee tersebut.Cepat Zeth menghalang tindakan Alvin."Kau nak pergi beli sendiri"kata Zet.Zet mengeluarkan dompetnya sekeping not rm50 diberi pada Dira.
"Kau gila ke semuanya cuma RM 2.50 je"kata Dira."Aku tak ada duit kecik"kata Zeth selamba."Habis macamana, aku bawa duit bukan macam nak pergi shopping"kata Dira sambil memeluk tubuh.
"Simpanlah duit tu guna bila aku suruh beli"kata Zeth."Whatever"kata Dira terus menuju ke meja Liya duduk."Wah kau buat Dira tu macam bini kau sendiri"kata Alvin."Dira bini aku memang taklah kau pun tahu gadis yang macamana aku suka"kata Zeth.
Dira menyuap roti sandwich dalam mulutnya dan dikunyah perlahan-lahan."Dira kau rasa Fitri tu hensem,baik betul tak?"kata Liya.Dira tersedak mendengarnya."Bolehlah tapi kalau hensem masih dimenangi oleh Zeth"kata Dira sambil mengelap mulutnya dengan tisu.
Zeth membasuh tangannya di sinki kantin."Liya awak balik kelas dulu saya ada hal kejap"kata Dira."Okay jumpa nanti"kata Liya.Zeth membetulkan rambutnya pada cermin."Dah hensem tak payah risau"kata Dira dari belakang.
Zet berpaling memandang gadis bertudung disebelahnya."Kenapa?"tanya Zeth.Dira terkesima memandang wajah Zeth."Nakal tapi Hensem"kata Dira dalam hati sambil tangannya menyentuh pipi Zeth.Zeth terkejut tangan Dira menyentuh mukanya.
"Kau kenapa?"tanya Zeth sambil memegang lengan Dira."Ahhh 2 petang ini ada mesyuarat bola keranjang kat gelanggang"kata Dira terus dia merentap tangannya dari Zeth.
Zeth hanya memandang pelik."Semakin pelik budak ni"kata Zeth sambil memegang mukanya yang terasa bahang.
Dira menutup mukanya yang malu ketika berjalan ke Makmal Sains.
YOU ARE READING
SEPUCUK SURAT CINTA
Short StoryKenakalan zaman sekolah membuatkan si gadis rasa rimas dengan si jejaka.Bagi Syafiena Dirrah lelaki nakal memang kesukaannya tapi disebabkan Mikhail Izzeth menyukai Dhia Qasandra terpaksa dia membenci lelaki tersebut.Kesopanan Fitri Aiman membuatkan...