"Sandra kau apa khabar?"tanya Zeth."Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas lagi"kata Sandra."Aku dengar kau accident teruk setahun lepas"kata Zeth.
"Ya kemalangan buat aku sedar hidup tu terlalu singkat"kata Sandra.
"Betul macam-macam boleh jadi dalam 5 tahun"kata Zeth memandang luar.
"Zeth I rasa bersalah dengan you.Kalau dulu I tak dekat dengan you mungkin sekarang you dengan Dira kan"kata Sandra.
"Itu semua takdir Sandra.Kalau ditakdir kitaorang ada jodoh adalah"kata Zeth.
"You masih cintakan Dira"kata Sandra menanya soalan.
Dira berjalan diluar ternampak Zeth dan Sandra berborak.
"Saya kalau dah sayang orang tu susah nak lepaskan Sandra walaupun sekarang dia bukan dengan saya"kata Zeth.
"Untung Dira ada orang yang setia tunggu dia"kata Sandra.
Tas tangan Dira terjatuh membuatkan Zeth dan Sandra berpaling ke belakang.
Dira cepat mengambil tas dan berlalu."Sandra Sorry"kata Zeth mengejar Dira.
Dira berlari dari tempat Zeth."Dira!!dira!!! Tunggu"kata Zeth.
"Cukup Zeth awak tahu saya dah bertunang dengan Fitri.Kenapa awak masih ada depan saya?"tanya Dira.
Zeth serba salah dengan apa yang diluahkannya tadi.
"Saya minta maaf pada awak Dira.Saya mengaku saya cemburu tengok awak dengan Fitri.Saya tak tahu kenapa awak pilih dia?"tanya Zeth.
"Awak dah nampak jawapannya"kata Dira dengan terketar-ketar.
Zeth cuba mendekati Dira tapi Dira menjauh darinya."Dulu saya mengaku saya teruk dan sekarang saya terima karma tu Dira"kata Zeth.
Fitri datang dari belakang."Kau nak berlagak hero dekat sini ke Zeth?"tanya Fitri.
"Awak dahlah tu"kata Dira."Fitri selagi Dira tak jadi milik kau selagi tu kau tak hak nak buat keputusan untuk dia"kata Zeth.
Alvin dan Liya turut keluar bila ada sesuatu tidak kena.
"Dira akan tetap jadi milik aku"kata Fitri memegang tangan Dira.
Alvin memegang Zeth.Dia takut pecah muka Fitri malam ni."Alvin jom balik"kata Zeth terus beredar dari situ dengan hati yang cukup sakit.*******
Lama Zeth diam disebelah melayan perasaan."Zeth Aku benda nak cakap pasal Fitri"kata Alvin.
"Aku tak ada mood nak dengar"kata Zeth."Maklumat aku dapat Fitri jual barang terlarang"kata Alvin.
Zeth membuka mata memandang Alvin terkejut."Kau stop kereta kau sekarang"kata Zeth pada Alvin.
"Kenapa ni Zeth?"tanya Alvin.Zeth menekan sesuatu pada telefonnya."Aku nak drive"kata Zeth.
"Kau gila ke tangan kau"kata Alvin tidak habis kata Zeth sudah keluar dari kereta.
"Kita nak pergi mana?"tanya Alvin.
"Aku dapat lokasi kerja Fitri tadi masa pergi toilet tapi tak pasti aku nak pergi tempat tu"kata Zeth.
"What!!! Kau gila ke Zeth"kata Alvin.
Kereta memasuki kawasan semak.Perlahan-lahan Zeth mendekati dan terdapat orang dijeti.
"Tu diaorang macam turun barang"kata Zeth.
Dalam samar Zeth ternampak sebuah kereta memasuki jeti dan keluar seorang pemuda dengan rokok ditangannya.
"Alvin betul kau cakap tu Fitri"kata Zeth menunjukkan arah jeti.
Alvin terlopong budak nerd dekat sekolah tokan dadah."Sampah masyarakat dia ni"kata Alvin.
Zeth memgambil beberapa gambar Fitri dan kegiatannya.
"Kita nak buat apa?"tanya Alvin.
"Aku tak pasti sekarang benda ni libatkan Dira dengan keluarga dia"kata Zeth.
"Jom keluar dari sini aku seramlah diaorang ramai"kata Alvin.
Betul kata Alvin.Kalau kantoi mahu kena diaorang.Zeth mengundurkan kenderaannya keluar dari kawasan semak itu.******
Dira selesai solat isyak dan dia memikirkan apa yang jadi tadi.Kenapa dia tak bagi Zeth peluang berkawan dengannya.
Dira membuka kotak dibawa katil terdapat gambar Zeth yang diambil senyap-senyap dulu.
"Maafkan Dira Zeth"kata Dira menitiskan airmata.Dia tahu bertapa kecewanya Zeth padanya tadi.
