Dira menyusun cupcake yang sudah siap di hias pada ruang jualan.Sudah seminggu sejak kejadian buruk itu berlalu.Dia masih tak tahu khabar berita tentang Zeth sejak hari itu.
Dia ada buat penghantaran ke pejabat Zeth tapi tidak terserempak dengan Zeth langsung.Dia mahu menelefon tapi perasaan malu dan kesal itu masih ada.
"Kak Dira okay tak?Muka nampak pucat tak sihat ke?"tanya Fara yang nampak sejak akhir-akhir ini Dira banyak termenung.
"Saya okay Fara cuaca panas sekarang,saya masuk dalam dulu"kata Dira masuk ke ruang dapur.*********
"Mummy Zeth ada benda nak cakap dengan Mummy"kata Zeth."Apa dia Zeth nak kahwin ke?"tanya Puan Maria.
"Bukan pasal tu,Zeth ingat nak sambung buat praktikal dekat Dubai"kata Zeth.
"Zeth....nak tinggalkan Mummy ke?"tanya Puan Maria."Bukan macam tu Mummy Zeth nak cari pengalaman saja lagipun kawan Zeth boleh tolong"kata Zeth.
"No... Mummy tak izinkan kamu pergi sana titik noktah"kata Puan Maria yang bingkas bangun dari meja makan.
Zeth putus kata kalau Mummy dah bersuara.
Mikayla yang lalu terus duduk dikerusi."Kenapa dengan Mummy nampak marah?"tanya Mikayla."Abang bagi suggestion nak praktikal dekat Dubai tapi Mummy tak bagi"kata Zeth.
"Memang patut pun tak bagi Abang pun tahu Mummy macamtu lagi cari pasal"kata Mikayla.
"Ni Mikayla dari mana?"tanya Zeth."Ermm...baru balik dating maklumlah kita ni ada boyfriend tak macam orang tu"kata Mikayla.
Zeth memandang Mikayla atas bawah.*******
Alvin datang ke Budak Kitchen Cafe."Eh...Encik Alvin kan?"tanya Fara."Ya saya Alvin saya order ice latte dengan burnt cheese cake one slice"kata Alvin mengeluarkan kad dan diberi kepada Fara.
"Selalu berdua harini seorang saja"kata Fara."Saja singgah rindu kek dekat sini"kata Alvin matanya melilau mencari kelibat Dira.
"Encik Alvin cari Cik Dira?"tanya Fara."Ya dia tak ada ke"tanya Alvin.
"Ada dekat office nak saya panggilkan dia kejap ya"kata Fara.******
Dira keluar menuju ke meja Alvin duduk."Hai Dira sihat?"tanya Alvin."Sihat macam ni lah Alvin"kata Dira.
"Kau dari mana?"tanya Dira."Aku baru balik keluar dengan girlfriend aku saja singgah lama tak pekena burn cheese cake"kata Alvin.
"Wow dah ada girlfriend tak nak kenal dekat aku ke?"tanya Dira."Nantilah aku kenalkan dekat kau"kata Alvin.
"Zeth macamana Alvin?"tanya Dira."Erm....Zeth okay tapi aku nak bagitahu sesuatu erm..Zeth dia nak bertunang tak lama"kata Alvin.
Berubah muka Dira mendengar cerita Alvin."Tahniah akhirnya nak kahwin juga dia kan "kata Dira.
"Ohh yeah kau tak pernah nak tanya aku kenapa Zeth tak main bola keranjang lagi"kata Alvin.
"Kenapa dia tak main bola keranjang lagi?"tanya Dira.Betul selama pertemuan dia dengan Zeth jarang lelaki itu bercerita tentang bola keranjang.
"Sebab kau dia tak main dah, Sejak kau pergi Dubai tinggalkan dia tanpa penjelasan dan dia sedar kesilapan yang dia buat pada kau masa itu.Kalau ikutkan dia dapat tawaran untuk main lebih jauh tapi dia tolak sebab kau"kata Alvin.
"Aku ingat dia cedera sebab tu tak main"kata Dira."Banyak kau tak tahu pasal dia Dira"kata Alvin.
"Aku ada cuba nak hubungi dia tapi aku segan dengan dia Alvin.Aku tuduh dia cuba fitnah Fitri dan aku marah dia"kata Dira dia menundukkan mukanya.*********
Zeth membuka kotak barang lama ketika mencari barang dia terjumpa bola keranjang yang masih elok tersimpan.
Dia memegang bola tersebut.Dia mengeluarkan telefon bimbitnya menghubungi nombor Alvin.
"Aku faham Zeth tu memang macam tu dari dulu"kata Alvin.Telefon bimbitnya berbunyi tertera nama Zeth."Zeth call saya "kata Alvin.
"Hello Zeth...ada apa?"tanya Alvin.
"Jumpa aku dekat gelanggang"kata Zeth."Sekarang ke okaylah aku pergi sana"kata Alvin.
Alvin mematikan panggilan."Aku kena gerak Zeth nak jumpa"kata Alvin."Saya ikut awak"kata Dira.**********
Alvin yang baru sampai termengah-mengah berlari."Kau mimpi apa ni tiba-tiba nak main bola keranjang"kata Alvin.
"Saja lepas gian kejap"kata Zeth sambil mencampak bola ke arah Alvin tapi terlepas.
Zeth berlari mengambil bola tapi bola keranjang berhenti dihadapan seseorang.Zeth memandang Dira yang berdiri dihadapannya.Zeth mengambil bola dikaki Dira dan berlalu.
"Zeth....saya minta maaf.. kata-kata saya mungkin ada buat awak tersinggung"kata Dira.
Zeth menghentikan langkah kakinya."Saya tahu awak bukan Zeth yang dulu yang saya kenal awak yang sekarang lebih matang dan bertanggungjawab"kata Dira melangkah menuju ke arah Zeth.
Alvin hanya memerhati mereka berdua."Tahniah saya dengar awak nak bertunang saya harap awak akan bahagia dengan dia"kata Dira.
Zeth diam membungkam disitu."Terima kasih sebab sudi jadi kawan saya.Saya pun nak berterima kasih awak selamatkan saya dari Fitri"kata Dira.
"Zeth maafkan jelah Dira sampai bila kau nak simpan benda yang dah lepas"kata Alvin yang tak tahan tengok drama murahan Zeth.
Dira memegang kepalanya yang sakit.Dia cuba menarik nafas tapi sakit dikepalanya tak hilang.Dia cuba mengapai tangan Zeth tapi tak sempat dia terus rebah di gelanggang.
YOU ARE READING
SEPUCUK SURAT CINTA
Short StoryKenakalan zaman sekolah membuatkan si gadis rasa rimas dengan si jejaka.Bagi Syafiena Dirrah lelaki nakal memang kesukaannya tapi disebabkan Mikhail Izzeth menyukai Dhia Qasandra terpaksa dia membenci lelaki tersebut.Kesopanan Fitri Aiman membuatkan...