BAB 9

12 1 0
                                    

4 bulan berlalu,
Perkarangan kawasan sekolah sangat sibuk kerana hari ini pengumumam keputusan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar. Zeth berdiri di tempat parking menunggu kelibat seseorang.Jam dipandang sekilas dan matanya asyik memandang setiap penjuru sekolah."Mana dia ni bukan dia lebih semangat nak ambik result dari aku"kata Zeth.
Fitri membetulkan rambutnya pada cermin kereta sebelum memasuki perkarangan sekolah.Dari jauh dia nampak Zeth memandang ke arahnya."Fitri sini kejap!!"panggil Zeth."Asal ada masalah dengan aku ke? "tanya Fitri."Kau datang sini sorang je ke bukan selalu kau berkepit dengan Dira mana dia?"tanya Zeth.
"Well takkanlah orang paling popular dekat sekolah ni tak tahu apa jadi?.Ialah siapalah Syafiena Dirrah dekat mata kau"kata Fitri.Zeth menarik kolar baju Fitri."Relaks bro kau nak imej kau calar pada hari yang sangat mulia ni.Tak manis buat masalah hari last"kata Fitri."Aku cuma tanya satu soalan mana Dira itu je"kata Zeth.
"Dia tak datang sebab dia fly ke Dubai bro"kata Fitri.Zeth melepaskan tangan pada kolar Fitri."Dubai?"tanya Zeth."Urgent matter so after this Syafiena Dirrah is far away from your life"perli Fitri sebelum berlalu meninggalkan Zeth masih kaku.Fitri memberhentikan langkahnya dan memandang Zeth.
"Bro I think after this just forget Dira because I will take over your place"kata Fitri.

******
Encik Mokhtar mengambil keputusan peperiksaan bagi pihak anaknya.Zeth memandang dari jauh sahaja.
Selesai sahaja penyerahan keputusan Zeth mengejar Encik Mokhtar."Uncle...uncle tunggu"panggil Zeth.Encik Mokhtar memandang anak lelaki didepan matanya."Assalamualaikum Uncle Mokhtar"sapa Zeth."Walaikumusalam ya nak ada apa-apa ke"kata Encik Mokthar.
"Saya Mikhail Izzeth kawan sekelas dengan Dira anak Uncle.Saya tertanya-tanya kenapa Dira tak datang"kata Zeth."Oh Dira dah fly ke Dubai urgent sebab aunty Dira perlukan dia disana untuk membantu apa yang patut kebetulan Uncle dapat posting ke sana sekali"cerita Encik Mokhtar.
"So that means dia tak balik sini dah macam tu"kata Zeth."Depends pada Dira Uncle tak kisah sangat"kata Encik Mokhtar."Takkan Dira pesan apa-apa untuk kawan-kawan dia"kata Zeth.Encik Mokthar senyum dengan gelagat anak muda di depannya.
"Mungkin ada tapi tak tahu pulak pada kamu.Uncle minta diri dulu"kata Encik Mokhtar.Zeth bersalam dengan Encik Mokhtar.Zeth teringat Liya kawan rapat Dira.
"Tahniah korang sebab lulus yang penting ada usaha"kata Liya sambil memerhatikan keputusan rakan sekelasnya.Zeth menarik lengan Liya."Woow apa hal ni tarik lengan aku,kau suka aku?"tanya Liya pada Zeth."Jangan nak mengarutlah sekarang aku nak tanya Dira ada cakap apa dengan kau tak?"tanya Zeth."Ohh pada aku dia cakap kalau ada rezeki kita jumpa dan dia cakap maybe balik Malaysia maybe tak"kata Liya.
"Itu je"kata Zeth."Ialah takkan nak tulis surat pulak kau ingat zaman dulu"kata Liya sebelum sambung borak dengan kawannya.
Zeth mengurut tengkuknya."Surat?"sebut Zeth sebelum teringat sesuatu.
Pintu kelas 5 Teknologi Maklumat dibuka dia menuju ke meja Dira.Bawah meja dipandang kosong tiada sehelai surat.Dia beralih ke mejanya.Terdapat satu sampul berwarna putih.Cepat tangannya membuka helaian kertas tersebut.
Hai Zeth,
kalau awak tengoklah surat ni mungkin ini pertemuan terakhir saya dengan awak.Saya sedar saya bukan wanita pilihan Mikhail Izzeth ialah siapa nak perempuan pakai spek plus braces.Tak cantik dipandangan awak cukup jadi bayang-bayang sebelah awak.Anyway nice to meet you Zeth.Saya undur diri dulu dan hingga jumpa lagi
Syafiena Dirrah

Kertas tersebut terlepas dari tangannya.Matanya dipejam rapat untuk terima kenyataan yang sedang berlaku sekarang.Semua gambaran dalam bilik darjah dan suara Dira muncul satu persatu.
"Hingga jumpa lagi Dira"kata Zeth.

SEPUCUK SURAT CINTAWhere stories live. Discover now