Dia mengesat airmatanya dahulu takut matanya memerah.******
Zeth duduk dimeja kerja dia betul-betul panas hati sekarang dengan apa yang dia nampak sebentar tadi.
Gambar yang diambil diamati."Fitri kau memang cari pasal dengan aku"kata Zeth memegang tangan.
Keselamatan Dira dengan Encik Mokhtar menjadi keutamaannya sekarang ni.
"Ya Allah tolong aku selamat mereka"kata Zeth dalam hati.******
Zeth datang ke rumah Dira mahu berjumpa Encik Mokhtar.
"Assalamualaikum Encik Mokhtar"sapa Zeth pada Encik Mokhtar.Encik Mokhtar memeluk Zeth sebab sudah lama tidak bertemu.
"Ada apa yang penting Zeth nak jumpa Uncle ni?"tanya Encik Mokhtar.
Zeth mengeluarkan sampul dan diberi pada Encik Mokhtar.Encik Mokhtar membuka sampul tersebut.
Reaksinya sangat terkejut dengan apa yang dilihat."Macam ni Encik Mokhtar saya bukan nak burukkan keadaan tapi saya kena bagitahu juga"kata Zeth memandang Encik Mokhtar.
"Uncle dapat agak benda ni akan jadi"kata Encik Mokhtar.
"Macamana dengan Dira Encik Mokhtar?"tanya Zeth.
"Majlis lagi 2 minggu akan berlangsung.Dira satu je anak Uncle Zeth"kata Fitri.
Dira terdengar perbualan Zeth dan Encik Mokhtar diluar.Dia keluar memarahi Zeth.
Zeth tidak sangka Dira ada dirumah.
"Kenapa terkejut saya ada dekat rumah?"tanya Dira.
"Bukan macam tu Dira saya cuma datang lawat Encik Mokhtar saja"kata Zeth.
"Saja ni apa?"tanya Dira mengambil sampul dimeja."Dira dengar apa yang dia nak cakap"kata Encik Mokhtar.
"Abah percaya dia kalau Abah nak tahu dia buat semua ni sebab nak putuskan Dira dengan Fitri"kata Dira.
"Saya bukan macam tu Dira saya cuma nak awak tahu Fitri bukan macam yang awak fikir"kata Zeth dengan lantang.
"Dahlah Zeth saya rasa mulai harini jangan jejak kaki awak dekat rumah saya lagi"kata Dira.
Fitri yang baru sampai di rumah Dira dengan muka selamba.Dia perlu beriak biasa supaya tidak kantoi.
"Gambar apa ni?.Siapa ni Zeth?"tanya Fitri."Aku rasa kau lebih kenal dari aku"kata Zeth.
"Tak baik fitnah orang ibarat membunuh kau tahu Zeth"kata Fitri.
"Dira fikirkan baik-baik.Jangan buat pilihan yang salah"kata Zeth menegaskan Dira.
Encik Mokhtar dah keliru mahu percaya siapa sekarang.
Dira tidak mahu bercakap dengan Zeth.
"Baiklah mulai harini saya takkan datang sini.Tapi apa yang saya nak cakap saya tetap akan ada untuk awak Dira walaupun saya terpaksa korbankan diri saya sendiri"kata Zeth memandang Dira.
Zeth pergi ke arah Encik Mokhtar yang duduk di kerusi."Encik Mokhtar maafkan saya kalau saya silap"kata Zeth bersalam dengan Encik Mokhtar sebelum keluar dari rumah Dira.
"Zeth anyway terima kasih datang"kata Fitri pada Zeth.
Zeth langsung masuk ke dalam keretanya dan berlalu dari situ.
"Nasib awak tak percaya cakap dia"kata Fitri.Dira menampar muka Fitri.
"Awak pun keluar dari rumah saya sekarang"kata Dira menahan amarahnya.
"Kenapa ni sayang awak terpengaruh dengan dia?"tanya Fitri.
"Tak saya dah tahu semuanya.Fitri Aiman semua tentang awak adalah tipu.Mulai harini saya bukan tunang awak"kata Dira membuka cincin dan diberi pada Fitri.
Dira terus masuk ke dalam rumah.Begitu juga Encik Mokhtar mengikut langkah Dira ke dalam.
Fitri mengenggam penumbuk."Sial kau Zeth dari dulu sampai sekarang kau saja nak menang.Kau tunggu cinta perlukan pengorbanan kan!!"kata Fitri bergegas dari situ.
YOU ARE READING
SEPUCUK SURAT CINTA
Short StoryKenakalan zaman sekolah membuatkan si gadis rasa rimas dengan si jejaka.Bagi Syafiena Dirrah lelaki nakal memang kesukaannya tapi disebabkan Mikhail Izzeth menyukai Dhia Qasandra terpaksa dia membenci lelaki tersebut.Kesopanan Fitri Aiman membuatkan...