Malam ni merupakan reunion sekolah yang akan diadakan di ibu kota.
Zeth duduk menunggu Mikayla memilihkan baju dibutik.Dia memandang tangannya yang berbalut.
"Oppa ni okay tak?"tanya Mikayla."Tak cantik warna dia boleh pilih elok sikit tak?"tanya Zeth.
"Okay Mikayla pilih yang ni macamana?"tanya Mikayla.
"Okaylah nak pakai satu malam sajakan"kata Zeth.
Mikayla menyerahkan baju tuxedo pada Zeth untuk cuba.
Zeth mencapai baju dan terus ke bilik fitting.
*****
Dira menonton tv diruang tamu sambil melipat baju yang sudah kering.
"Malam ni Dira pergi dengan siapa?"tanya Encik Mokhtar yang duduk di kerusi.
"Dengan Fitri Ayah dia jemput Dira dekat rumah"kata Dira.
"Oh okaylah tu sebab malam-malam perempuan bawa kereta bahaya"kata Encik Mokhtar.
"Abah kalau Dira tanya sesuatu boleh?"tanya Dira.
"Nak tanya apa?"tanya Encik Mokhtar.
"Abah kenapa dengan Fitri sekarang macam lain saja?"tanya Dira.
"Abah ni lelaki Dira.Bila sesama lelaki ni kita ada satu firasat yang lain sikit"kata Encik Mokhtar.
Dira tidak faham maksud Encik Mokhtar.Encik Mokhtar seperti mahu mengelak darinya.
"Abah nak naik atas dulu belum solat zohor lagi"kata Encik Mokhtar pada Dira.
Dira meneruskan kerjanya melipat kain.******
Encik Mokhtar mendail nombor seseorang ditelefonnya.Zeth mengikut Mikayla ke setiap kedai.Dia sendiri tak tahu siapa sebenarnya yang nak pergi reunion sekarang."Oppa jom masu kedai ni?"tanya Mikayla.Telef9n bimbitnya berbunyi tertera nama Encik Mokhtar."Mikayla masuk dulu ada panggilan"kata Zeth menjawab panggilan.
"Assalamualaikum Encik Mokhtar"sapa Zeth."Walaikumusalam Zeth lama tak borak dengan kamu.Sibuk ke?"tanya Encik Mokhtar.
"Tak adalah Encik Mokhtar saya emergency leave sekarang"kata Zeth.
"Kenapa Zeth sakit ke?"tanya Encik Mokhtar."Tak cuma saya jatuh tangga dekat tempat renovate rumah tangan kanan saya terseliuh"kata Zeth.
"Allahu Akbar Zeth kamu dah jumpa Dira ke?"tanya Encik Mokhtar.
"Dah Encik Mokhtar baru seminggu lepas saya jumpa dia"kata Zeth.
"Uncle bukan apa sejak kebelakangan ni Dira macam pendiam mungkin sejak lepas jumpa kamu agaknya"kata Encik Mokhtar.
"Tak rasanya Encik Mokhtar mungkin dia ada problem dengan Fitri agaknya"kata Zeth.
"Uncle call kamu ada benda sikit nak cakap pasal Fitri?"tanya Encik Mokhtar.
"Kenapa dengan Fitri?"tanya Zeth."Fitri ni sikap dia dah lain kalau dulu mula-mula dia tunang dengan Dira tak ada masalah sekarang ni macam buat tak peduli saja.Nak jumpa Uncle sekarang memang jauhlah"kata Encik Mokhtar.
"Sibuk rasanya macam ni Encik Mokhtar sangka baik jelah selagi tak memudaratkan"kata Zeth memberi nasihat.
"Ialah terima kasih Zeth lagi satu kalau ada peluang nak cakap dengan Dira Uncle izinkan"kata Encik Mokhtar.
"Baik Encik Mokhtar terima kasih Assalamualaikum"kata Zeth menamatkan panggilan.
Zeth duduk di kerusi didepan kedai.Nampaknya bukan dirinya curiga dengan Fitri.
Kalau Encik Mokhtar dah cakap macam dia tak boleh kata apa itu pilihan Dira.*******
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8 malam.Sekejap lagi dia bakal dijemput Fitri.
Dira turun setelah melihat penampilannya dicermin.Encik Mokhtar yang sedang tengok berita melihat anak daranya sudah siap dengan persalinan yang cantik.
"Anak Abah tak pernah tak cantik nasib Malaysia kalau tak kahwin dengan pak arab sekarang"gurau Encik Mokhtar.
"Abah ni ada saja"kata Dira yang malu."Bertegur sapalah dengan kawan-kawan kelas nanti"nasihat Encik Mokhtar.
Bunyi hon didepan rumah menunjukkan Fitri sudah sampai."Jom Abah hantar puteri Abah dekat kereta"kata Encik Mokhtar.*****
Mikayla membetukkan baju yang dipakai Zeth."Oppa relaks bukan nak kahwin pergi reunion saja pun"kata Mikayla."Masalah orang lain yang pergi reunion tapi dia yang lebih"kata Zeth.
"Oppa punya tangan tu dah balut betul nanti tertanggal.Lagi satu kalau nak makan suruh Alvin tu suap"kata Mikayla.
"Stop be nonsense boleh.Alvin ni mana dah jam berapa?"tanya Zeth sendiri.
"Kita nak hantar tak nak?"tanya Mikayla."Awak tu perempuan keluar malam tak elok"kata Zeth.
"Sayang Oppa dekat Mikayla"kata Mikayla."Gila tak sayang Mikayla saja satu adik yang annoying dekat dunia"kata Zeth.
"Okay dah jom turun nanti Alvin tinggalkan"kata Mikayla.******
Acara reunion di mulakan dengan kedatangan tetamu.Alvin dan Zeth masuk ke dalam ballroom.
Mereka mendaftar kedatangan mereka dimeja pendaftaran sebelum bergambar di photobooth.Selesai bergambar mereka memasuki ballroom hotel dengan sorakkan dari tetamu yang hadir bila Zeth dan Alvin masuk ke dalam.
Zeth dan Alvin memilih duduk satu meja dengan Dira dan Fitri."Hai Zeth dan Alvin"tegur Liya rakan sekelas mereka.
"Hai Liya lama tak jumpa"kata Alvin bersalaman dengan Liya."Oh busy sikitlah.Tak macam kau dengan Zeth selalu jumpa"kata Liya.
"Kebetulan partner business kalau tak rasa lenyap dia ni"kata Alvin.
"Zeth kau dah kahwin ke?"tanya Liya tiba-tiba.Zeth memandang Dira dihadapannya."Belum lagi tak ada siapa nak"kata Zeth."Tak ada siapa nak sangat.Ramai je nak dia tapi jual mahal"kata Alvin kuat.
Acara sudah dimulakan pengacara majlis malam itu.Tetamu yang hadir semuanya kenalan rapat yang pernah bersama ketika zaman sekolah.
"Alright okay sambil makan malam saya rasa nak ronda jalan makan angin.Kita nak cari mereka yang dirindui"kata pengacara.
Pengacara mendekati Zeth yang sedang duduk makan.
"Alright kita ada guest hot suatu ketika dulu atau lebih dikenali sebagai Kapten Zeth apa khabar"kata pengacara.
Zeth bangun dari kerusi.Semua menepuk kuat .Fitri hanya memandang sinis."Alhamdulillah baik awak ok masih sama"kata Zeth.
"Sekarang buat Zeth?"tanya pengacara."Sekarang saya share partner dengan Alvin Cheong memiliki firma architecture"kata Zeth.
"Ohh dulu zaman sekolah Zeth ni dalam kelas tidur.Jangan silap sebenarnya Zeth seorang sangat pandai betul tak?"tanya pengacara.
"Betul!!!!"jerit tetamu yang hadir."Ni lari sikitlah soalan dah kahwin ke belum?"tanya pengacara majlis.
"Belum lagi masih menunggu seseorang lagi"kata Zeth."Amboi mesti bertuah gadis itu.Okaylah last saya rindu nak tengok awak punya aksi bola keranjang"kata pengacara majlis.
"Sorry tak dapat"kata Zeth menunjukkan tangannya berbalut."Kenapa dengan awak Zeth?"tanya pengacara majlis.Dira memandang tangan Zeth yang cedera.Jika dulu masa zaman sekolah Zeth pernah alami benda yang sama dan masa tu Dira cukup marah sebab Zeth tak pernah serik ."Injured masa kerja lagi satu bola keranjang saya dah tinggal lama last saya main betul-betul last day sekolah"kata Zeth pada pengacara majlis.
"Ohh...okay terima kasih Zeth"kata pengacara majlis.
Zeth duduk semula perasan Fitri tiada di tempat duduk."Alvin aku toilet kejap"kata Zeth bangun menuju ke toilet.Dia baru nak masuk toilet terdengar seseorang bercakap di tangga kecemasan.
Zeth membuka pintu sedikit nampak Fitri bercakap dengan seseorang di telefon.
"Tak benda mudah kau nak call aku.Settle kan cepat malam ni juga.Aku pergi lepas majlis dekat sini selesai"kata Fitri.
Zeth mendengar sebutir-sebutir keluar dari mulut Fitri.Dia terlepas pintu kecemasan.Cepat dia masuk ke dalam toilet lelaki.
Fitri terdengar ada orang diluar."Aku call balik nanti"kata Fitri menutup telefonnya.Dia membuka pintu kecemasan melihat tiada orang disitu.
Terus dia keluar dari situ pergi ke meja makan."Zeth mana?"tanya Fitri.
"Ahh pergi toilet katanya"jawab Alvin.Zeth yang kembali ke meja beriak muka biasa.Fitri memandang Zeth yang kelihatan biasa.
"Kau tak nak makan lagi"kata Alvin."Kenyanglah banyak sangat makanan"kata Zeth.
Fitri memandang Dira yang senyap dari tadi."Sayang sedap kan makanan dekat sini?"tanya Fitri.Zeth memandang mereka berdua.
"Sedap awak tak makan lagi?"tanya Dira pada Fitri."Saya ada minta dessert tadi tak sampai lagi"kata Fitri.
"Alvin kau makan dulu aku nak tengok dekat luar ada apa"kata Zeth pada Alvin sebelum bangun meninggalkan meja.
Zeth berjalan diruang atap yang terbuka.Angin berlalu lembut mengena mukanya.
Bahu Zeth dipegang seseorang.Zeth berpaling memandang gerangan yang menyentuhnya.
YOU ARE READING
SEPUCUK SURAT CINTA
Short StoryKenakalan zaman sekolah membuatkan si gadis rasa rimas dengan si jejaka.Bagi Syafiena Dirrah lelaki nakal memang kesukaannya tapi disebabkan Mikhail Izzeth menyukai Dhia Qasandra terpaksa dia membenci lelaki tersebut.Kesopanan Fitri Aiman membuatkan...